HKHM 2026 I MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2026

HKHM 2026 l MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2026

20
25
24
21
22
23

HKHM 2026 l SESI PENYERAHAN BENDERA JALUR GEMILANG KEPADA AGENSI KESELAMATAN

๐Ÿ“… Tarikh: Khamis, 30 Julai 2026

๐ŸขLokasi: Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang 2026 Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya.

Majlis ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme serta memupuk rasa cinta akan negara dalam kalangan warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026. Sambutan pada tahun ini membawa tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” yang mencerminkan aspirasi negara ke arah kesejahteraan yang dapat dinikmati oleh seluruh rakyat.

Kemuncak majlis menyaksikan sesi penyerahan Jalur Gemilang oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad kepada YBhg. Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Ketua Pengarah Kesihatan dan YBrs. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM sebagai simbolik sambutan Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang 2026 yang akan dilaksanakan di fasiliti KKM di seluruh negara.

Dalam ucapan perasmian, YB Menteri Kesihatan menyeru warga KKM agar menghayati erti sebenar kemerdekaan yang bukan sekadar bebas daripada penjajahan tetapi turut diterjemahkan melalui komitmen membina masyarakat yang lebih sihat dan sejahtera. Beliau turut menegaskan bahawa semangat perpaduan, ihsan dan profesionalisme yang diamalkan oleh warga KKM dalam memberikan perkhidmatan kesihatan tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang merupakan cerminan sebenar nilai Malaysia MADANI.

Turut hadir YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Datuk Dr Mahathar bin Abd Wahab, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Datuk Azah Hanim binti Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBhg. Dato’ Sri Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, YBrs. Dr Ismuni bin Bohari, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, YBrs. Dr Fauziah binti Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Pergigian) KKM dan YBrs. Dr Azuana binti Ramli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi) KKM.

Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
ย 

#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