HKHM 2026 l MAJLIS PERASMIAN JELAJAH 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG PERINGKAT DAERAH HULU PERAK 2026









HKHM 2026 l MAJLIS PERASMIAN JELAJAH 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG PERINGKAT DAERAH HULU PERAK 2026
Tarikh: Sabtu, 15 Ogos 2026
Lokasi: Arena Surau Kampung Padang, Gerik
Pejabat Penerangan Daerah Hulu Perak telah menganjurkan Majlis Perasmian Jelajah 1 Rumah 1 Jalur Gemilang Peringkat Daerah Hulu Perak 2026 yang berlangsung di Arena Surau Kampung Padang, Gerik.
Majlis telah dirasmikan oleh YDH DSP Muhammad Firdaus bin Abdullah, Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik, dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai Jabatan Penerangan, ketua-ketua jabatan dan agensi daerah, ketua-ketua masyarakat serta penduduk setempat.
Program ini bertujuan untuk menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Kemerdekaan Tahun 2026, di samping meningkatkan semangat patriotisme, perpaduan serta kecintaan terhadap negara melalui penghayatan terhadap Jalur Gemilang sebagai simbol kebanggaan rakyat Malaysia.
Antara pengisian program termasuk nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Perak, bacaan doa, ucapan, gimik penyerahan Jalur Gemilang, penyampaian hadiah pertandingan, cabutan bertuah serta penyampaian cenderamata.
Program ini turut menggalakkan masyarakat menghiasi kediaman masing-masing dengan Jalur Gemilang sebagai tanda sokongan dan kecintaan kepada negara, sekali gus mewujudkan suasana sambutan kemerdekaan yang lebih meriah di peringkat daerah Hulu Perak.
Sumber: Facebook Polis Daerah Gerik
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


