• KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2026

    𝐉𝐎𝐌 𝐊𝐈𝐁𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengajak seluruh warga Petaling Jaya untuk bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dengan menyertai Kempen Kibar Jalur Gemilang. Kibarkan Jalur Gemilang di bangunan kerajaan, premis perniagaan, premis swasta dan rumah kediaman sebagai lambang kedaulatan negara, perpaduan rakyat serta kecintaan yang tidak berbelah bahagi kepada Malaysia. Marilah kita menghayati erti kemerdekaan dengan memupuk nilai patriotisme, memperkukuh perpaduan, menjunjung integriti serta terus berbakti demi kesejahteraan masyarakat. Ayuh, bersama-sama kita semarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan 2026. Kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga sebagai simbol maruah, identiti dan kedaulatan negara. 𝑃𝑒𝑡𝑎𝑙𝑖𝑛𝑔 𝐽𝑎𝑦𝑎 𝐵𝑎𝑛𝑑𝑎𝑟 𝑃𝑎𝑙𝑖𝑛𝑔 𝐵𝑎ℎ𝑎𝑔𝑖𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑀𝑎𝑚𝑝𝑎𝑛 #MalaysiaMadani #𝐊𝐢𝐭𝐚𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫MajuBersama #DuaDekadBandarRayaPetalingJaya #MBPJ20

  • PERTANDINGAN FOTO MUTIARA KATA SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2026

    Semarakkan Bulan Kebangsaan dengan kreativiti anda! Ayuh sertai Pertandingan Foto Mutiara Kata Sempena Bulan Kebangsaan 2026 anjuran Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. 📍 Tema: "Semangat Kemerdekaan" Hasilkan sekeping foto yang menggambarkan semangat patriotisme, perpaduan, kepelbagaian budaya, warisan serta menonjolkan identiti Perak. Lengkapkan foto anda dengan mutiara kata yang ringkas, kreatif, positif yang mampu menyemarakkan semangat cintakan negara. 🏆 Hadiah Menarik Menanti Pemenang! 🥇 Tempat Pertama: RM500 🥈 Tempat Kedua: RM400 🥉 Tempat Ketiga: RM300 🎁 10 Hadiah Saguhati: RM100 setiap penyertaan yang layak 📅 Tarikh tutup penyertaan: 19 Ogos 2026 Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh rakyat Perak Darul Ridzuan. Imbas kod QR pada poster atau layari https://forms.gle/syN8NgcL2s5CQF5z9 bagi mendapatkan syarat pertandingan dan borang penyertaan. Jom abadikan semangat kemerdekaan melalui lensa anda dan tonjolkan kreativiti bersama kata-kata yang memberi inspirasi. Ayuh sertai sekarang! 🇲🇾✨

  • PERTANDINGAN MEREKA CIPTA POSTER SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2026

    PERTANDINGAN MEREKA CIPTA POSTER SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2026! Jom serlahkan kreativiti dan semangat patriotik anda melalui karya poster yang menarik! 🎨✨ 📌 Terbuka kepada warga BHEUU sahaja 📅 Tarikh tutup: 24 Ogos 2026 📲 Imbas kod QR untuk pendaftaran. Cipta. Hayati. Merdekakan Kreativiti! #BHEUUJPM #BulanKemerdekaan2026 #MalaysiaMADANI #Merdeka2026

  • MERDEKA LEBIH BERMAKNA, GANJARAN #UNTUKSEMUA

        Merdeka lebih bermakna apabila setiap langganan membuka peluang untuk menang! 💰 Hadiah keseluruhan bernilai lebih RM400,000 menanti anda. 📅 1 Ogos – 26 September 2026 💡 BAGAIMANA CARA NAK SERTAI? 1️⃣ Langgan minimum 3 produk Bank Rakyat yang terpilih sepanjang tempoh kempen di mana-mana 148 Cawangan Bank Rakyat 2️⃣ Anda berpeluang untuk memenangi Hadiah Utama dan Hadiah di setiap Cawangan Bank Rakyat 3️⃣ Butiran lanjut berkaitan kempen di laman web Bank Rakyat Tertakluk T&S. #BankPilihanAnda #BankRakyat #UntukSemua #HebatkanPerniagaanMalaysia #MakeMalaysianBusinessesGreat

  • MALAYSIA TRADITIONAL GAME STATION

    Malaysia Traditional Game Station What a wonderful weekend celebrating our Merdeka spirit through Malaysia's traditional games! 🎉 From Congkak to Batu Seremban, Ceper and Dam Haji, it was heartwarming to see families and friends coming together to relive these timeless classics. ❤️ Thank you to everyone who participated and made this event so lively and memorable. Your enthusiasm keeps our heritage alive for the next generation. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan & thank you for celebrating with us at AEON Mall Permas Jaya. ✨ #AEONMallPermasJaya #MalaysiaTraditionalGames #Merdeka69 #SayangiMalaysia #MalaysiaMadani #FamilyFun #TradisiKita

