All Day

JAPEN – Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sembilan

Lokasi Hari Pertama: Wisma Persekutuan, Muzium Rembau, Masjid Jamek Tanah Datar Chengkau, Kampung Orang Asli (KOA) Bari, Kuala Pilah & McDonald's Melang, Kuala Pilah (31 Julai 2025) Lokasi Hari Kedua: Dewan MBS, SK Nilai Impian & Masjid Dato' Penghulu Menteri Sungei Ujong (1 Ogos 2025)

Jabatan Penjara Malaysia – Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka Tahun 2025

Bersempena Bulan Kemerdekaan Tahun 2025 bertemakan Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni, PP Triyo Kurniawan Bin Kusmadi, yang menjalankan tugas Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka melancarkan Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka Tahun 2025. Majlis dimulakan dengan ucapan amanat oleh PP Triyo Kurniawan Bin Kusmadi, yang menjalankan tugas Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas dengan menyampaikan usaha saranan kerajaan yang menyeru semua pihak menyemarakkan Sambutan Hari Kemerdekaan Yang Ke-68 pada tahun ini. Majlis diteruskan dengan penyerahan bendera kepada Ketua Unit dan pemasangan Jalur Gemilang di kenderaan jabatan.