HKHM 2026 l PELANCARAN KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG) 2026 PERINGKAT NEGERI SABAH









HKHM 2026 l PELANCARAN KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG) 2026 PERINGKAT NEGERI SABAH
KOTA KINABALU : Sebanyak 25 buah kenderaan dan 63 anggota dari pelbagai agensi menjayakan Pelancaran Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2026.
Antara agensi yang terlibat menjayakan pelancaran konvoi KMJG ialah agensi-agensi di bawah Kementerian Komunikasi, Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pos Malaysia, Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), MAXIM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Pelancaran konvoi disempurnakan wakil Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan, Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera Tahun 2026 yang berlangsung di Menara Kinabalu, pada Sabtu.
Selepas pelepasan, konvoi KMJG 2026 bergerak menuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif SICC, Datuk Dr. Rosmawati Lasuki.
Seusai di SICC, konvoi meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya iaitu di Dewan Masyarakat Manggatal bagi Sambutan Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2026 Peringkat Parlimen Sepanggar yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud.
Mustapha seterusnya menyempurnakan pelepasan konvoi ke Inanam Mall bagi Program 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) Kluster Industri sebelum bergerak ke lokasi terakhir iaitu Parkir Bertingkat Foh Sang yang mana konvoi disambut oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia, Datuk Chan Foong Hin.
Konvoi anjuran Jabatan Penerangan (JAPEN) Negeri Sabah yang diketuai Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor itu akan menjelajah ke seluruh negeri Sabah bagi menjayakan inisiatif 1R1JG serta Kibaran Bendera Sabah Sepanjang Bulan Kebangsaan dan Hari Sabah pada tahun ini./Penerangan-
Sumber: Jabatan Penerangan Negeri Sabah
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


