HKHM 2026 l ASPIRASI MALAYSIA @LABUAN BIRD FEST 2026 SEMARAKKAN BULAN KEBANGSAAN






HKHM 2026 l ASPIRASI MALAYSIA @LABUAN BIRD FEST 2026 SEMARAKKAN BULAN KEBANGSAAN
Tarikh: Sabtu, 15 Ogos 2026
Lokasi: Taman Burung Labuan
Semangat patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar disemarakkan menerusi Program Aspirasi Malaysia @ Labuan Bird Fest 2026 yang berlangsung di Taman Burung Labuan.
Program anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan menerusi LABUANfm itu menghimpunkan masyarakat dalam suasana santai, selain menyampaikan mesej Malaysia MADANI sempena sambutan Bulan Kebangsaan.
Pelbagai aktiviti disediakan bagi menggalakkan penglibatan masyarakat daripada pelbagai lapisan usia, sekali gus menjadikan sambutan Bulan Kebangsaan lebih dekat dengan komuniti.
Penganjuran program turut mengetengahkan kepentingan memelihara khazanah alam sekitar dan biodiversiti negara.
Dalam masa sama, ia memberi ruang kepada masyarakat untuk menghayati nilai kebersamaan, perpaduan dan keharmonian yang menjadi asas pembentukan sebuah negara Malaysia yang sejahtera.
Selain aktiviti berkaitan burung dan alam sekitar, program turut menjadi medium interaksi antara penyiaran awam dengan masyarakat.
Penglibatan LABUANfm menerusi aktiviti lapangan dan interaksi bersama pengunjung turut membolehkan mesej-mesej kenegaraan disampaikan secara lebih santai dan kreatif.
Antaranya Hiking Aspirasi Malaysia, Lensa Merdeka, Raikan 69 Tahun serta Studio Mini LABUANfm.
Penganjuran program seumpama ini menjadi wadah menyemai rasa bangga sebagai rakyat Malaysia, di samping meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara khazanah alam untuk generasi akan datang.
Sumber: Facebook BES Labuan
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360


