HKHM 2026 l SINGGAH MEDIA MERDEKA SEMPENA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026 - ASTRO








HKHM 2026 l SINGGAH MEDIA MERDEKA SEMPENA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026 – ASTRO
Tarikh: Rabu, 5 Ogos 2026
Lokasi: Astro
Astro menjadi pembuka tirai program Singgah Media Merdeka sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 menerusi Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (Kluster Media) oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN).
Mewakili JAPEN, Rubaayah Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Strategik) dan rombongan disambut Priya Dharshini, Pengarah Astro Audio bersama wakil daripada Astro Awani, Kawal Selia dan Hal Ehwal Korporat, Komunikasi, Kandungan.
Tidak ketinggalan, suasana turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran penyampai radio ERA, HITZ, Raaga dan Melody.
Semoga kunjungan ini dapat memperkukuh kerjasama strategik JAPEN dan rakan media khususnya dalam menyemarakkan semangat patriotisme, kibar Jalur Gemilang dan penghayatan nilai kemerdekaan sempena HKHM 2026.
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360 #singgahmediamerdeka #astro


