All Day

NOTIS PEMAKLUMAN PENGIBARAN JALUR GEMILANG DAN BENDERA NEGERI PAHANG

Majlis Perbandaran Temerloh menyeru semua pemilik premis kerajaan, swasta, perniagaan, kilang dan institusi di daerah Temerloh untuk bersama-sama menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2026 dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Pahang di premis masing-masing. ๐Ÿ“… Tempoh Pengibaran: 25 Julai 2026 hingga 16 September 2026 Marilah kita bersama-sama menzahirkan semangat patriotisme, cinta akan negara serta menjunjung kebesaran Negeri Pahang dengan mengibarkan kedua-dua bendera sebagai lambang perpaduan, kedaulatan dan kebanggaan rakyat Malaysia. โš ๏ธ Peringatan: Pastikan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Pahang yang dikibarkan berada dalam keadaan sempurna, bersih dan tidak lusuh. Bersama Kibarkan Jalur Gemilang, Bersama Semarakkan Semangat Kebangsaan. โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’›๐Ÿ–ค๐Ÿค

PERADUAN CERITA MALAYSIA KITA

  Sempena Bulan Kebangsaan Malaysia, jom raikan momen-momen kecil yang buat kita rasa bangga jadi rakyat Malaysia. โค๏ธ Ada gambar atau video yang menunjukkan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang berkumpul, berkongsi, meraikan atau mencipta kenangan bersama? Sama ada makan bersama, sambut perayaan, sertai aktiviti komuniti atau sekadar momen biasa yang penuh makna, kami nak tengok cerita anda! Anda berpeluang memenangi: ๐Ÿ“ธ Kamera Polaroid Instax Mini 13 ๐ŸŽง JBL Headphones Tune 720BT ๐ŸŽž๏ธ Kodak Charmera ๐Ÿ’ณ Baucar Touch โ€˜n Go eWallet Cara penyertaan: 1๏ธโƒฃ Muat naik gambar JPEG atau video MP4 HD (maksimum 30 saat), momen perpaduan anda 2๏ธโƒฃ Tulis caption ringkas tentang cerita di sebalik momen tersebut 3๏ธโƒฃ Ikuti semua akaun rasmi @perpaduannegara dan sertakan #CeritaMalaysiaKita supaya kami boleh temui penyertaan anda! *Pastikan akaun anda dalam tetapan umum. Penyertaan terpilih akan kami kongsikan di media sosial kami, bersama tag akaun anda supaya orang ramai boleh tahu cerita anda. ๐Ÿ“… Peraduan tamat: 11 September 2026, 11.59 malam Jom penuhkan suapan kita dengan cerita yang mengingatkan kita kenapa Malaysia ini milik kita bersama.

PERTANDINGAN AiMAGINASI MALAYSIA

OBJEKTIF PROGRAM * Menggalakkan integrasi seni ilustrasi dan teknologi AI. * Meningkatkan pemahaman penggunaan AI secara beretika. * Mencungkil bakat kreatif digital dan pemikiran kritis generasi muda. MAKLUMAT PROGRAM * Terbuka kepada pelajar IPTA & IPTS di seluruh Malaysia (Individu). * Tempoh Penyertaan: 10 Ogos โ€“ 20 September 2026. * Pelantar: Dalam talian menerusi media sosial JAPEN dan www.merdeka360.my. * Pilihan Tema: Generasi Kini, Aspirasi Malaysia; Merdeka Digital: Inovasi Anak Bangsa; dan Kreatif: Membina Malaysia Masa Depan HADIAH KESELURUHAN Johan: RM1,000 + Plak + Sijil Naib Johan: RM800 + Plak + Sijil Tempat Ke-3: RM600 + Plak + Sijil 10 hadiah Saguhati: RM200 + Plak + Sijil RINGKASAN SYARAT PERTANDINGAN * Poster mestilah beresolusi tinggi (300 dpi) dan berasaskan tema pilihan. * Nisbah penghasilan: 40% Penjanaan AI + 60% Gambar Asli (disunting dengan perisian grafik). * Sertakan penjelasan ringkas poster (maksimum 300 patah perkataan). * Karya mestilah asli, bebas unsur provokasi dan tidak melanggar hak cipta.