  • PERTANDINGAN TIKTOK MENCIPTA SAJAK KEMERDEKAAN 2026

    🎬✨ 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐊𝐓𝐎𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐂𝐈𝐏𝐓𝐀 𝐒𝐀𝐉𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 ✨📚 Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, Perpustakaan Negara Malaysia menjemput anda menyertai Pertandingan TikTok Mencipta Sajak Kemerdekaan 2026 bertemakan "Kemerdekaan dan Patriotisme". 🎤 Tunjukkan kreativiti anda melalui sajak ciptaan sendiri dan rakamkan persembahan dalam bentuk video TikTok. 📌 Kategori 👧 Kanak-kanak (7–12 tahun) 🧑 Dewasa (13 tahun ke atas) 📅 Tarikh Penyertaan 🟢 Dibuka: 1 Ogos 2026 🔴 Ditutup: 31 Ogos 2026 🏆 Hadiah menarik menanti para pemenang! 📲 Imbas kod QR pada poster untuk mendapatkan syarat-syarat pertandingan dan menghantar penyertaan. Ayuh semarakkan semangat kemerdekaan dengan bakat dan kreativiti anda! 𝑻𝒆𝒓𝒎𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝒔𝒚𝒂𝒓𝒂𝒕 𝒑𝒆𝒓𝒕𝒂𝒏𝒅𝒊𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒕𝒆𝒓𝒕𝒂𝒌𝒍𝒖𝒌 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒔𝒚𝒂𝒓𝒂𝒕 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊𝒕𝒆𝒕𝒂𝒑𝒌𝒂𝒏 𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒑𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏𝒋𝒖𝒓. 𝑲𝒆𝒑𝒖𝒕𝒖𝒔𝒂𝒏 𝒑𝒂𝒏𝒆𝒍 𝒋𝒖𝒓𝒊 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒎𝒖𝒌𝒕𝒂𝒎𝒂𝒅. #MalaysiaMADANI #NegaraBangsa #RancakkanMADANI #PerpustakaanNegaraMalaysia #CitraPenulisPNM

  • GLAMPING WEEKDAYS

    Korang sempena bulan merdeka ni, min bagi harga special untuk korang kaw kaww punyaa. Yang penting harga mur murr. Apa lagi korang? Jommm lekaihh singgah glamping kiterrr Glow Glamping, Putrajaya #glowglampingputrajaya #glampingwetlandputrajaya

  • PERTANDINGAN VIDEO PENDEK AKU & KLO – MERDEKA BERSAMA RAC

      🇲🇾 Ada cerita Merdeka yang ingin anda kongsikan? Inilah peluang anda untuk menyerlahkan kreativiti di salah satu bangunan warisan paling ikonik negara. 🎥 Sertai Pertandingan Video Pendek Aku & KLO – Merdeka Bersama RAC 💰 Hadiah wang tunai sehingga RM800 setiap pemenang 📍 Stesen Keretapi Kuala Lumpur 📅 1 Ogos – 5 September 2026 📱 Instagram Reels | TikTok Rakam. Kongsi. Menang. Kami tidak sabar untuk melihat karya anda! Layari www.rac.gov.my untuk maklumat lanjut. #AkuKLO #MoveWithRAC #MerdekaRAC2026 #teamRAC #WarisanKL

  • PERADUAN CERITA MALAYSIA KITA

      Sempena Bulan Kebangsaan Malaysia, jom raikan momen-momen kecil yang buat kita rasa bangga jadi rakyat Malaysia. ❤️ Ada gambar atau video yang menunjukkan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang berkumpul, berkongsi, meraikan atau mencipta kenangan bersama? Sama ada makan bersama, sambut perayaan, sertai aktiviti komuniti atau sekadar momen biasa yang penuh makna, kami nak tengok cerita anda! Anda berpeluang memenangi: 📸 Kamera Polaroid Instax Mini 13 🎧 JBL Headphones Tune 720BT 🎞️ Kodak Charmera 💳 Baucar Touch ‘n Go eWallet Cara penyertaan: 1️⃣ Muat naik gambar JPEG atau video MP4 HD (maksimum 30 saat), momen perpaduan anda 2️⃣ Tulis caption ringkas tentang cerita di sebalik momen tersebut 3️⃣ Ikuti semua akaun rasmi @perpaduannegara dan sertakan #CeritaMalaysiaKita supaya kami boleh temui penyertaan anda! *Pastikan akaun anda dalam tetapan umum. Penyertaan terpilih akan kami kongsikan di media sosial kami, bersama tag akaun anda supaya orang ramai boleh tahu cerita anda. 📅 Peraduan tamat: 11 September 2026, 11.59 malam Jom penuhkan suapan kita dengan cerita yang mengingatkan kita kenapa Malaysia ini milik kita bersama.