All Day

NOTIS PEMAKLUMAN PENGIBARAN JALUR GEMILANG DAN BENDERA NEGERI PAHANG

Majlis Perbandaran Temerloh menyeru semua pemilik premis kerajaan, swasta, perniagaan, kilang dan institusi di daerah Temerloh untuk bersama-sama menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2026 dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Pahang di premis masing-masing. 📅 Tempoh Pengibaran: 25 Julai 2026 hingga 16 September 2026 Marilah kita bersama-sama menzahirkan semangat patriotisme, cinta akan negara serta menjunjung kebesaran Negeri Pahang dengan mengibarkan kedua-dua bendera sebagai lambang perpaduan, kedaulatan dan kebanggaan rakyat Malaysia. ⚠️ Peringatan: Pastikan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Pahang yang dikibarkan berada dalam keadaan sempurna, bersih dan tidak lusuh. Bersama Kibarkan Jalur Gemilang, Bersama Semarakkan Semangat Kebangsaan. ❤️🤍💙💛🖤🤍

PERTANDINGAN FOTO MUTIARA KATA SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2026

Semarakkan Bulan Kebangsaan dengan kreativiti anda! Ayuh sertai Pertandingan Foto Mutiara Kata Sempena Bulan Kebangsaan 2026 anjuran Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. 📍 Tema: "Semangat Kemerdekaan" Hasilkan sekeping foto yang menggambarkan semangat patriotisme, perpaduan, kepelbagaian budaya, warisan serta menonjolkan identiti Perak. Lengkapkan foto anda dengan mutiara kata yang ringkas, kreatif, positif yang mampu menyemarakkan semangat cintakan negara. 🏆 Hadiah Menarik Menanti Pemenang! 🥇 Tempat Pertama: RM500 🥈 Tempat Kedua: RM400 🥉 Tempat Ketiga: RM300 🎁 10 Hadiah Saguhati: RM100 setiap penyertaan yang layak 📅 Tarikh tutup penyertaan: 19 Ogos 2026 Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh rakyat Perak Darul Ridzuan. Imbas kod QR pada poster atau layari https://forms.gle/syN8NgcL2s5CQF5z9 bagi mendapatkan syarat pertandingan dan borang penyertaan. Jom abadikan semangat kemerdekaan melalui lensa anda dan tonjolkan kreativiti bersama kata-kata yang memberi inspirasi. Ayuh sertai sekarang! 🇲🇾✨

PERTANDINGAN KECERIAAN BULAN KEBANGSAAN 2026 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Ayuh Semarakkan Bulan Kebangsaan 2026! Sertai Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Sembilan dan rebut hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM18,000! Tempoh Penyertaan: 7 Ogos – 24 Ogos 2026 Penjurian: 1 September – 14 September 2026 Terbuka kepada pelbagai kategori termasuk: Agensi Kerajaan Bangunan Swasta Kampung/Taman Perumahan IPTA/IPTS Sekolah Rumah Ibadat Individu dan lain-lain. Imbas kod QR pada poster untuk penyertaan. Jom kibarkan Jalur Gemilang dan serlahkan semangat patriotik kita! #HKHM2026 #MalaysiaMADANI #KesejahteraanDinikmati #Merdeka360