HKHM 2026 I KEMBARA MERDEKA DAN PENYERAHAN JALUR GEMILANG TAHUN 2026 PERINGKAT DAERAH KUALA LANGAT

HKHM 2026 l KEMBARA MERDEKA DAN PENYERAHAN JALUR GEMILANG TAHUN 2026 PERINGKAT DAERAH KUALA LANGAT

dc17d9d1-8f35-4c2f-acf4-e1ead97c3305
a859514d-3219-45da-bb41-34ffa5fbd7a0
46df37ea-8192-4c06-9c3b-5947feab4441
86bc4b98-4e2c-4f56-a8bf-4206939236d3
c22d8e4e-df0e-4a27-8134-115dbd3783ad
d6b7b236-b34e-47c5-abf2-d2ce48547c72
d2df212e-29e8-4e2a-9ac6-6bce4cc46b6c
249d437e-00c5-4ffc-9405-e3aa022b71f1
6fa8e456-4a5e-4ad4-adc7-ad90e0acefcc
ac926877-6a96-4d1c-99e7-ab1dc4ca831e

HKHM 2026 l KEMBARA MERDEKA DAN PENYERAHAN JALUR GEMILANG TAHUN 2026 PERINGKAT DAERAH KUALA LANGAT

Tarikh: Jumaat, 7 Ogos 2026

Lokasi: Kuala Langat

Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Pahlawan Shazeli Dato’ Kahar bersama isteri, Datin Rozana Kasbon, Pengerusi PERKEP Selangor, telah menyertai Konvoi Merdeka dan Penyerahan Jalur Gemilang Tahun 2026 yang berlangsung di daerah Kuala Langat.

Konvoi bermula dari Balai Polis Teluk Panglima Garang dan singgah di beberapa jabatan serta agensi kerajaan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan menyampaikan Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2026.

Sepanjang perjalanan, rombongan turut berhenti di Masjid At-Taqwa bagi menunaikan solat Jumaat sebelum meneruskan konvoi ke Pondok Polis Batu Laut untuk majlis penyerahan Jalur Gemilang, menandatangani Buku Pelawat serta menghadiri sesi taklimat khas.

Program diakhiri di Dataran Batu Laut dengan Majlis Perasmian Penutup dan Pelancaran Konvoi Jejak Perwira 2026 yang telah disempurnakan oleh Ketua Polis Selangor.

Turut berlangsung ialah jamuan ringan, sesi cabutan bertuah dan penyampaian cenderahati kepada para peserta sebagai penghargaan atas komitmen dan penyertaan dalam menjayakan program.

Semoga semangat cintakan negara terus mekar dalam sanubari setiap rakyat Malaysia, selaras dengan aspirasi memperkukuh perpaduan dan menyemarakkan semangat kemerdekaan.

Hadir sama, DCP Mohd Zaini bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Polis Selangor, bersama isteri, Puan Zurim binti Md Khalid, Naib Pengerusi PERKEP Selangor, SAC Mohamad Fakhrudin bin Abdul Hamid, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Selangor, bersama isteri, Puan Rosimah binti Chik, Biro Seni Budaya PERKEP Selangor, SAC Haji Mohamad Rosni bin Haji Mohamed Lazim, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor, SAC Mohammad Mashdik bin Yahya, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Selangor, Supt. Mohd Akmalrizal bin Radzi, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, merangkap penganjur Program, DSP Mohd Sufian bin Amin, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Biro-Biro PERKEP Selangor dan Daerah, Ketua-Ketua Bahagian dan Ketua-Ketua Polis Balai IPD Kuala Langat, Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis Kontinjen Selangor, agensi dan jabatan, serta Peserta-Peserta Konvoi Merdeka dan Penyerahan Jalur Gemilang Tahun 2026.

#HKHM2026

#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360 

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