๐•๐ˆ๐‘๐“๐”๐€๐‹ ๐…๐ˆ๐๐‘๐”๐ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€ ๐Ÿ’๐Ÿ”๐Š๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2026, Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Melaka (JKPNM) dengan sukacitanya menjemput semua warga jabatan, agensi kerajaan, sektor swasta serta orang awam untuk menyertai Virtual FinRun Merdeka 46KM 2026 . ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ Lari, berjoging atau berjalan mengikut kemampuan anda! Tidak perlu berkumpul atau mengikut masa tertentu. Lengkapkan sahaja 46KM sepanjang tempoh program di lokasi dan waktu yang paling sesuai untuk anda. ๐Ÿ“… Tempoh Larian: 16 Ogos 2026 โ€“ 18 September 2026 ๐Ÿ’ต Yuran Penyertaan dan clik link penyertaan dibawah ini: RM50 seorang Link penyertaan : https://forms.gle/HjMbE6UMgMsBDJ399 ๐ŸŽ Setiap peserta akan menerima: ๐Ÿ‘• T-Shirt Eksklusif ๐Ÿ… Medal Finisher ๐ŸŽ Kit Penyertaan ๐Ÿ† Hadiah Wang Tunai ๐Ÿฅ‡ Johan โ€“ RM500 ๐Ÿฅˆ Naib Johan โ€“ RM300 ๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga โ€“ RM200 ๐Ÿข Hadiah Khas RM800 kepada jabatan yang mencatat penyertaan terbanyak. ๐Ÿ“Œ Tarikh Tutup Penyertaan : 15 Ogos 2026 Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat kemerdekaan melalui aktiviti yang sihat, menyeronokkan dan boleh disertai oleh semua peringkat umur. ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ Ajak keluarga, rakan-rakan dan warga jabatan anda untuk turut serta! Lagi ramai menyertai, lagi meriah sambutan kita. โœจ "1 Langkah, 1 Jiwa, Melaka Kekal Fit." ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada Virtual FinRun Merdeka 46KM 2026. Kami menantikan penyertaan anda! ๐Ÿ’ช Terima kasih kerana berminat menyertai Virtual FinRun Merdeka 46KM. Yuran Penyertaan: RM50.00 Sila buat bayaran ke akaun berikut: KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JKPNM Bank Islam No. Akaun: 04042-01-0003286 Reference Pembayaran: VRMerdeka Selepas membuat pembayaran, sila lengkapkan borang ini dan muat naik slip pembayaran. Pihak penganjur akan mengesahkan penyertaan anda melalui e-mel. Terima kasih atas penyertaan anda.

Ongoing

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2026

๐‰๐Ž๐Œ ๐Š๐ˆ๐๐€๐‘ ๐‰๐€๐‹๐”๐‘ ๐†๐„๐Œ๐ˆ๐‹๐€๐๐† Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengajak seluruh warga Petaling Jaya untuk bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dengan menyertai Kempen Kibar Jalur Gemilang. Kibarkan Jalur Gemilang di bangunan kerajaan, premis perniagaan, premis swasta dan rumah kediaman sebagai lambang kedaulatan negara, perpaduan rakyat serta kecintaan yang tidak berbelah bahagi kepada Malaysia. Marilah kita menghayati erti kemerdekaan dengan memupuk nilai patriotisme, memperkukuh perpaduan, menjunjung integriti serta terus berbakti demi kesejahteraan masyarakat. Ayuh, bersama-sama kita semarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan 2026. Kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga sebagai simbol maruah, identiti dan kedaulatan negara. ๐‘ƒ๐‘’๐‘ก๐‘Ž๐‘™๐‘–๐‘›๐‘” ๐ฝ๐‘Ž๐‘ฆ๐‘Ž ๐ต๐‘Ž๐‘›๐‘‘๐‘Ž๐‘Ÿ ๐‘ƒ๐‘Ž๐‘™๐‘–๐‘›๐‘” ๐ต๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘”๐‘–๐‘Ž ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘€๐‘Ž๐‘š๐‘๐‘Ž๐‘› #MalaysiaMadani #๐Š๐ข๐ญ๐š๐’๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐จ๐ซMajuBersama #DuaDekadBandarRayaPetalingJaya #MBPJ20

