Events
Calendar of Events
|
Monday
|
Tuesday
|
Wednesday
|
Thursday
|
Friday
|
Saturday
|
Sunday
|
|---|---|---|---|---|---|---|
17 events,
Majlis Perbandaran Temerloh menyeru semua pemilik premis kerajaan, swasta, perniagaan, kilang dan institusi di daerah Temerloh untuk bersama-sama menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2026 dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Pahang di premis masing-masing. 📅 Tempoh Pengibaran: 25 Julai 2026 hingga 16 September 2026 Marilah kita bersama-sama menzahirkan semangat patriotisme, cinta akan negara serta menjunjung kebesaran Negeri Pahang dengan mengibarkan kedua-dua bendera sebagai lambang perpaduan, kedaulatan dan kebanggaan rakyat Malaysia. ⚠️ Peringatan: Pastikan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Pahang yang dikibarkan berada dalam keadaan sempurna, bersih dan tidak lusuh. Bersama Kibarkan Jalur Gemilang, Bersama Semarakkan Semangat Kebangsaan. ❤️🤍💙💛🖤🤍
𝐉𝐎𝐌 𝐊𝐈𝐁𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengajak seluruh warga Petaling Jaya untuk bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dengan menyertai Kempen Kibar Jalur Gemilang. Kibarkan Jalur Gemilang di bangunan kerajaan, premis perniagaan, premis swasta dan rumah kediaman sebagai lambang kedaulatan negara, perpaduan rakyat serta kecintaan yang tidak berbelah bahagi kepada Malaysia. Marilah kita menghayati erti kemerdekaan dengan memupuk nilai patriotisme, memperkukuh perpaduan, menjunjung integriti serta terus berbakti demi kesejahteraan masyarakat. Ayuh, bersama-sama kita semarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan 2026. Kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga sebagai simbol maruah, identiti dan kedaulatan negara. 𝑃𝑒𝑡𝑎𝑙𝑖𝑛𝑔 𝐽𝑎𝑦𝑎 𝐵𝑎𝑛𝑑𝑎𝑟 𝑃𝑎𝑙𝑖𝑛𝑔 𝐵𝑎ℎ𝑎𝑔𝑖𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑀𝑎𝑚𝑝𝑎𝑛 #MalaysiaMadani #𝐊𝐢𝐭𝐚𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫MajuBersama #DuaDekadBandarRayaPetalingJaya #MBPJ20
🎬✨ 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐊𝐓𝐎𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐂𝐈𝐏𝐓𝐀 𝐒𝐀𝐉𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 ✨📚 Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, Perpustakaan Negara Malaysia menjemput anda menyertai Pertandingan TikTok Mencipta Sajak Kemerdekaan 2026 bertemakan "Kemerdekaan dan Patriotisme". 🎤 Tunjukkan kreativiti anda melalui sajak ciptaan sendiri dan rakamkan persembahan dalam bentuk video TikTok. 📌 Kategori 👧 Kanak-kanak (7–12 tahun) 🧑 Dewasa (13 tahun ke atas) 📅 Tarikh Penyertaan 🟢 Dibuka: 1 Ogos 2026 🔴 Ditutup: 31 Ogos 2026 🏆 Hadiah menarik menanti para pemenang! 📲 Imbas kod QR pada poster untuk mendapatkan syarat-syarat pertandingan dan menghantar penyertaan. Ayuh semarakkan semangat kemerdekaan dengan bakat dan kreativiti anda! 𝑻𝒆𝒓𝒎𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝒔𝒚𝒂𝒓𝒂𝒕 𝒑𝒆𝒓𝒕𝒂𝒏𝒅𝒊𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒕𝒆𝒓𝒕𝒂𝒌𝒍𝒖𝒌 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒔𝒚𝒂𝒓𝒂𝒕 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊𝒕𝒆𝒕𝒂𝒑𝒌𝒂𝒏 𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒑𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏𝒋𝒖𝒓. 𝑲𝒆𝒑𝒖𝒕𝒖𝒔𝒂𝒏 𝒑𝒂𝒏𝒆𝒍 𝒋𝒖𝒓𝒊 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒎𝒖𝒌𝒕𝒂𝒎𝒂𝒅. #MalaysiaMADANI #NegaraBangsa #RancakkanMADANI #PerpustakaanNegaraMalaysia #CitraPenulisPNM
Sempena Bulan Kebangsaan Malaysia, jom raikan momen-momen kecil yang buat kita rasa bangga jadi rakyat Malaysia. ❤️ Ada gambar atau video yang menunjukkan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang berkumpul, berkongsi, meraikan atau mencipta kenangan bersama? Sama ada makan bersama, sambut perayaan, sertai aktiviti komuniti atau sekadar momen biasa yang penuh makna, kami nak tengok cerita anda! Anda berpeluang memenangi: 📸 Kamera Polaroid Instax Mini 13 🎧 JBL Headphones Tune 720BT 🎞️ Kodak Charmera 💳 Baucar Touch ‘n Go eWallet Cara penyertaan: 1️⃣ Muat naik gambar JPEG atau video MP4 HD (maksimum 30 saat), momen perpaduan anda 2️⃣ Tulis caption ringkas tentang cerita di sebalik momen tersebut 3️⃣ Ikuti semua akaun rasmi @perpaduannegara dan sertakan #CeritaMalaysiaKita supaya kami boleh temui penyertaan anda! *Pastikan akaun anda dalam tetapan umum. Penyertaan terpilih akan kami kongsikan di media sosial kami, bersama tag akaun anda supaya orang ramai boleh tahu cerita anda. 📅 Peraduan tamat: 11 September 2026, 11.59 malam Jom penuhkan suapan kita dengan cerita yang mengingatkan kita kenapa Malaysia ini milik kita bersama.
