HKHM 2026 l 5,000 JALUR GEMILANG SEMARAKKAN PETALING JAYA SEMPENA BULAN KEBANGSAAN















HKHM 2026 lΒ 5,000 JALUR GEMILANG SEMARAKKAN PETALING JAYA SEMPENA BULAN KEBANGSAAN
Sebanyak 5,000 Jalur Gemilang telah diedarkan di sekitar Petaling Jaya sempena Bulan Kebangsaan 2026, bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan warga bandar raya.
Kempen berkenaan dilancarkan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, YBhg. Datoβ Mohd Yazid bin Sairi, sempena Perhimpunan Warga Kerja dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Tahun 2026 di Dewan Banquet, Dewan Sivik MBPJ, hari ini.
Terdahulu, sebanyak 1,000 Jalur Gemilang telah dipasang di jalan-jalan protokol, premis MBPJ dan lokasi tumpuan di sekitar Petaling Jaya. Sebagai simbolik sambutan Bulan Kebangsaan di Petaling Jaya, dua Jalur Gemilang gergasi turut dipasang di Menara MBPJ.
Selain itu, sebanyak 27 buah kenderaan MBPJ turut terlibat dalam acara pemasangan dan pelepasan kenderaan sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat MBPJ Tahun 2026.
Turut hadir ialah YBrs. Puan Hjh. Sharinaz binti Hj. Samsudin, Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, YBrs. Tuan Mohd Fauzi bin Maarop, Timbalan Setiausaha (Pengurusan) MBPJ, Ahli-ahli Majlis MBPJ, serta ketua-ketua jabatan MBPJ.
MBPJ berharap kempen ini dapat meningkatkan penglibatan masyarakat dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan, di samping memupuk semangat cintakan negara serta memperkukuh perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat.
Usaha ini juga selaras dengan aspirasi MBPJ untuk menjadikan Petaling Jaya sebuah bandar raya yang bukan sahaja maju dari aspek pembangunan, malah kukuh dari segi perpaduan, keharmonian dan semangat patriotisme.
πππ‘πππππ π½ππ¦π π΅πππππ ππππππ π΅πβππππ πππ ππππππ
Sumber: Facebook Majlis Bandaraya Petaling Jaya
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360Β Β


