HKHM 2026 l PENTARAMA MERDEKA@HOHO SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026

















HKHM 2026 l PROGRAM PENTARAMA MERDEKA@HOHO SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026
Bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) terus mempergiat menerusi program PENTARAMA Merdeka@HOHO buat seluruh warga kota Kuala Lumpur.
Program berkonsepkan jelajah bandar raya menggunakan bas dua tingkat KL Hop-On Hop-Off (KL HOHO) ini berlangsung di sekitar Kuala Lumpur, bermula di SOGO Kuala Lumpur, seterusnya ke KLCC dan berakhir di Pavilion Kuala Lumpur.
Penyampaian info kenegaraan secara santai, diserikan dengan hiburan dan persembahan artis budaya serta pemuzik PENTARAMA secara langsung, JAPEN terus mendekati masyarakat di samping menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada negara menerusi edaran Jalur Gemilang. ❤️🇲🇾
Turut hadir, Erwin Khairul Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia dan Muhammad Najmi Mustapha, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (BPKPM), Jabatan Penerangan Malaysia.
Terima kasih Kuala Lumpur atas sambutan dan kemeriahan yang diberikan!
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


