HKHM 2026 l PROGRAM SATELIT KHAS: KENDURI RAKYAT MADANI 2026









HKHM 2026 l PROGRAM SATELIT KHAS: KENDURI RAKYAT MADANI 2026
Program Satelit Khas: Kenduri Rakyat MADANI 2026 anjuran JAPEN dengan kerjasama pelbagai agensi telah berlangsung di Lembah Pantai bagi menyemarakkan semangat patriotik, memperkukuh perpaduan dan mengeratkan hubungan komuniti.
Program ini dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil serta diisi dengan Rewang Sekampung Kenduri Rakyat MADANI, Jualan RAHMAH, saringan kesihatan, kaunter perkhidmatan kerajaan, aktiviti komuniti, taklimat dan pameran agensi.
Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa makna kemerdekaan bukan hanya pada kebebasan negara, tetapi juga pada kehidupan rakyat yang sihat, bebas daripada dadah dan rasuah serta mendapat manfaat daripada pelbagai program kerajaan.
Beliau turut menyampaikan Kit Jalur Gemilang di bawah Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) kepada wakil komuniti dan sumbangan Baucar Kasih MADANI bernilai RM100 kepada golongan yang memerlukan bagi pembelian barangan keperluan asas.
Hadir sama adalah Ketua Pengarah JAPEN, Erwin Khairul Ahmad; Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (BPKPM) JAPEN, Muhammad Najmi Mustapha; serta Pengarah JAPEN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Normaizatulakmal Tujad.
Penglibatan dalam program ini memperkukuh komunikasi dua hala antara kerajaan dan masyarakat, sekali gus memastikan maklumat disampaikan dengan tepat, jelas dan mudah difahami.
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


