- This event has passed.
NOTIS PEMAKLUMAN PENGIBARAN JALUR GEMILANG DAN BENDERA NEGERI PAHANG

Majlis Perbandaran Temerloh menyeru semua pemilik premis kerajaan, swasta, perniagaan, kilang dan institusi di daerah Temerloh untuk bersama-sama menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2026 dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Pahang di premis masing-masing.
📅 Tempoh Pengibaran:
25 Julai 2026 hingga 16 September 2026
Marilah kita bersama-sama menzahirkan semangat patriotisme, cinta akan negara serta menjunjung kebesaran Negeri Pahang dengan mengibarkan kedua-dua bendera sebagai lambang perpaduan, kedaulatan dan kebanggaan rakyat Malaysia.
⚠️ Peringatan:
Pastikan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Pahang yang dikibarkan berada dalam keadaan sempurna, bersih dan tidak lusuh.
Bersama Kibarkan Jalur Gemilang, Bersama Semarakkan Semangat Kebangsaan. ❤️🤍💙💛🖤🤍
