• PUSPANITA FUNCTIONAL FITNESS MERDEKA CHALLENGE 2026

    Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026, PUSPANITA Kebangsaan dengan bangganya membawakan PUSPANITA FUNCTIONAL FITNESS MERDEKA CHALLENGE 2026! Kalau di luar sana ada HYROX yang menjadi fenomena, PUSPANITA juga tidak ketinggalan! Kini tampil dengan identiti dan penjenamaan tersendiri, cabaran ini mengekalkan debaran serta pengalaman yang sama. Menguji kekuatan, stamina, koordinasi dan semangat berpasukan anda.Jom sahut cabaran, pamerkan semangat berpasukan dan raikan Bulan Kebangsaan dengan gaya hidup yang lebih aktif, sihat dan penuh semangat patriotik! Tarikh: 27 Ogos 2026 (Khamis) Masa: 8.00 pagi – 3.00 petang Tempat: Dewan De'Seri Endon, PUSPANITAPURI, PutrajayaCergas Bersama, Merdeka Selamanya! Jumpa anda di sana! #PUSPANITAKebangsaan #FunctionalFitnessMerdeka2026 #BulanKebangsaan2026 #GayaHidupSihat

  • KANWORK FUN WALK 2026

    Persatuan Alumni UPM (PAUPM) berbesar hati menyokong dan menyertai KanWork Fun Walk 2026 yang akan berlangsung pada: 📅 29 Ogos 2026 (Sabtu) 📍 Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang Program ini bertujuan memupuk gaya hidup sihat, meningkatkan kesedaran mengenai kanser serta memberi sokongan kepada para pejuang kanser. Sempena sambutan Hari Kebangsaan, peserta juga berpeluang menyertai Pertandingan Pakaian Paling Kreatif Bertemakan Merdeka dengan hadiah menarik menanti. 💙 PAUPM mengajak seluruh warga alumni UPM untuk bersama-sama memeriahkan program ini dan menunjukkan solidariti kepada komuniti pejuang kanser. 📞 Maklumat lanjut: 017-2015817 013-593 8627 1-800-22-8672

  • PERTANDINGAN PIDATO DAN MEWARNA PRASEKOLAH 2026

    PERTANDINGAN PIDATO & MEWARNA PRASEKOLAH 2026 Anak anda berbakat berpidato? Suka mewarna dan berkreativiti? Inilah peluang terbaik untuk mereka menyerlah! Sempena Festival Mahabbah Merdeka 2026, kami menjemput semua murid Prasekolah menyertai Pertandingan Pidato & Mewarna yang bakal berlangsung dalam suasana penuh ceria, patriotik dan menyeronokkan. Tarikh: 29 Ogos 2026 (Sabtu) Masa: 8.00 Pagi – 12.30 Tengah Hari Lokasi: Dataran Jambatan Angkat, Terengganu Hadiah Wang Tunai Menarik Menanti Pemenang! Berikan peluang kepada si kecil untuk: Membina keyakinan diri melalui pidato. Menonjolkan bakat dan kreativiti dalam pertandingan mewarna. Menyemarakkan semangat cintakan negara sempena Sambutan Bulan Kebangsaan. Penyertaan adalah TERHAD! Daftar sekarang dengan mengimbas Kod QR pada poster sebelum 16 Ogos 2026. Daftar Disini: https://forms.gle/HY9DBmJBzhd7XnwV6 https://forms.gle/HY9DBmJBzhd7XnwV6 Ayuh daftarkan anak-anak anda hari ini dan sama-sama kita mencungkil bakat, membina keyakinan serta menyemarakkan semangat patriotik melalui Pertandingan Pidato & Mewarna Prasekolah 2026!