𝗞𝗣𝗗𝗡 𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗜𝗦𝗜𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗥𝗜𝗞 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗞𝗛𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟲! Bulan kebangsaan kembali lagi, dan inilah ketikanya untuk kita zahirkan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air yang tercinta! 𝗔𝗬𝗨𝗛 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗞𝗣𝗗𝗡 !!!Mari kita gegarkan sambutan tahun ini dengan semangat patriotisme yang paling membara! Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bersama-sama memeriahkan suasana sepanjang bulan Ogos dan September.Jom tunjukkan sokongan padu korang, eratkan ukhuwah sesama kita, dan buktikan jiwa Merdeka kita!#KPDN#KPDNKITA#HKHM2026#MalaysiaMADANI
𝑱𝒊𝒌𝒂 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒎𝒆𝒏𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒓 𝒔𝒂𝒕𝒖 𝒉𝒂𝒓𝒂𝒑𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒂𝒏𝒅𝒂, 𝒂𝒑𝒂𝒌𝒂𝒉 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒊𝒏𝒈𝒊𝒏 𝒂𝒏𝒅𝒂 𝒔𝒂𝒎𝒑𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏? 💬 Luahkan harapan, impian dan aspirasi anda buat tanah air tercinta dengan menuliskan mesej pada Dinding Kemerdekaan Malaysia. Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 dan Hari Malaysia ke-63, Perpustakaan Negara Malaysia menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyertai aktiviti Dinding Kemerdekaan Malaysia. Biarlah setiap coretan menjadi simbol perpaduan, kasih kepada negara dan inspirasi buat generasi akan datang. 📅 1 Ogos – 30 September 2026 📍 Aras 1, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia 🕙 10.00 pagi – 7.00 malam Jom hadir dan tinggalkan harapan anda untuk Malaysia kerana setiap suara rakyat membawa makna kepada masa depan negara.
𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗞𝗘-𝟲𝟵 𝗗𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 Jom sertai pelbagai pertandingan dan aktiviti menarik sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Kali Ke-69 & Hari Malaysia 2026 Peringkat Kolej Komuniti Bukit Beruang! Nyanyian Patriotik Deklamasi Puisi Video Pendek Patriotik Sudut Patriotik & Galeri Tokoh Negara Mewarna Kreatif Jiwa Patriotik Pertandingan Perbarisan Busana Gemilang Merdeka Tayangan Filem Patriotik Jejak Merdeka ke Galeri Bukit Kepong dan banyak lagi! Hadiah-hadiah menarik menanti para pemenang! ISTIMEWA! Semua pelajar yang menyertai aktiviti yang ditetapkan turut berpeluang menyertai Pakej Lawatan Pendidikan ke Galeri Bukit Kepong bagi menghayati sejarah perjuangan mempertahankan tanah air. Jangan sekadar menjadi penonton, jadilah sebahagian daripada semangat kemerdekaan! Bersama kita pupuk nilai patriotisme, perpaduan dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. 3 Ogos 2026 – 15 September 2026 Kolej Komuniti Bukit Beruang AYUH SERTAI! MERIAHKAN SAMBUTAN! REBUT PELUANG MENANG! HAYATI ERTI KEMERDEKAAN! #MalaysiaMADANI #KKBBM #BulanKebangsaan2026 #HariMalaysia2026 #TVETMembinaNegara #PatriotismeMenyatukanKita
OBJEKTIF PROGRAM * Menggalakkan integrasi seni ilustrasi dan teknologi AI. * Meningkatkan pemahaman penggunaan AI secara beretika. * Mencungkil bakat kreatif digital dan pemikiran kritis generasi muda. MAKLUMAT PROGRAM * Terbuka kepada pelajar IPTA & IPTS di seluruh Malaysia (Individu). * Tempoh Penyertaan: 10 Ogos – 20 September 2026. * Pelantar: Dalam talian menerusi media sosial JAPEN dan www.merdeka360.my. * Pilihan Tema: Generasi Kini, Aspirasi Malaysia; Merdeka Digital: Inovasi Anak Bangsa; dan Kreatif: Membina Malaysia Masa Depan HADIAH KESELURUHAN Johan: RM1,000 + Plak + Sijil Naib Johan: RM800 + Plak + Sijil Tempat Ke-3: RM600 + Plak + Sijil 10 hadiah Saguhati: RM200 + Plak + Sijil RINGKASAN SYARAT PERTANDINGAN * Poster mestilah beresolusi tinggi (300 dpi) dan berasaskan tema pilihan. * Nisbah penghasilan: 40% Penjanaan AI + 60% Gambar Asli (disunting dengan perisian grafik). * Sertakan penjelasan ringkas poster (maksimum 300 patah perkataan). * Karya mestilah asli, bebas unsur provokasi dan tidak melanggar hak cipta.
