All Day

JAPEN – Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sembilan

Lokasi Hari Pertama: Wisma Persekutuan, Muzium Rembau, Masjid Jamek Tanah Datar Chengkau, Kampung Orang Asli (KOA) Bari, Kuala Pilah & McDonald's Melang, Kuala Pilah (31 Julai 2025) Lokasi Hari Kedua: Dewan MBS, SK Nilai Impian & Masjid Dato' Penghulu Menteri Sungei Ujong (1 Ogos 2025)

JAPEN Sabah – Pertandingan Reels, “Merdeka Kita, Cerita Kita”

Bulan Kebangsaan kini tiba! Jabatan Penerangan dengan kerjasama Proton Shirba Auto World Sdn Bhd 3S dan Lembaga Koko Malaysia ingin menjemput anda untuk mengikuti Pertandingan Reels, "Merdeka Kita, Cerita Kita". Jom ramai-ramai serlahkan bakat anda! Tarikh Penyertaan: 1 - 31 Ogos 2025 Hadiah lumayan menanti anda! Maklumat lanjut layari: facebook Jabatan Penerangan Sabah

JAPEN – Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor

Lokasi Hari Pertama: Dataran Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang International Circuit & McDonald’s Kota Warisan, Sepang (1 Ogos 2025) Lokasi Hari Kedua: Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Pantai Redang, Sekinchan, Sabak Bernam & Pejabat Penyelaras DUN Sabak (2 Ogos 2025)

Tourism Malaysia – Spot The Jalur Gemilang Travel Challenges!

Sempena Bulan Kemerdekaan ini, lensa anda adalah suara anda! Sertai Spot the Jalur Gemilang Travel Challenge dari 1 hingga 31 Ogos 2025 dan menangi barangan eksklusif Visit Malaysia 2026! 🤩 Cara Penyertaan: 1️⃣ Snap it! – Ambil gambar atau video pendek terbaik anda bersama Jalur Gemilang di lokasi menarik atau mercu tanda ikonik. 2️⃣ Share it! – Muat naik di Instagram, Facebook, atau TikTok. 3️⃣ Tag & Hashtag! – Guna tanda pagar: #VisitMalaysia2026 #MalaysiaTrulyAsia #CutiCutiMalaysia #SpotJalurGemilang dan tag: 📸 @malaysia.truly.asia (IG) 📘 Tourism Malaysia (FB & TikTok) 📍Imbas kod QR untuk maklumat lanjut. Terma & syarat dikenakan. 🎁 3 penyertaan paling kreatif berpeluang memenangi barangan edisi terhad Visit Malaysia 2026!

AKM, JPM – Bicara Kenegaraan: Aku Kasih Malaysia

𝟏 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 - 𝟏 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 - 𝟏 𝐉𝐮𝐭𝐚 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 bakal menyertai dan mengikuti bicara kenegaraan. Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri menganjurkan 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐁𝐢𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧: 𝐀𝐤𝐮 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68. 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧 : Program kenegaraan bersemuka yang interaktif dan inklusif sepanjang bulan Ogos 2025. 𝐓𝐨𝐩𝐢𝐤 : •Sejarah Kenegaraan •Perlembagaan Persekutuan •Rukun Negara •Naratif Malaysia MADANI 𝐓𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 : Menyemarakkan semangat patriotik dan menyampaikan aspirasi Malaysia MADANI🇲🇾 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐚𝐧 : Belia, Eksekutif, Korporat, Swasta, Pengamal Media dan Komuniti. 𝐌𝐚𝐭𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 : 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚 𝐫𝐞𝐤𝐨𝐝 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐨𝐟 𝐑𝐞𝐜𝐨𝐫𝐝𝐬 dalam '𝐋𝐚𝐫𝐠𝐞𝐬𝐭 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐢𝐜𝐢𝐩𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐈𝐧 𝐀 𝐍𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧-𝐁𝐮𝐢𝐥𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐥𝐤 𝐂𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐠𝐧 / 🏆𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐮𝐭𝐢 𝐁𝐢𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚” Ayuh bersama-sama AKM menjadikan bulan kemerdekaan ini lebih bermakna. Kita semarakkan cinta, kita perkasa jiwa patriotik, demi Malaysia tercinta.

KPN – Pertandingan Fotografi Bertemakan Hari Kemerdekaan

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA DAN TERBUKA KEPADA SEMUA WARGANEGARA MALAYSIA PENGHANTARAN GAMBAR MELALUI POS SAHAJA! 🏆 Hadiah menarik menanti para pemenang! 📚 Anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia 📲 Untuk maklumat lanjut dan syarat pendaftaran: 📥 Imbas kod QR dalam poster rasmi

KPN – Kempen Taat Setia Rukun Negara

𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐓𝐀𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀 𝐑𝐔𝐊𝐔𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 : 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝟓𝟓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐑𝐔𝐊𝐔𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 !! Rukun Negara kini genap 55 tahun! Selama lebih lima dekad, lima prinsip teras ini telah menjadi panduan hidup dan asas penyatuan kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama. Mari kita renungkan kembali nilai-nilai murni yang terkandung dalam Rukun Negara. Bermula daripada Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, hinggalah kepada Kesopanan dan Kesusilaan. Inilah tiang seri yang membentuk identiti kita sebagai rakyat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu. Sertai Kempen Taat Setia Rukun Negara anjuran Kementerian Perpaduan Negara dan tunjukkan rasa cinta serta komitmen anda terhadap negara tercinta! Kongsi semangat perpaduan anda bersama rakan-rakan, keluarga, komuniti dan sesiapa sahaja di media sosial!!! Layari pautan rasmi facebook Kementerian Perpaduan Negara untuk maklumat lanjut.

IOI City Mall – Jalan Kita, Cerita Kita

Mari raikan semangat Merdeka di IOI City Mall dengan Jalan Kita, Cerita Kita, yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 16 September 2025! Sertai kami dalam menghargai perpaduan, budaya dan komuniti melalui pelbagai aktiviti menarik untuk semua: 🎁 Spirit of Merdeka Giveaway – bawa pulang barangan patriotik istimewa!📸 Tribut Fotografi kepada Perpaduan – lalui koleksi gambar yang mengagumkan dan menyentuh hati!🎭 Bengkel & Persembahan Budaya – nikmati aktiviti interaktif dan persembahan penuh warna untuk seisi keluarga!