HKHM 2026 I MERDEKA RIDE PUTRAJAYA 2026

HKHM 2026 l MERDEKA RIDE PUTRAJAYA 2026

88f5547a-7712-46a9-9181-104a156b6e00
1ecf7e22-7898-44d0-a17b-d989979b51b9
c13e3bc3-122b-4ca7-85ec-a05c7615129d
e3f5cb86-fd06-4313-b1e2-c731b7ff04c2
49d64760-d89a-4875-b5a3-e0065ec1f7c5
31d929ce-7fde-4670-8561-0b572e0b1485
6fc9b3bf-80f8-490a-947f-bfa96efeb591
1f2aff23-5647-4fdb-9b78-af3e14377639
5836538f-198c-4b97-a4ed-a2f31bc1efcb

HKHM 2026 l MERDEKA RIDE PUTRAJAYA 2026

Bertemakan “Merdeka 69: Semangat Tanpa Sempadan”, semangat patriotik disemarakkan menerusi Program Merdeka Ride Putrajaya 2026, anjuran Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Putrajaya dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj).

Program ini bertujuan menyemarakkan Kempen Kibar Jalur Gemilang serta mengajak komuniti menzahirkan semangat kenegaraan, kecintaan kepada tanah air dan rasa bangga terhadap Jalur Gemilang. 🇲🇾

Dalam masa yang sama, aspek keselamatan dan etika penunggang turut diberi penekanan bagi memastikan konvoi besar berlangsung secara teratur dan selamat, dengan sokongan urusetia keselamatan serta pihak PDRM.

Konvoi kali ini menghimpunkan lebih 300 penunggang motosikal secara keseluruhan, termasuk lebih 50 penunggang wanita, dengan pelbagai kapasiti motosikal daripada 1,200cc hingga 150cc.

Acara pelepasan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya, dan turut bersama Tn. Hj. Nik Shukri bin Nik Soh, Naib Presiden Jabatan Perkhidmatan Bandar PPj.

Ayuh kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan semangat patriotik dan raikan kemerdekaan bersama! 🇲🇾❤️

#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