ย KPDN ANJUR PENGISIAN MENARIK SEMPENA SAMBUTAN HKHM 2026

๐—ž๐—ฃ๐——๐—ก ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—ž๐—›๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ!ย Bulan kebangsaan kembali lagi, dan inilah ketikanya untuk kita zahirkan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air yang tercinta!ย ๐—”๐—ฌ๐—จ๐—› ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—ž๐—ฃ๐——๐—ก !!!Mari kita gegarkan sambutan tahun ini dengan semangat patriotisme yang paling membara!ย Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bersama-sama memeriahkan suasana sepanjang bulan Ogos dan September.Jom tunjukkan sokongan padu korang, eratkan ukhuwah sesama kita, dan buktikan jiwa Merdeka kita!#KPDN#KPDNKITA#HKHM2026#MalaysiaMADANI

DINDING KEMERDEKAAN MALAYSIA

๐‘ฑ๐’Š๐’Œ๐’‚ ๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’š๐’”๐’Š๐’‚ ๐’ƒ๐’๐’๐’†๐’‰ ๐’Ž๐’†๐’๐’…๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’“ ๐’”๐’‚๐’•๐’– ๐’‰๐’‚๐’“๐’‚๐’‘๐’‚๐’ ๐’…๐’‚๐’“๐’Š๐’‘๐’‚๐’…๐’‚ ๐’‚๐’๐’…๐’‚, ๐’‚๐’‘๐’‚๐’Œ๐’‚๐’‰ ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’Š๐’๐’ˆ๐’Š๐’ ๐’‚๐’๐’…๐’‚ ๐’”๐’‚๐’Ž๐’‘๐’‚๐’Š๐’Œ๐’‚๐’? ๐Ÿ’ฌ Luahkan harapan, impian dan aspirasi anda buat tanah air tercinta dengan menuliskan mesej pada Dinding Kemerdekaan Malaysia. Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 dan Hari Malaysia ke-63, Perpustakaan Negara Malaysia menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyertai aktiviti Dinding Kemerdekaan Malaysia. Biarlah setiap coretan menjadi simbol perpaduan, kasih kepada negara dan inspirasi buat generasi akan datang. ๐Ÿ“… 1 Ogos โ€“ 30 September 2026 ๐Ÿ“ Aras 1, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia ๐Ÿ•™ 10.00 pagi โ€“ 7.00 malam Jom hadir dan tinggalkan harapan anda untuk Malaysia kerana setiap suara rakyat membawa makna kepada masa depan negara.

PERTANDINGAN DAN AKTIVITI MENARIK SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT KOLEJ KOMUNITI BUKIT BERUANG

๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿต ๐——๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ Jom sertai pelbagai pertandingan dan aktiviti menarik sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Kali Ke-69 & Hari Malaysia 2026 Peringkat Kolej Komuniti Bukit Beruang! Nyanyian Patriotik Deklamasi Puisi Video Pendek Patriotik Sudut Patriotik & Galeri Tokoh Negara Mewarna Kreatif Jiwa Patriotik Pertandingan Perbarisan Busana Gemilang Merdeka Tayangan Filem Patriotik Jejak Merdeka ke Galeri Bukit Kepong dan banyak lagi! Hadiah-hadiah menarik menanti para pemenang! ISTIMEWA! Semua pelajar yang menyertai aktiviti yang ditetapkan turut berpeluang menyertai Pakej Lawatan Pendidikan ke Galeri Bukit Kepong bagi menghayati sejarah perjuangan mempertahankan tanah air. Jangan sekadar menjadi penonton, jadilah sebahagian daripada semangat kemerdekaan! Bersama kita pupuk nilai patriotisme, perpaduan dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. 3 Ogos 2026 โ€“ 15 September 2026 Kolej Komuniti Bukit Beruang AYUH SERTAI! MERIAHKAN SAMBUTAN! REBUT PELUANG MENANG! HAYATI ERTI KEMERDEKAAN! #MalaysiaMADANI #KKBBM #BulanKebangsaan2026 #HariMalaysia2026 #TVETMembinaNegara #PatriotismeMenyatukanKita

