HKHM 2026 l KONTINJEN PHS SEMARAKKAN PROGRAM JALAN LAJU 1,000 JALUR GEMILANG USM 2026






HKHM 2026 l KONTINJEN PHS SEMARAKKAN PROGRAM JALAN LAJU 1,000 JALUR GEMILANG USM 2026
Semangat patriotisme dan kreativiti warga Perpustakaan Hamzah Sendut (PHS) terserlah apabila kontinjen PHS turut menyertai Program Jalan Laju (Brisk Walk) 1,000 Jalur Gemilang USM 2026 bersempena Sambutan Hari Malaysia pada 9 September 2026 (Rabu).
Program yang berlangsung di Tapak Parkir Kenderaan di hadapan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia itu menghimpunkan kontinjen daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam suasana penuh meriah dan patriotik.
Langkah jalan laju bermula di Tapak Parkir Kenderaan di hadapan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia, mengelilingi kawasan kampus sejauh 3 KM mengikut laluan yang telah ditetapkan.
Kontinjen PHS tampil dengan identiti tersendiri menerusi penggunaan aksesori bertemakan patriotik yang dihasilkan daripada barangan kitar semula. Kreativiti tersebut bukan sahaja menyerlahkan penampilan kontinjen, malah membawa mesej kelestarian melalui amalan penggunaan semula bahan terpakai.
Kibaran 1,000 Jalur Gemilang sepanjang acara turut menambahkan kemeriahan sambutan, sekali gus menjadikan program ini wadah untuk menyemarakkan kecintaan kepada negara, mengeratkan hubungan sesama warga universiti serta menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat.
Penyertaan kontinjen PHS mencerminkan komitmen warga Perpustakaan dalam menyokong program universiti sambil mengetengahkan kreativiti dan elemen kelestarian dalam sambutan penuh bermakna ini.
Program ini turut mendapat liputan Buletin Utama TV3, sekali gus memperlihatkan kemeriahan sambutan serta semangat patriotisme warga Universiti Sains Malaysia.
Syabas dan tahniah kepada seluruh kontinjen PHS atas semangat dan kreativiti yang ditunjukkan! π²πΎβ€οΈ
Sumber: Facebook Perpustakaan Universiti Sains Malaysia
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360
π²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎ


