• NOTIS PEMAKLUMAN PENGIBARAN JALUR GEMILANG DAN BENDERA NEGERI PAHANG

    Majlis Perbandaran Temerloh menyeru semua pemilik premis kerajaan, swasta, perniagaan, kilang dan institusi di daerah Temerloh untuk bersama-sama menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2026 dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Pahang di premis masing-masing. 📅 Tempoh Pengibaran: 25 Julai 2026 hingga 16 September 2026 Marilah kita bersama-sama menzahirkan semangat patriotisme, cinta akan negara serta menjunjung kebesaran Negeri Pahang dengan mengibarkan kedua-dua bendera sebagai lambang perpaduan, kedaulatan dan kebanggaan rakyat Malaysia. ⚠️ Peringatan: Pastikan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Pahang yang dikibarkan berada dalam keadaan sempurna, bersih dan tidak lusuh. Bersama Kibarkan Jalur Gemilang, Bersama Semarakkan Semangat Kebangsaan. ❤️🤍💙💛🖤🤍

  • PERTANDINGAN FOTO MUTIARA KATA SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2026

    Semarakkan Bulan Kebangsaan dengan kreativiti anda! Ayuh sertai Pertandingan Foto Mutiara Kata Sempena Bulan Kebangsaan 2026 anjuran Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. 📍 Tema: "Semangat Kemerdekaan" Hasilkan sekeping foto yang menggambarkan semangat patriotisme, perpaduan, kepelbagaian budaya, warisan serta menonjolkan identiti Perak. Lengkapkan foto anda dengan mutiara kata yang ringkas, kreatif, positif yang mampu menyemarakkan semangat cintakan negara. 🏆 Hadiah Menarik Menanti Pemenang! 🥇 Tempat Pertama: RM500 🥈 Tempat Kedua: RM400 🥉 Tempat Ketiga: RM300 🎁 10 Hadiah Saguhati: RM100 setiap penyertaan yang layak 📅 Tarikh tutup penyertaan: 19 Ogos 2026 Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh rakyat Perak Darul Ridzuan. Imbas kod QR pada poster atau layari https://forms.gle/syN8NgcL2s5CQF5z9 bagi mendapatkan syarat pertandingan dan borang penyertaan. Jom abadikan semangat kemerdekaan melalui lensa anda dan tonjolkan kreativiti bersama kata-kata yang memberi inspirasi. Ayuh sertai sekarang! 🇲🇾✨

  • KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG) X JAGO PERLIS 2026

    Jom bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme sempena Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) X JAGO Perlis 2026. Tarikh: Sabtu | 1 Ogos 2026 Konvoi KMJG X JAGO akan menjelajah beberapa lokasi di seluruh Perlis bagi menggerakkan Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang, sebelum berakhir di Dataran Layang-Layang, Kurung Tengar pada 5.00 petang. Lokasi Persinggahan: * Majlis Sukan Negeri Perlis * Masjid Nurus Said, Santan * Kilang Mediquip Sdn. Bhd. * Balai Trafik Mata Ayer * Chery 4S Centre Perlis, Jelempok * Kampung Pauh Setia, Pauh (Program HKHM @ Komuniti MADANI) Program KMJG X JAGO | 5.00 Petang • Pentarama * Persembahan nyanyian dan kuiz * Penyampaian Kit 1 Rumah 1 Jalur Gemilang * Nyanyian lagu-lagu patriotik Ayuh hadir beramai-ramai bersama keluarga. Kibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang cinta kepada negara dan bersama-sama kita menyemarakkan semangat Bulan Kebangsaan. Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati 🇲🇾

  • MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN HARI SABAH DAN KEMPEN KIBAR BENDERA 2026

    🇲🇾 𝗔𝘆𝘂𝗵 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗺𝘂𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻, 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻 𝗞𝗶𝗯𝗮𝗿 𝗕𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗽𝗮𝘁𝗿𝗶𝗼𝘁𝗶𝘀𝗺𝗲! Saksikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan, Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera 2026 yang akan disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. 📅 1 Ogos 2026 (Sabtu) 🕣 8.30 pagi 📍 Menara Kinabalu, Kota Kinabalu Semarakkan Bulan Kebangsaan dan Hari Sabah dengan menjayakan Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang melalui pengibaran Jalur Gemilang dan Bendera Sabah di setiap kediaman sebagai tanda cinta kepada negara, dan semangat perpaduan. #HKHS2026 #1Rumah1JalurGemilang #MalaysiaMADANI #SabahMajuJaya #JAPENSabah

  • KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG 2026 X JAGO – SUNGAI PETANI

    Ayuh bersama-sama memeriahkan Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2026 X JAGO (JAPEN Arena Penggerak Komuniti) yang bakal berlangsung dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. 🗓️ Tarikh: 2 Ogos 2026 (Ahad) 🕣 Masa: 8.30 pagi – 2.00 petang 📍 Lokasi: Pasaraya MYDIN Taman Batik, Sungai Petani, Kedah Antara aktiviti yang menanti anda: 🇲🇾 Pertandingan Mewarna Kanak-kanak (4–6 tahun) bersama keluarga 🇲🇾 Pertandingan Busana Merdeka (4-6 tahun) bersama keluarga 🇲🇾 Pameran dan Kaunter Perkhidmatan Agensi 🇲🇾 Persembahan Pentarama JAGO 🎉 Penyertaan adalah PERCUMA! Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran dan maklumat lanjut. Jom raikan semangat patriotisme, kibarkan Jalur Gemilang dan meriahkan sambutan Bulan Kebangsaan bersama kami! #KembaraMerdekaJalurGemilang2026 #KMJG2026 #JAGO #JabatanPenerangan #JapenKedah #MalaysiaMADANI #KibarJalurGemilang #Merdeka2026 #SungaiPetani #MYDIN #KomunitiMADANI

  • PERTANDINGAN KECERIAAN BULAN KEBANGSAAN 2026 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

    Ayuh Semarakkan Bulan Kebangsaan 2026! Sertai Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Sembilan dan rebut hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM18,000! Tempoh Penyertaan: 7 Ogos – 24 Ogos 2026 Penjurian: 1 September – 14 September 2026 Terbuka kepada pelbagai kategori termasuk: Agensi Kerajaan Bangunan Swasta Kampung/Taman Perumahan IPTA/IPTS Sekolah Rumah Ibadat Individu dan lain-lain. Imbas kod QR pada poster untuk penyertaan. Jom kibarkan Jalur Gemilang dan serlahkan semangat patriotik kita! #HKHM2026 #MalaysiaMADANI #KesejahteraanDinikmati #Merdeka360

  • 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐊𝐈𝐁𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐁𝐒𝐉–𝐒𝐔𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐑𝐀𝐃𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟔

     𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐊𝐈𝐁𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐁𝐒𝐉–𝐒𝐔𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐑𝐀𝐃𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟔 Semarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 dengan menyertai Kempen Kibar Jalur Gemilang MBSJ–Subang Parade!Kibarkan Jalur Gemilang di kediaman anda, abadikan momen tersebut dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah menarik!30 hadiah cabutan bertuah menanti para peserta, termasuk hadiah utama yang menarik!𝑻𝒆𝒎𝒑𝒐𝒉 𝒌𝒆𝒎𝒑𝒆𝒏: 𝒔𝒆𝒉𝒊𝒏𝒈𝒈𝒂 16 𝑺𝒆𝒑𝒕𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓 2026Cara penyertaan:1. Kibarkan Jalur Gemilang di kediaman anda.2. Ambil gambar sebagai bukti penyertaan.3. Hantar gambar penyertaan dan rebut peluang untuk memenangi hadiah menarik!Sila imbas kod QR pada poster untuk menyertai kempen.Kibarkan Jalur Gemilang di kediaman anda, tanamkan cintakan negara dan bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026!‘𝐌𝐁𝐒𝐉 𝐆𝐞𝐦𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚’#SJcitycouncil#MBSJgemilangbersama#MerdekaMBSJSubangParade2026#MalaysiaMADANI#KesejahteraanDinikmati

  • MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG 2026 PERINGKAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

