HKHM 2026 I MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PENAJAAN RAKAN STRATEGIK SEMPENA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026

HKHM 2026 l MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PENAJAAN RAKAN STRATEGIK SEMPENA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026

dc392a7c-ac03-4d72-954f-3da716e298b0
837e1f51-c562-4561-a583-5e9c7aba7832
b5f527de-dafb-4f1a-a98f-f2876c4c5eb3
c8fdf76c-d737-4b1c-a95d-68fd8f2e0734
d67abb0d-8133-4e98-93b8-d59cf9fb9669
2176d188-04c5-4bd9-99ac-6052a763606c
4e44b06f-716f-4bd8-a753-183b42455cbf
334e3787-7b8f-4fde-87ab-e5ca766e1adc
ad015eef-9df1-4ff4-b5a9-18500d366cd2

HKHM 2026 l MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PENAJAAN RAKAN STRATEGIK SEMPENA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026

Tarikh: Rabu, 12 Ogos 2026

Lokasi: Menara Komunikasi, Putrajaya

Sinergi pelbagai pihak menyemarakkan rasa cinta kepada tanah air. 🤝🇲🇾

Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan Rakan Strategik Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 telah disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil di Menara Komunikasi, hari ini. Majlis turut dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah. 🏢

Sumbangan bernilai RM48.63 juta meliputi barangan, perkhidmatan dan tunai diterima daripada 139 rakan strategik. Sokongan ini juga menjadi pemangkin kepada JAPEN untuk bergerak bersama-sama rakan industri dalam memperluaskan hebahan kenegaraan kepada segenap lapisan masyarakat. 📡

Hadir sama ialah Ketua Pengarah JAPEN, Encik Erwin Khairul Ahmad; Timbalan Ketua Pengarah (TKP) Komunikasi Strategik, Rubaayah Osman dan TKP Kandungan Digital, Wan Saidatul Shafina Mohd Amin. 👥

Kebersamaan pelbagai pihak ini menterjemahkan semangat perpaduan, sekali gus bakal memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya dan Hari Malaysia di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak. ❤️🤍💙💛

Sumber: Facebook Merdeka360

#HKHM2026

#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360  

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