HKHM 2026 I 800 PELAJAR SEMARAK KMJG 2026 DAERAH TAWAU

HKHM 2026 l 800 PELAJAR SEMARAK KMJG 2026 DAERAH TAWAU

bea3b64a-e9d2-4c06-92ec-b5833eb3fcef
c0ab9d69-d7c5-48cc-95b1-db70fed5f28f
cc7ca349-4a71-4f8e-8a96-b09fbb8b7927
aab06058-e31c-4438-867f-304bb954ef8e
4f14671b-8cd4-4b2b-b2fa-21ac5c07bfba
a7ab6029-6150-4762-b8f5-5c1b566885e3
e90d80fb-5692-4493-baec-74d6246289f0
5ba2c9ea-6e44-4558-962c-49dcbb3b8aac
6b649588-ce77-4922-87be-cf45ae1ac64d

HKHM 2026 l 800 PELAJAR SEMARAK KMJG 2026 DAERAH TAWAU

Kira-kira 800 pelajar Kolej Tingkatan Enam (PraUniversiti) Tawau menyemarakkan sambutan program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2026 Daerah Tawau di kolej berkenaan, pada Ahad.

Penglibatan pelajar itu mencerminkan semangat generasi muda dalam menghayati Bulan Kebangsaan, selain menjadikan penganjuran KMJG sebagai platform untuk memupuk semangat patriotisme dan memperkukuh perpaduan.

Pelajar Kolej Tingkatan Enam (PraUniversiti) Tawau, Adnalyssa Samuil berkata, golongan belia perlu memainkan peranan dalam menyemarakkan semangat patriotisme dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu-lagu patriotik.

“Sebagai seorang belia, kita sepatutnya menanamkan semangat patriotisme dalam diri kita dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

“Di samping itu, kita mestilah menyanyikan lagu-lagu patriotik untuk meningkatkan lagi semangat kemerdekaan kita.

“Penglibatan pelajar dalam KMJG turut memberi pengalaman bermakna dalam menghayati sambutan Bulan Kebangsaan.

“Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang diadakan hari ini sangat memberikan manfaat kepada semua pelajar supaya dapat mengetahui ilmu-ilmu penting tentang kemerdekaan di samping memantapkan lagi jati diri sebagai seorang warganegara Malaysia,” katanya ketika ditemui media pada program tersebut.

Dalam pada itu, kira-kira 30 pelajar SMK Jambatan Putih turut menyertai program gotong-royong di Masjid SMK Jambatan Putih sebagai sebahagian daripada pengisian KMJG 2026./Penerangan-

Sumber: Jabatan Penerangan Negeri Sabah

#HKHM2026

#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360  

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