🤖✨ JOM CETUSKAN IMAGINASI, CIPTA KARYA, CIPTA SEJARAH! Apa yang ada dalam imaginasi anda? Idea yang luar biasa, kreativiti tanpa batas atau gambaran Malaysia masa hadapan? Kini tiba masanya untuk anda terjemahkan imaginasi menjadi karya! 🚀 🎨 PERTANDINGAN AIMAGINASI MALAYSIA Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 kini dibuka kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi seluruh negara! Gunakan kreativiti, imaginasi dan sentuhan teknologi untuk menghasilkan karya yang unik, kreatif dan mencerminkan perspektif anda tentang Malaysia. 🔥 Tak perlu tunggu jadi pakar untuk berkarya. Yang penting, ada IDEA, IMAGINASI dan keberanian untuk mencuba! 🏆 HADIAH KESELURUHAN RM8,000 untuk dimenangi! 📅 10 Ogos – 20 September 2026 💡 Bayangkan. Cipta. Serlahkan. Mungkin idea yang selama ini hanya bermain dalam fikiran anda bakal menjadi karya yang memukau dan memenangi hadiah! 👉 JOM SERTAI SEKARANG! Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut. #AIMaginasiMalaysia #MalaysiaMadani #MalaysiaMerdeka2026
📸 AYUH RAKAM CERITA MALAYSIA MELALUI LENSA ANDA! Satu gambar mampu menceritakan seribu kisah. Kini tiba masanya untuk anda merakam warna, semangat, keunikan dan wajah Malaysia melalui perspektif anda sendiri! 🎯 PERTANDINGAN FOTO JURNALISME LENSA MALAYSIA Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 kini dibuka! 📷 Ada kamera? Ada telefon pintar? Ada cerita untuk dikongsi? Jangan biarkan detik istimewa berlalu begitu sahaja. Rakam dan ceritakan. Mana tahu, karya anda bakal menjadi antara foto terbaik yang mewakili kisah Malaysia! 🏆 HADIAH KESELURUHAN RM15,000 untuk dimenangi! 👤 Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 15 tahun dan ke atas. 📅 Tempoh penyertaan: 10 Ogos – 20 September 2026 👉 Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut dan sertai pertandingan sekarang. Satu lensa. Satu perspektif. Satu kisah Malaysia. 📸 #LensaMalaysia2026 #MalaysiaMadani #KesejahteraanDinikmati #MalaysiaMerdeka2026 #FotoJurnalisme #JAPENMalaysia
Sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2026, Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Melaka (JKPNM) dengan sukacitanya menjemput semua warga jabatan, agensi kerajaan, sektor swasta serta orang awam untuk menyertai Virtual FinRun Merdeka 46KM 2026 . 🏃♀️ Lari, berjoging atau berjalan mengikut kemampuan anda! Tidak perlu berkumpul atau mengikut masa tertentu. Lengkapkan sahaja 46KM sepanjang tempoh program di lokasi dan waktu yang paling sesuai untuk anda. 📅 Tempoh Larian: 16 Ogos 2026 – 18 September 2026 💵 Yuran Penyertaan dan clik link penyertaan dibawah ini: RM50 seorang Link penyertaan : https://forms.gle/HjMbE6UMgMsBDJ399 🎁 Setiap peserta akan menerima: 👕 T-Shirt Eksklusif 🏅 Medal Finisher 🎁 Kit Penyertaan 🏆 Hadiah Wang Tunai 🥇 Johan – RM500 🥈 Naib Johan – RM300 🥉 Tempat Ketiga – RM200 🏢 Hadiah Khas RM800 kepada jabatan yang mencatat penyertaan terbanyak. 📌 Tarikh Tutup Penyertaan : 15 Ogos 2026 Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat kemerdekaan melalui aktiviti yang sihat, menyeronokkan dan boleh disertai oleh semua peringkat umur. 👨👩👧👦 Ajak keluarga, rakan-rakan dan warga jabatan anda untuk turut serta! Lagi ramai menyertai, lagi meriah sambutan kita. ✨ "1 Langkah, 1 Jiwa, Melaka Kekal Fit." 🇲🇾❤️ Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada Virtual FinRun Merdeka 46KM 2026. Kami menantikan penyertaan anda! 💪 Terima kasih kerana berminat menyertai Virtual FinRun Merdeka 46KM. Yuran Penyertaan: RM50.00 Sila buat bayaran ke akaun berikut: KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JKPNM Bank Islam No. Akaun: 04042-01-0003286 Reference Pembayaran: VRMerdeka Selepas membuat pembayaran, sila lengkapkan borang ini dan muat naik slip pembayaran. Pihak penganjur akan mengesahkan penyertaan anda melalui e-mel. Terima kasih atas penyertaan anda.
Jom Sertai Cabaran Langkah Merdeka, Sihat Bersama BookDoc 2026! Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dengan kerjasama BookDoc menjemput semua warga untuk menyertai Cabaran Langkah Merdeka, Sihat Bersama BookDoc 2026. 18 Ogos – 16 September 2026 Virtual Medal E-Certificate Khusus untuk semua warga Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan terbuka kepada semua Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di Negeri Selangor. Orang awam juga dialu-alukan untuk turut serta.Tak kisah berjalan di pejabat, taman atau di rumah—yang penting terus melangkah! Jom sihat, jom merdeka, jom kumpul 300,000 langkah bersama! join link : https://deeplink.bookdoc.com/challenges/3693
Malaysia, jom RIUH bersama! 🇲🇾 Merdeka bukan sekadar mengenang perjalanan negara, tetapi juga tentang meraikan kreativiti, budaya dan kebersamaan. 30 & 31 Ogos ini, jom cipta memori baharu di RIUH Merdeka. Nikmati makanan, muzik, bengkel kreatif, aktiviti kanak kanak dan pelbagai pengalaman yang menghimpunkan kita semua di bawah satu bumbung. Lokasi: Monumen Alaf Baru, Putrajaya Terima kasih kepada Drinho, penaja rasmi Zon Makanan & Minuman RIUH Merdeka 2026. 💛 🔥 Masuk percuma ----- Malaysia, let's RIUH together. 🇲🇾 Merdeka is more than celebrating our nation's journey - it's about coming together to celebrate our creativity, culture and community. This 30 & 31 August, create new memories at RIUH Merdeka. Enjoy great food, live music, creative workshops, kids' activities, and a vibrant lineup of experiences that bring us all together under one roof. A special thank you to Drinho, the Official Food & Beverage Zone Sponsor of RIUH Merdeka 2026. 💛 🔥 Free Admission 🎨 Designed by Akqa Riot: IG: Akqa Tukang Lukis FB: Akqa Riot TikTok: @akqa_riot #RIUHMerdeka2026 #riuhinthecity #MyCreativeVentures |
16 events,
-
Lokasi: Dewan Baiduri Menara PETRA
-
|
14 events, |
14 events, |
14 events, |
14 events, |
14 events, |
14 events, |
15 events,
-
MAJLIS MEMPERINGATI NEGARAWAN Ayuh bersama-sama kita menghayati lipatan sejarah dan mengenang jasa serta pengorbanan Negarawan negara kita✨ Majlis ini diadakan bertujuan untuk menghargai sumbangan besar negarawan tercinta, di samping menggelorakan semangat patriotisme, perpaduan, dan penghayatan sejarah dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia. 📌 Butiran Majlis: 📅 Tarikh: 8 September 2026 ⏰ Masa: 9.00 pagi – 4.45 petang 📍 Lokasi: Memorial Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur 🤝 Diselaraskan oleh: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) & Arkib Negara Malaysia Jemput hadir ramai-ramai untuk menimba ilmu sejarah dan menyemarakkan lagi rasa cinta akan tanah air! ❤️🤍💙💛 #MajlisMemperingatiNegarawan #TunAbdulRazak #BapaPembangunan #ArkibNegaraMalaysia #KPM #PerpaduanNegara #MalaysiaMadani #SejarahMalaysia |
14 events, |
14 events, |
15 events, |
14 events, |
14 events, |
14 events, |
14 events, |
13 events, |
||||
|
0 events,
|
0 events,
|
0 events,
|
0 events,
|