PERTANDINGAN AIMAGINASI MALAYSIA

๐Ÿค–โœจ JOM CETUSKAN IMAGINASI, CIPTA KARYA, CIPTA SEJARAH!   Apa yang ada dalam imaginasi anda? Idea yang luar biasa, kreativiti tanpa batas atau gambaran Malaysia masa hadapan?   Kini tiba masanya untuk anda terjemahkan imaginasi menjadi karya! ๐Ÿš€ ๐ŸŽจ PERTANDINGAN AIMAGINASI MALAYSIA Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 kini dibuka kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi seluruh negara! Gunakan kreativiti, imaginasi dan sentuhan teknologi untuk menghasilkan karya yang unik, kreatif dan mencerminkan perspektif anda tentang Malaysia.   ๐Ÿ”ฅ Tak perlu tunggu jadi pakar untuk berkarya. Yang penting, ada IDEA, IMAGINASI dan keberanian untuk mencuba! ๐Ÿ† HADIAH KESELURUHAN RM8,000 untuk dimenangi! ๐Ÿ“… 10 Ogos โ€“ 20 September 2026 ๐Ÿ’ก Bayangkan. Cipta. Serlahkan. Mungkin idea yang selama ini hanya bermain dalam fikiran anda bakal menjadi karya yang memukau dan memenangi hadiah! ๐Ÿ‘‰ JOM SERTAI SEKARANG! Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut. #AIMaginasiMalaysia #MalaysiaMadani #MalaysiaMerdeka2026

PERTANDINGAN FOTO JURNALISME LENSA MALAYSIA

๐Ÿ“ธ AYUH RAKAM CERITA MALAYSIA MELALUI LENSA ANDA! Satu gambar mampu menceritakan seribu kisah. Kini tiba masanya untuk anda merakam warna, semangat, keunikan dan wajah Malaysia melalui perspektif anda sendiri! ๐ŸŽฏ PERTANDINGAN FOTO JURNALISME LENSA MALAYSIA Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 kini dibuka! ๐Ÿ“ท Ada kamera? Ada telefon pintar? Ada cerita untuk dikongsi? Jangan biarkan detik istimewa berlalu begitu sahaja. Rakam dan ceritakan. Mana tahu, karya anda bakal menjadi antara foto terbaik yang mewakili kisah Malaysia! ๐Ÿ† HADIAH KESELURUHAN RM15,000 untuk dimenangi! ๐Ÿ‘ค Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 15 tahun dan ke atas. ๐Ÿ“… Tempoh penyertaan: 10 Ogos โ€“ 20 September 2026 ๐Ÿ‘‰ Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut dan sertai pertandingan sekarang. Satu lensa. Satu perspektif. Satu kisah Malaysia. ๐Ÿ“ธ #LensaMalaysia2026 #MalaysiaMadani #KesejahteraanDinikmati #MalaysiaMerdeka2026 #FotoJurnalisme #JAPENMalaysia

SELANGOR, CABARAN LANGKAH MERDEKA, SIHAT BERSAMA BOOKDOC 2026

ย Jom Sertai Cabaran Langkah Merdeka, Sihat Bersama BookDoc 2026!ย Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dengan kerjasama BookDoc menjemput semua warga untuk menyertai Cabaran Langkah Merdeka, Sihat Bersama BookDoc 2026.ย 18 Ogos โ€“ 16 September 2026ย Virtual Medalย E-Certificateย Khusus untuk semua warga Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan terbuka kepada semua Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di Negeri Selangor. Orang awam juga dialu-alukan untuk turut serta.Tak kisah berjalan di pejabat, taman atau di rumahโ€”yang penting terus melangkah!ย Jom sihat, jom merdeka, jom kumpul 300,000 langkah bersama!ย join link :ย https://deeplink.bookdoc.com/challenges/3693