    Moh orang ramai khususnya warga Pahang dijemput hadir memeriahkan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur pada: 9 Ogos 2026 (Ahad) 5.00 Pagi - 12.00 Malam Dataran Raub, Pahang Antara aktiviti yang disediakan ialah: Subuh Warrior ( Masjid Tengku Abu Bakar) Aerodance Pertandingan Mewarna Patriotik Kanak-Kanak & Warga Emas Pertandingan Tarik Tali Pertandingan Netball Shootout 5 Sebelah Pertandingan Penalti Shooutout Walk A Town With Me Konsert Kibaran Merdeka Cabutan bertuah juga menanti anda. Jumpa anda di sana ! #HKHM2026 #MalaysiaMADANI #KesejahteraanDinikmati #Merdeka360 #JabatanPenerangan #phgkoi #Pahang1st

  • 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐑𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔

    Ayuh semarakkan semangat patriotik dan cintakan negara! ❤️‍🔥 📣 Antara Kategori yang dipertandingkan: 1. Sekolah Menengah 2. Sekolah Rendah 3. ⁠Pintu Gerbang 4. ⁠Pejabat Daerah / Majlis Daerah (PBT) dan Swasta 5. Individu ⁠ 🎉 Hiasi kawasan anda dengan tema Bulan Kebangsaan dan rebut peluang memenangi hadiah menarik! 🏆 Johan: RM5,000 🥈 Naib Johan: RM3,500 🥉 Ketiga: RM2,000 🎖️ + Sijil & Plak Penghargaan! 📌 Tarikh tutup pendaftaran: 10 Ogos 2026 📌Tarikh Akhir Penghantaran Karya: 20 Ogos 2026 Pautan pendaftaran pertandingan disediakan di ruangan komen! Sertai dan jadilah sebahagian daripada rakyat yang cintakan negara ❤️🤍💙💛 Penyertaan anda kami nantikan! Moh Komer ‼️ #HKHM2026 #PerakSejahtera2030 #MalaysiaMADANI #KesejahteraanDinikmati #JabatanPenerangan #PeneranganPerak

  • MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI MELAKA DAN MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG 2026 PERINGKAT NEGERI MELAKA

    Majlis ini akan disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Melaka sebagai permulaan rasmi Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2026 Peringkat Negeri Melaka. Pelancaran ini menjadi titik permulaan kepada pelbagai program dan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang Bulan Kebangsaan bagi menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta memupuk rasa cinta akan negara dalam kalangan rakyat. Ayuh bersama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga sebagai tanda kecintaan kepada Malaysia serta menghargai jasa dan pengorbanan para pejuang yang telah mempertahankan kemerdekaan negara. "Kibarkan Jalur Gemilang, Semarakkan Semangat Kebangsaan."

  • 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐊𝐈𝐁𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐁𝐒𝐉–𝐒𝐔𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐑𝐀𝐃𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟔

     𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐊𝐈𝐁𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐁𝐒𝐉–𝐒𝐔𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐑𝐀𝐃𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟔 Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, MBSJ dengan kerjasama Subang Parade menjemput seluruh warga Subang Jaya untuk menyertai Kempen Kibar Jalur Gemilang MBSJ–Subang Parade 2026!Kibarkan Jalur Gemilang di kediaman anda dan rebut peluang memenangi 30 hadiah cabutan bertuah lumayan! Peserta turut dialu-alukan untuk menyertai kategori Rumah Paling Ceria dan Patriotik, dengan 10 kediaman terbaik bakal dipilih dan berpeluang menerima hadiah menarik.• Pendaftaran: sehingga 21 Ogos 2026• Tempoh pengibaran: sehingga 16 September 2026• Terbuka kepada penghuni kediaman dalam kawasan pentadbiran MBSJ.Cara penyertaan :1. Kibarkan sekurang-kurangnya satu (1) Jalur Gemilang di hadapan premis kediaman anda.2. Ambil gambar sebagai bukti penyertaan.3. Hantar gambar penyertaan melalui sosial media anda dan rebut peluang untuk memenangi hadiah menarik!Sila Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.Ayuh, jadikan setiap kibaran Jalur Gemilang sebagai lambang perpaduan, kebanggaan dan kecintaan kita kepada Malaysia dan bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026!‘𝐌𝐁𝐒𝐉 𝐆𝐞𝐦𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚’#SJcitycouncil#MBSJgemilangbersama#MerdekaMBSJSubangParade2026#MalaysiaMADANI#KesejahteraanDinikmati