HKHM 2026 l SARONG WALK MERDEKA SEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTISME WARGA JPM












HKHM 2026 I SARONG WALK MERDEKA SEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTISME WARGA JPM
Semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara terus disemarakkan menerusi Program Sarong Walk Merdeka 2026 yang berlangsung bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan JPM 2026 di Auditorium Perdana, Kompleks Setia Perdana, Jabatan Perdana Menteri (JPM), hari ini.
Program tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Lebih daripada sekadar aktiviti kemasyarakatan, Sarong Walk Merdeka 2026 menjadi wadah untuk menyemai dan memperkukuh semangat patriotisme, perpaduan serta kecintaan kepada negara dalam kalangan warga JPM.
Pemakaian sarung yang menjadi identiti program turut mengetengahkan keunikan warisan budaya Malaysia yang kaya dan berbilang tradisi, sekali gus menyemarakkan rasa bangga terhadap khazanah budaya bangsa yang menjadi sebahagian daripada jati diri Malaysia.
Penganjuran ini mencerminkan komitmen warga JPM untuk terus menghayati erti kemerdekaan, memperkukuh semangat kebersamaan serta menjunjung nilai perpaduan dan keharmonian, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Dari warisan, kita bersatu. Dari semangat, kita melangkah bersama. Demi Malaysia tercinta.
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


