• KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG 2026 X JAGO – SUNGAI PETANI

    Ayuh bersama-sama memeriahkan Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2026 X JAGO (JAPEN Arena Penggerak Komuniti) yang bakal berlangsung dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. 🗓️ Tarikh: 2 Ogos 2026 (Ahad) 🕣 Masa: 8.30 pagi – 2.00 petang 📍 Lokasi: Pasaraya MYDIN Taman Batik, Sungai Petani, Kedah Antara aktiviti yang menanti anda: 🇲🇾 Pertandingan Mewarna Kanak-kanak (4–6 tahun) bersama keluarga 🇲🇾 Pertandingan Busana Merdeka (4-6 tahun) bersama keluarga 🇲🇾 Pameran dan Kaunter Perkhidmatan Agensi 🇲🇾 Persembahan Pentarama JAGO 🎉 Penyertaan adalah PERCUMA! Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran dan maklumat lanjut. Jom raikan semangat patriotisme, kibarkan Jalur Gemilang dan meriahkan sambutan Bulan Kebangsaan bersama kami! #KembaraMerdekaJalurGemilang2026 #KMJG2026 #JAGO #JabatanPenerangan #JapenKedah #MalaysiaMADANI #KibarJalurGemilang #Merdeka2026 #SungaiPetani #MYDIN #KomunitiMADANI

  • PERTANDINGAN KECERIAAN BULAN KEBANGSAAN 2026 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

    Ayuh Semarakkan Bulan Kebangsaan 2026! Sertai Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Sembilan dan rebut hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM18,000! Tempoh Penyertaan: 7 Ogos – 24 Ogos 2026 Penjurian: 1 September – 14 September 2026 Terbuka kepada pelbagai kategori termasuk: Agensi Kerajaan Bangunan Swasta Kampung/Taman Perumahan IPTA/IPTS Sekolah Rumah Ibadat Individu dan lain-lain. Imbas kod QR pada poster untuk penyertaan. Jom kibarkan Jalur Gemilang dan serlahkan semangat patriotik kita! #HKHM2026 #MalaysiaMADANI #KesejahteraanDinikmati #Merdeka360