• PERTANDINGAN VIDEO KREATIF SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2026

    Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2026, Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan sukacitanya menganjurkan: 🌟𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎 𝐊𝐑𝐄𝐀𝐓𝐈𝐅🌟 Ayuh tampilkan kreativiti, semangat patriotik dan kecintaan terhadap negara melalui penghasilan video yang menarik serta penuh inspirasi! 📌 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮: Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) di seluruh Malaysia 🏆 𝟯 𝗩𝗜𝗗𝗘𝗢 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗔𝗞𝗔𝗡: ✅ Ditayangkan di media sosial rasmi JPKK pada 31 Ogos 2026 (Isnin) ✅ Menerima Sijil Penghargaan 🗓️ 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗮𝗻 23 OGOS 2026 (AHAD) 📲 𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗧𝗔𝗜: Imbas kod QR yang tertera pada poster untuk melihat syarat penyertaan dan menghantar video anda. Jangan lepaskan peluang untuk mengetengahkan bakat serta kreativiti PAKK anda. Jadikan setiap rakaman satu karya yang menggambarkan semangat dan jiwa Malaysia! 🇲🇾 ☎️ Sebarang pertanyaan, sila hubungi: Pn. Sh. Hafizah | 03-8323 2562 Cik Auni | 03-8323 1421

  • PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK SEMPENA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026

    Calling All Young Artists! Celebrate the spirit of Hari Kebangsaan & Hari Malaysia by joining the Program Jiwa@Komuniti MADANI 2026 Children's Colouring Competition! Let your creativity shine and stand a chance to win exciting prizes, trophies, and certificates! Date: 23 August 2026 (Sunday) Time: 2:00 PM Venue: Ground Floor, Prangin Mall Competition Categories: 7 – 9 Years Old – Colour Pencil 10 – 12 Years Old – Water Colour Prizes: 1st Prize: RM100 + Trophy + Certificate 2nd Prize: RM80 + Trophy + Certificate 3rd Prize: RM60 + Trophy + Certificate 5 Consolation Prizes: RM30 each Registration Fee: RM5 per participant Scan the QR code on the poster to register and secure your child's spot today! We can't wait to see all the colourful masterpieces! #PranginMall #JiwaKomunitiMADANI2026 #ColouringCompetition #HariKebangsaan #HariMalaysia #KidsColouringContest #YoungArtists #FamilyFun #PenangEvents #Malaysia #CreativeKids #GroundFloorPranginMall #SchoolHolidayActivities

  • PUSPANITA FUNCTIONAL FITNESS MERDEKA CHALLENGE 2026

    Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026, PUSPANITA Kebangsaan dengan bangganya membawakan PUSPANITA FUNCTIONAL FITNESS MERDEKA CHALLENGE 2026! Kalau di luar sana ada HYROX yang menjadi fenomena, PUSPANITA juga tidak ketinggalan! Kini tampil dengan identiti dan penjenamaan tersendiri, cabaran ini mengekalkan debaran serta pengalaman yang sama. Menguji kekuatan, stamina, koordinasi dan semangat berpasukan anda.Jom sahut cabaran, pamerkan semangat berpasukan dan raikan Bulan Kebangsaan dengan gaya hidup yang lebih aktif, sihat dan penuh semangat patriotik! Tarikh: 27 Ogos 2026 (Khamis) Masa: 8.00 pagi – 3.00 petang Tempat: Dewan De'Seri Endon, PUSPANITAPURI, PutrajayaCergas Bersama, Merdeka Selamanya! Jumpa anda di sana! #PUSPANITAKebangsaan #FunctionalFitnessMerdeka2026 #BulanKebangsaan2026 #GayaHidupSihat

  • KANWORK FUN WALK 2026

    Persatuan Alumni UPM (PAUPM) berbesar hati menyokong dan menyertai KanWork Fun Walk 2026 yang akan berlangsung pada: 📅 29 Ogos 2026 (Sabtu) 📍 Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang Program ini bertujuan memupuk gaya hidup sihat, meningkatkan kesedaran mengenai kanser serta memberi sokongan kepada para pejuang kanser. Sempena sambutan Hari Kebangsaan, peserta juga berpeluang menyertai Pertandingan Pakaian Paling Kreatif Bertemakan Merdeka dengan hadiah menarik menanti. 💙 PAUPM mengajak seluruh warga alumni UPM untuk bersama-sama memeriahkan program ini dan menunjukkan solidariti kepada komuniti pejuang kanser. 📞 Maklumat lanjut: 017-2015817 013-593 8627 1-800-22-8672

  • PERTANDINGAN PIDATO DAN MEWARNA PRASEKOLAH 2026

    PERTANDINGAN PIDATO & MEWARNA PRASEKOLAH 2026 Anak anda berbakat berpidato? Suka mewarna dan berkreativiti? Inilah peluang terbaik untuk mereka menyerlah! Sempena Festival Mahabbah Merdeka 2026, kami menjemput semua murid Prasekolah menyertai Pertandingan Pidato & Mewarna yang bakal berlangsung dalam suasana penuh ceria, patriotik dan menyeronokkan. Tarikh: 29 Ogos 2026 (Sabtu) Masa: 8.00 Pagi – 12.30 Tengah Hari Lokasi: Dataran Jambatan Angkat, Terengganu Hadiah Wang Tunai Menarik Menanti Pemenang! Berikan peluang kepada si kecil untuk: Membina keyakinan diri melalui pidato. Menonjolkan bakat dan kreativiti dalam pertandingan mewarna. Menyemarakkan semangat cintakan negara sempena Sambutan Bulan Kebangsaan. Penyertaan adalah TERHAD! Daftar sekarang dengan mengimbas Kod QR pada poster sebelum 16 Ogos 2026. Daftar Disini: https://forms.gle/HY9DBmJBzhd7XnwV6 https://forms.gle/HY9DBmJBzhd7XnwV6 Ayuh daftarkan anak-anak anda hari ini dan sama-sama kita mencungkil bakat, membina keyakinan serta menyemarakkan semangat patriotik melalui Pertandingan Pidato & Mewarna Prasekolah 2026!