HKHM 2026 l MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT DAERAH SABAK BERNAM 2026











HKHM 2026 l SESI PENYERAHAN BENDERA JALUR GEMILANG KEPADA AGENSI KESELAMATAN
π Tarikh: Sabtu, 25 Julai 2026
π’Lokasi: Sungai Besar
Hari ini, semangat patriotisme dan kelestarian alam disatukan menerusi Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Sabak Bernam 2026 yang berlangsung serentak bersama Program Komuniti Hijau Sabak Bernam 2026 di Tonggak 10, Sungai Besar.
Program dimulakan dengan pelepasan Green Healthy Fun Run sejauh 5KM oleh YB Dato’ Ng Suee Lim, Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor.
π²πΎ Antara pengisian Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Sabak Bernam 2026:
β¨ Perasmian oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam, YBrs. Tuan Ali Sadikin Sadin dan kehadiran Penyelaras Parlimen Sungai Besar, YBrs. Tuan Azhar bin Achil.
π€ Ceramah Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang oleh Pegawai Penerangan Daerah Sabak Bernam, Puan Norshazila binti Ahmad.
π Edaran bahan penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia.
π© Edaran Jalur Gemilang kepada Ketua Jabatan, Agensi Kerajaan, JPKK, wakil Komuniti MADANI dan orang ramai.
πΆ Nyanyian penuh semangat lagu Jalur Gemilang.
π²πΎ Ayuh bersama-sama kita jayakan Inisiatif “1 Rumah 1 Jalur Gemilang”. Kibarkan Jalur Gemilang dengan bangga sebagai lambang cintakan negara.
π Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Sabak Bernam 2026.
#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360
π²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎπ²πΎ


