• KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG 2026 X JAGO – SUNGAI PETANI

    Ayuh bersama-sama memeriahkan Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2026 X JAGO (JAPEN Arena Penggerak Komuniti) yang bakal berlangsung dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. 🗓️ Tarikh: 2 Ogos 2026 (Ahad) 🕣 Masa: 8.30 pagi – 2.00 petang 📍 Lokasi: Pasaraya MYDIN Taman Batik, Sungai Petani, Kedah Antara aktiviti yang menanti anda: 🇲🇾 Pertandingan Mewarna Kanak-kanak (4–6 tahun) bersama keluarga 🇲🇾 Pertandingan Busana Merdeka (4-6 tahun) bersama keluarga 🇲🇾 Pameran dan Kaunter Perkhidmatan Agensi 🇲🇾 Persembahan Pentarama JAGO 🎉 Penyertaan adalah PERCUMA! Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran dan maklumat lanjut. Jom raikan semangat patriotisme, kibarkan Jalur Gemilang dan meriahkan sambutan Bulan Kebangsaan bersama kami! #KembaraMerdekaJalurGemilang2026 #KMJG2026 #JAGO #JabatanPenerangan #JapenKedah #MalaysiaMADANI #KibarJalurGemilang #Merdeka2026 #SungaiPetani #MYDIN #KomunitiMADANI

  • PERTANDINGAN DAN AKTIVITI MENARIK SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT KOLEJ KOMUNITI BUKIT BERUANG

    𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗞𝗘-𝟲𝟵 𝗗𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 Jom sertai pelbagai pertandingan dan aktiviti menarik sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Kali Ke-69 & Hari Malaysia 2026 Peringkat Kolej Komuniti Bukit Beruang! Nyanyian Patriotik Deklamasi Puisi Video Pendek Patriotik Sudut Patriotik & Galeri Tokoh Negara Mewarna Kreatif Jiwa Patriotik Pertandingan Perbarisan Busana Gemilang Merdeka Tayangan Filem Patriotik Jejak Merdeka ke Galeri Bukit Kepong dan banyak lagi! Hadiah-hadiah menarik menanti para pemenang! ISTIMEWA! Semua pelajar yang menyertai aktiviti yang ditetapkan turut berpeluang menyertai Pakej Lawatan Pendidikan ke Galeri Bukit Kepong bagi menghayati sejarah perjuangan mempertahankan tanah air. Jangan sekadar menjadi penonton, jadilah sebahagian daripada semangat kemerdekaan! Bersama kita pupuk nilai patriotisme, perpaduan dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. 3 Ogos 2026 – 15 September 2026 Kolej Komuniti Bukit Beruang AYUH SERTAI! MERIAHKAN SAMBUTAN! REBUT PELUANG MENANG! HAYATI ERTI KEMERDEKAAN! #MalaysiaMADANI #KKBBM #BulanKebangsaan2026 #HariMalaysia2026 #TVETMembinaNegara #PatriotismeMenyatukanKita

  • PERTANDINGAN KECERIAAN BULAN KEBANGSAAN 2026 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

    Ayuh Semarakkan Bulan Kebangsaan 2026! Sertai Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Sembilan dan rebut hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM18,000! Tempoh Penyertaan: 7 Ogos – 24 Ogos 2026 Penjurian: 1 September – 14 September 2026 Terbuka kepada pelbagai kategori termasuk: Agensi Kerajaan Bangunan Swasta Kampung/Taman Perumahan IPTA/IPTS Sekolah Rumah Ibadat Individu dan lain-lain. Imbas kod QR pada poster untuk penyertaan. Jom kibarkan Jalur Gemilang dan serlahkan semangat patriotik kita! #HKHM2026 #MalaysiaMADANI #KesejahteraanDinikmati #Merdeka360