  • AMBANG MERDEKA 2026

    3 HARI BERTURUT-TURUT! JOM MERIAHKAN AMBANG MERDEKA DI BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD! 🎆🥳 Jika belum ada acara ambang merdeka, jemput datang ramai-ramai ke lokasi ikonik negara kita! 🤩 Bukan sehari dua tau, tapi 3 HARI bermula dari 29 hingga 31 Ogos! Ada bermacam-macam aktiviti interaktif yang interaktif, bermakna, dan pastinya meriah menunggu! ✨ Highlight Utama: 🎆 Pertunjukan Bunga Api yang memukau! 🎤 Penglibatan Artis-Artis tempatan! 📍 Maklumat Acara: 📅 Tarikh: 29 – 31 Ogos 2026 ⏰ Masa: 11.00 pagi – 12.00 tengah malam 🏛️ Lokasi: Bangunan Sultan Abdul Samad 🤝 Diselaraskan oleh: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Ayuh kita semarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara bersama-sama! Ajak family, kawan-kawan, dan jiran sebelah sekali tau! Jumpa di sana! 👋✨ #AmbangMerdeka #DBKL #BangunanSultanAbdulSamad #Merdeka2026 #KualaLumpur #MalaysiaMadani #JiwaMerdeka

  • PERTANDINGAN CERITA MERDEKA 2026

    "Bercerita Dengan Penuh Semangat, Menyemai Cinta Kepada Negara." Sempena sambutan Bulan Kebangsaan, Masjid Al-Hasanah menjemput kanak-kanak untuk menyertai Pertandingan Cerita Merdeka 2026. Inilah peluang terbaik buat anak-anak menyerlahkan bakat bercerita, meningkatkan keyakinan diri serta menyemai semangat patriotisme dan cintakan tanah air. 📅 Tarikh: 29 Ogos 2026 (Sabtu) 🕔 Masa: 5.00 Petang 📍 Lokasi: Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi, Selangor 👧👦 Kategori: Kanak-kanak 6 – 12 Tahun 🏆 Hadiah Menarik Menanti Pemenang 🥇 Johan – RM100 + Hamper + E-Sijil 🥈 Naib Johan – RM80 + Hamper + E-Sijil 🥉 Tempat Ketiga – RM50 + Hamper + E-Sijil 📞 Pendaftaran & Pertanyaan 📱 Cik Husna: 011-7234 2915 📱 Pn. Amalina: 011-1856 5826 🎁 Penyampaian hadiah akan diadakan pada 29 Ogos 2026 (Sabtu), jam 6.30 petang sempena Jelajah Impian & Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. ✨ Ayuh beri peluang kepada anak-anak mengasah kemahiran berkomunikasi, membina keyakinan diri dan menghayati erti kemerdekaan melalui penceritaan yang kreatif serta penuh inspirasi. 📢 Tempat adalah terhad. Daftarkan penyertaan anak anda sekarang!

  • RIUH MERDEKA

    Malaysia, jom RIUH bersama! 🇲🇾 Merdeka bukan sekadar mengenang perjalanan negara, tetapi juga tentang meraikan kreativiti, budaya dan kebersamaan. 30 & 31 Ogos ini, jom cipta memori baharu di RIUH Merdeka. Nikmati makanan, muzik, bengkel kreatif, aktiviti kanak kanak dan pelbagai pengalaman yang menghimpunkan kita semua di bawah satu bumbung.   Lokasi: Monumen Alaf Baru, Putrajaya Terima kasih kepada Drinho, penaja rasmi Zon Makanan & Minuman RIUH Merdeka 2026. 💛 🔥 Masuk percuma ----- Malaysia, let's RIUH together. 🇲🇾 Merdeka is more than celebrating our nation's journey - it's about coming together to celebrate our creativity, culture and community. This 30 & 31 August, create new memories at RIUH Merdeka. Enjoy great food, live music, creative workshops, kids' activities, and a vibrant lineup of experiences that bring us all together under one roof. A special thank you to Drinho, the Official Food & Beverage Zone Sponsor of RIUH Merdeka 2026. 💛 🔥 Free Admission 🎨 Designed by Akqa Riot: IG: Akqa Tukang Lukis FB: Akqa Riot TikTok: @akqa_riot #RIUHMerdeka2026 #riuhinthecity #MyCreativeVentures