LOGO, TEMA DAN LAGU HKHM 2026

LOGO & TEMA

HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026

Tema dan logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) merupakan simbol serta elemen penting yang sentiasa menjadi identiti utama dalam sambutan HKHM setiap tahun.

Sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian latar belakang rakyat, pemilihan tema dan logo HKHM 2026 jelas menggambarkan prinsip serta nilai perpaduan rakyat Malaysia yang menghargai keamanan dan kesejahteraan yang dinikmati pada hari ini.

Sehubungan dengan itu, kerajaan telah menetapkan tema HKHM 2026 sebagai “Kesejahteraan Dinikmati”, manakala logo Malaysia MADANI dikekalkan sebagai logo rasmi sambutan HKHM pada tahun ini.

Gambaran visi kerajaan untuk mewujudkan sebuah negara yang maju, inklusif dan harmoni, di mana setiap individu dapat merasai kesejahteraan secara menyeluruh. istilah “MADANI, yang berakar daripada konsep tamadun (civilisation), merangkumi nilai-nilai keadilan, kebajikan, dan kemanusiaan.

Fokus utama tema ini adalah untuk memastikan bahawa kesejahteraan bukan sahaja dikecapi oleh golongan tertentu, tetapi oleh seluruh rakyat tanpa pengecualian.

Logo Malaysia MADANI dijadikan sebagai logo rasmi HKHM pada tahun ini kerana reka bentuk logo ini berteraskan Malaysia MADANI yang menghasilkan corak simbolik “tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara”.

TATACARA

PENGGUNAAN

PAUTAN LAGU TEMA HKHM 2026

KLIK UNTUK MUAT TURUN MENGIKUT JENIS FORMAT