HKHM 2026 l SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026 PERINGKAT PNM TAHUN 2026









HKHM 2026 l SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026 PERINGKAT PNM TAHUN 2026
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat PNM Tahun 2026 hari ini dengan mengangkat tema โRukun Negara: Keharmonian Masyarakat Majmuk di Malaysiaโ, sebagai asas memperkukuh perpaduan, keharmonian dan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.
Antara pengisian utama ialah Bicara Ilmu Semarak Merdeka dan Hari Malaysia 2026 yang menampilkan YBrs. Encik Ahmad Shukri bin Haji Adnan, Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Negeri Selangor. Bicara ini mengupas kepentingan Rukun Negara dalam memelihara keharmonian masyarakat majmuk dan memperkukuh semangat kebersamaan rakyat Malaysia.
Program ini mendapat sambutan menggalakkan dengan 317 peserta hadir secara fizikal, manakala 608 peserta menyertai secara dalam talian menerusi siaran langsung di YouTube PNM TV Channel.
Sambutan turut dimeriahkan dengan Pertandingan TikTok Mencipta dan Mendeklamasi Sajak Kemerdekaan 2026 yang mencatatkan 177 penyertaan, selain Pertandingan Citrawarna Kemerdekaan 2026 serta Dinding Kemerdekaan Malaysia sebagai wadah menyemarakkan kreativiti, kecintaan terhadap negara dan penghayatan erti kemerdekaan.
Melalui pengisian berteraskan ilmu, sejarah dan kreativiti, PNM terus memainkan peranan dalam membina negara bangsa, memperkukuh perpaduan dan menyuburkan semangat patriotisme, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Sumber: Facebook Perpustakaan Negara Malaysia
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360
๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ


