• NOTIS PEMAKLUMAN PENGIBARAN JALUR GEMILANG DAN BENDERA NEGERI PAHANG

    Majlis Perbandaran Temerloh menyeru semua pemilik premis kerajaan, swasta, perniagaan, kilang dan institusi di daerah Temerloh untuk bersama-sama menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2026 dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Pahang di premis masing-masing. 📅 Tempoh Pengibaran: 25 Julai 2026 hingga 16 September 2026 Marilah kita bersama-sama menzahirkan semangat patriotisme, cinta akan negara serta menjunjung kebesaran Negeri Pahang dengan mengibarkan kedua-dua bendera sebagai lambang perpaduan, kedaulatan dan kebanggaan rakyat Malaysia. ⚠️ Peringatan: Pastikan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Pahang yang dikibarkan berada dalam keadaan sempurna, bersih dan tidak lusuh. Bersama Kibarkan Jalur Gemilang, Bersama Semarakkan Semangat Kebangsaan. ❤️🤍💙💛🖤🤍

  • 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐊𝐈𝐁𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐁𝐒𝐉–𝐒𝐔𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐑𝐀𝐃𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟔

     𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐊𝐈𝐁𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐁𝐒𝐉–𝐒𝐔𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐑𝐀𝐃𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟔 Semarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 dengan menyertai Kempen Kibar Jalur Gemilang MBSJ–Subang Parade!Kibarkan Jalur Gemilang di kediaman anda, abadikan momen tersebut dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah menarik!30 hadiah cabutan bertuah menanti para peserta, termasuk hadiah utama yang menarik!𝑻𝒆𝒎𝒑𝒐𝒉 𝒌𝒆𝒎𝒑𝒆𝒏: 𝒔𝒆𝒉𝒊𝒏𝒈𝒈𝒂 16 𝑺𝒆𝒑𝒕𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓 2026Cara penyertaan:1. Kibarkan Jalur Gemilang di kediaman anda.2. Ambil gambar sebagai bukti penyertaan.3. Hantar gambar penyertaan dan rebut peluang untuk memenangi hadiah menarik!Sila imbas kod QR pada poster untuk menyertai kempen.Kibarkan Jalur Gemilang di kediaman anda, tanamkan cintakan negara dan bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026!‘𝐌𝐁𝐒𝐉 𝐆𝐞𝐦𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚’#SJcitycouncil#MBSJgemilangbersama#MerdekaMBSJSubangParade2026#MalaysiaMADANI#KesejahteraanDinikmati

  • 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐊𝐈𝐁𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐁𝐒𝐉–𝐒𝐔𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐑𝐀𝐃𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟔

     𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐊𝐈𝐁𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐁𝐒𝐉–𝐒𝐔𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐑𝐀𝐃𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟔 Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, MBSJ dengan kerjasama Subang Parade menjemput seluruh warga Subang Jaya untuk menyertai Kempen Kibar Jalur Gemilang MBSJ–Subang Parade 2026!Kibarkan Jalur Gemilang di kediaman anda dan rebut peluang memenangi 30 hadiah cabutan bertuah lumayan! Peserta turut dialu-alukan untuk menyertai kategori Rumah Paling Ceria dan Patriotik, dengan 10 kediaman terbaik bakal dipilih dan berpeluang menerima hadiah menarik.• Pendaftaran: sehingga 21 Ogos 2026• Tempoh pengibaran: sehingga 16 September 2026• Terbuka kepada penghuni kediaman dalam kawasan pentadbiran MBSJ.Cara penyertaan :1. Kibarkan sekurang-kurangnya satu (1) Jalur Gemilang di hadapan premis kediaman anda.2. Ambil gambar sebagai bukti penyertaan.3. Hantar gambar penyertaan melalui sosial media anda dan rebut peluang untuk memenangi hadiah menarik!Sila Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.Ayuh, jadikan setiap kibaran Jalur Gemilang sebagai lambang perpaduan, kebanggaan dan kecintaan kita kepada Malaysia dan bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026!‘𝐌𝐁𝐒𝐉 𝐆𝐞𝐦𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚’#SJcitycouncil#MBSJgemilangbersama#MerdekaMBSJSubangParade2026#MalaysiaMADANI#KesejahteraanDinikmati

  • 𝐕𝐈𝐑𝐓𝐔𝐀𝐋 𝐅𝐈𝐍𝐑𝐔𝐍 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝟒𝟔𝐊𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔

    Sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2026, Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Melaka (JKPNM) dengan sukacitanya menjemput semua warga jabatan, agensi kerajaan, sektor swasta serta orang awam untuk menyertai Virtual FinRun Merdeka 46KM 2026 . 🏃‍♀️ Lari, berjoging atau berjalan mengikut kemampuan anda! Tidak perlu berkumpul atau mengikut masa tertentu. Lengkapkan sahaja 46KM sepanjang tempoh program di lokasi dan waktu yang paling sesuai untuk anda. 📅 Tempoh Larian: 16 Ogos 2026 – 18 September 2026 💵 Yuran Penyertaan dan clik link penyertaan dibawah ini: RM50 seorang Link penyertaan : https://forms.gle/HjMbE6UMgMsBDJ399 🎁 Setiap peserta akan menerima: 👕 T-Shirt Eksklusif 🏅 Medal Finisher 🎁 Kit Penyertaan 🏆 Hadiah Wang Tunai 🥇 Johan – RM500 🥈 Naib Johan – RM300 🥉 Tempat Ketiga – RM200 🏢 Hadiah Khas RM800 kepada jabatan yang mencatat penyertaan terbanyak. 📌 Tarikh Tutup Penyertaan : 15 Ogos 2026 Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat kemerdekaan melalui aktiviti yang sihat, menyeronokkan dan boleh disertai oleh semua peringkat umur. 👨‍👩‍👧‍👦 Ajak keluarga, rakan-rakan dan warga jabatan anda untuk turut serta! Lagi ramai menyertai, lagi meriah sambutan kita. ✨ "1 Langkah, 1 Jiwa, Melaka Kekal Fit." 🇲🇾❤️ Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada Virtual FinRun Merdeka 46KM 2026. Kami menantikan penyertaan anda! 💪 Terima kasih kerana berminat menyertai Virtual FinRun Merdeka 46KM. Yuran Penyertaan: RM50.00 Sila buat bayaran ke akaun berikut: KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JKPNM Bank Islam No. Akaun: 04042-01-0003286 Reference Pembayaran: VRMerdeka Selepas membuat pembayaran, sila lengkapkan borang ini dan muat naik slip pembayaran. Pihak penganjur akan mengesahkan penyertaan anda melalui e-mel. Terima kasih atas penyertaan anda.

  • SELANGOR, CABARAN LANGKAH MERDEKA, SIHAT BERSAMA BOOKDOC 2026

     Jom Sertai Cabaran Langkah Merdeka, Sihat Bersama BookDoc 2026! Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dengan kerjasama BookDoc menjemput semua warga untuk menyertai Cabaran Langkah Merdeka, Sihat Bersama BookDoc 2026. 18 Ogos – 16 September 2026 Virtual Medal E-Certificate Khusus untuk semua warga Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan terbuka kepada semua Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di Negeri Selangor. Orang awam juga dialu-alukan untuk turut serta.Tak kisah berjalan di pejabat, taman atau di rumah—yang penting terus melangkah! Jom sihat, jom merdeka, jom kumpul 300,000 langkah bersama! join link : https://deeplink.bookdoc.com/challenges/3693

  • KARNIVAL KEMERDEKAAN KAMPUNG TRADISI & EKSPO SABAK BERNAM 2026

    KARNIVAL KEMERDEKAAN KAMPUNG TRADISI & EKSPO SABAK BERNAM 2026 Ayuh warga Sabak Bernam dan seluruh Selangor! Jom meriahkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. 28 – 30 Ogos 2026 Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam 9.00 pagi – 11.30 malam Pelbagai acara menanti anda — Larian Kemerdekaan, pameran jabatan & agensi, ekspo jualan, perarakan kenderaan berhias, pertandingan catur, karom, mewarna dan inovasi, sukan rakyat, jualan istimewa, ceramah agama, bola sepak bawah 12 tahun serta kemuncaknya Ambang Merdeka! #MajlisDaerahSabakBernam #sabakbernamkotaagropolitan

  • 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗡𝗔𝗠 𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲

    𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗡𝗔𝗠 𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲Program senaman dan kecergasan beramai-ramai yang dianjurkan sempena sambutan Bulan Kebangsaan/Merdeka 2026. Menggalakkan gaya hidup sihat, kecergasan, kebersamaan komuniti dan semangat perpaduan. Tarikh: 𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂, 𝟮𝟵 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲 Masa: 𝟴.𝟬𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶 – 𝟭𝟬.𝟬𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶 Tempat: 𝗡𝗔𝗗𝗜 𝗔𝗶𝗿 𝗣𝗮𝗻𝗮𝘀Pelbagai aktiviti menarik diadakanSenam Sihat AerobikSaringan Kesihatan Percuma𝗧𝗲𝗺𝗮 𝗣𝗮𝗸𝗮𝗶𝗮𝗻 : 𝗪𝗮𝗿𝗻𝗮-𝗪𝗮𝗿𝗻𝗮 𝗕𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (Merah, Biru, Putih & Kuning)  Makanan dan Minuman disediakan Hubungi NADI Air Panas untuk pendaftaran dan maklumat lanjuthttp://www.wasap.my/+60162334209/senamsihatmadaniJangan lepaskan peluang untuk bersama -sama menyertai SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026 Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati 

  • PERTANDINGAN PIDATO DAN MEWARNA PRASEKOLAH 2026

    PERTANDINGAN PIDATO & MEWARNA PRASEKOLAH 2026 Anak anda berbakat berpidato? Suka mewarna dan berkreativiti? Inilah peluang terbaik untuk mereka menyerlah! Sempena Festival Mahabbah Merdeka 2026, kami menjemput semua murid Prasekolah menyertai Pertandingan Pidato & Mewarna yang bakal berlangsung dalam suasana penuh ceria, patriotik dan menyeronokkan. Tarikh: 29 Ogos 2026 (Sabtu) Masa: 8.00 Pagi – 12.30 Tengah Hari Lokasi: Dataran Jambatan Angkat, Terengganu Hadiah Wang Tunai Menarik Menanti Pemenang! Berikan peluang kepada si kecil untuk: Membina keyakinan diri melalui pidato. Menonjolkan bakat dan kreativiti dalam pertandingan mewarna. Menyemarakkan semangat cintakan negara sempena Sambutan Bulan Kebangsaan. Penyertaan adalah TERHAD! Daftar sekarang dengan mengimbas Kod QR pada poster sebelum 16 Ogos 2026. Daftar Disini: https://forms.gle/HY9DBmJBzhd7XnwV6 https://forms.gle/HY9DBmJBzhd7XnwV6 Ayuh daftarkan anak-anak anda hari ini dan sama-sama kita mencungkil bakat, membina keyakinan serta menyemarakkan semangat patriotik melalui Pertandingan Pidato & Mewarna Prasekolah 2026!

  • SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2026

    𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔Warga SelangorSambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor kembali lagiJom hadir beramai-ramai memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 anjuran Kerajaan Negeri Selangor yang akan berlangsung pada ketetapan seperti berikut: 𝟑𝟎 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐀𝐡𝐚𝐝) 𝟔.𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠 - 𝟏𝟐.𝟎𝟎 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦⁣ 𝐒𝐭𝐚𝐝𝐢𝐮𝐦 𝐊𝐚𝐣𝐚𝐧𝐠𝐌𝐚𝐩𝐬/ 𝐖𝐚𝐳𝐞 - https://maps.app.goo.gl/TZ96QVwSCd4bGSbE9𝐏𝐞𝐥𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐚𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢 𝐚𝐧𝐝𝐚, 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧𝐲𝐚: Perarakan dan Perbarisan Persembahan Badan Beruniform Pertunjukan Bunga Api Persembahan Kebudayaan Persembahan Artis Terkemuka Tanah AirJemput datang bersama keluarga sambil menyemarakkan semangat cintakan negaraJumpa anda di sana#MalaysiaMadani#KitaSelangorMajuBersama#SukSelangor#MerdekaSelangor69

  • KERETAPI SARONG GEORGETOWN 2026

    Sempena sambutan Hari Malaysia 2026, Fotografi Jalanan Malaysia (FJM) dengan sukacitanya berkolaborasi bersama penganjur Keretapi Sarong Georgetown 2026, yang akan berlangsung pada: 📅 *16 September 2026 | Hari Malaysia* 📍 *George Town, Penang* Sambutan daripada komuniti photographer setakat ini memang *LUAR BIASA!* 🔥📸 Daripada hanya satu perjalanan fotografi, kini kita akan bergerak bersama dari pelbagai activation points, menyertai perjalanan Keretapi Sarong dan akhirnya bergabung bersama peserta dalam satu sambutan penuh warna, budaya dan semangat Malaysia. Perjalanan FJM akan bermula dari: 🚆 *Stesen KTM Parit Buntar → KTM Nibong Tebal → KTM Simpang Ampat → KTM Bukit Minyak → KTM Bukit Mertajam → KTM Tasek Gelugor → KTM Butterworth → Penang Sentral → ⛴️ Penang Ferry → 📍 Penang Ferry Museum* Ini bukan sekadar sebuah photowalk. Ini adalah perjalanan merakam manusia, budaya, perjalanan dan cerita — bermula dari landasan kereta api, menyeberangi Selat Pulau Pinang dengan feri dan berakhir di tengah-tengah kemeriahan Keretapi Sarong Georgetown. 📸 Street photographers, documentary photographers, mobile photographers, beginners or experienced photographers — ALL ARE WELCOME! Bawa kamera. Bawa phone. Pakai sarong. Dan paling penting —bawa semangat Malaysia! 🇲🇾 Jom bersama FJM merakam ribuan wajah, momen spontan dan cerita yang hanya berlaku sekali dalam setahun. CAPTURE THE PEOPLE. LIVE THE STORIES. 🇲🇾📸 Jumpa anda di activation point masing-masing! #FotografiJalananMalaysia #FJM #KeretapiSarongGeorgetown2026 #PenangFerryMuseum #KeretapiSarong2026 #HariMalaysia2026 #MalaysiaDay2026 #GeorgeTownPenang #StreetPhotographyMalaysia