HKHM 2026 l MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN, HARI SABAH DAN KEMPEN KIBAR BENDERA 2026






HKHM 2026 l MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN, HARI SABAH DAN KEMPEN KIBAR BENDERA 2026
Tarikh: Sabtu, 1 Ogos 2026
Lokasi: Dewan Bankuasi, Blok A, Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah
YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab, Setiausaha Persekutuan Sabah bersama-sama ketua-ketua jabatan Persekutuan telah menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan, Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera 2026 yang berlangsung di Dewan Bankuasi, Blok A, Menara Kinabalu, pagi tadi.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Negeri Sabah, mewakili YAB Ketua Menteri Sabah.
Penganjuran majlis ini menjadi platform penting dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Sabah, di samping mengukuhkan semangat patriotisme, perpaduan serta kecintaan kepada negara melalui Kempen Kibar Bendera 2026.
Antara pengisian utama majlis ialah upacara pelancaran rasmi, penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil-wakil jabatan dan agensi kerajaan, institusi pendidikan, badan profesional, dewan perniagaan, persatuan hotel serta persatuan penjaja. Turut diadakan ialah simbolik penyerahan bendera bagi pelaksanaan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang serta pengagihan Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya di sekitar Menara Kinabalu sebagai usaha menggalakkan pengibaran Jalur Gemilang sepanjang Bulan Kebangsaan.
Kehadiran YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab bersama ketua-ketua jabatan Persekutuan mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di Sabah dalam menyokong usaha memupuk semangat cintakan negara, memperkukuh perpaduan serta menghayati nilai-nilai kenegaraan demi kesejahteraan dan kemakmuran Malaysia.
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


