HKHM 2026 l MAJLIS PERASMIAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026






HKHM 2026 l MAJLIS PERASMIAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026
Tarikh: Sabtu, 1 Ogos 2026
Majlis Perasmian Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026 telah disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), sebagai simbolik kepada permulaan sambutan Bulan Kebangsaan serta usaha menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.
Majlis ini telah diadakan bersempena Program MADANI Kita (PMK) Bersama Komuniti Wilayah Persekutuan Putrajaya, yang menghimpunkan masyarakat setempat melalui pelbagai pengisian berteraskan perpaduan, kebersamaan dan kesejahteraan komuniti.
Turut hadir ialah YBrs. Tuan Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Perancangan Strategik), Kementerian Perpaduan Negara; YBhg. Dato’ Hj. Mohd Sakeri Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj); serta YBhg. Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Putrajaya.
Kempen ini merupakan seruan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan negara, menyemarakkan semangat cintakan tanah air serta memperkukuh perpaduan demi sebuah Malaysia yang lebih maju dan sejahtera.
Kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga. Raikan kepelbagaian, eratkan perpaduan dan terus pupuk semangat cintakan negara.
🇲🇾 Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati 🇲🇾
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


