• Taman Tugu – Celebrate Malaysia @ Taman Tugu!

    We’re excited to announce one of Taman Tugu’s most special celebrations this year! Mark your calendars for Saturday, 20 September 2025 and join us for Celebrate Malaysia @ Taman Tugu! From 8.00am – 1.00pm, the park will come alive with a morning filled with exciting activities, cultural performances, and festivities for everyone. Come dressed in the vibrant colours of Malaysian traditional attire or in Orang Kampung style and celebrate together in true Malaysian spirit! It’s free and open to all. So bring your family and friends! Stay tuned for more surprises!

  • PERTANDINGAN VIDEO PENDEK AI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA 2026

    SERLAHKAN KREATIVITI AI ANDA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN! ✨ Panggilan kepada semua anak muda Selangor! Adakah anda peminat teknologi AI dan mempunyai semangat patriotik yang membara? Inilah peluang anda untuk menang! 🤩 Sertai Pertandingan Video Pendek AI bertemakan "Kesejahteraan Dinikmati" sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia 2026. Gunakan kreativiti anda untuk menggabungkan inovasi teknologi dengan semangat kemerdekaan. 💰 Hadiah Menarik Menanti Anda: 🥇 Tempat Pertama: RM700 🥈 Tempat Kedua: RM500 🥉 Tempat Ketiga: RM300 📝 Syarat Penyertaan: ✅ Terbuka HANYA kepada pelajar sekolah menengah di Negeri Selangor dan pelajar tajaan Yayasan Selangor sahaja. ✅ Durasi video: 1 – 3 minit. ✅ Bahasa: Bahasa Melayu. 📅 Tarikh Penyertaan: 15 Julai – 15 Ogos 2026. 📧 Hantarkan video anda ke: kke@yselangor.com (Pastikan maklumat diri dan borang penyertaan lengkap!). Cipta. Inovasi. Merdeka. Ekspresikan semangatmu melalui kreativiti AI! 🤖 Borang : https://forms.cloud.microsoft/r/GrGGJBUuBq

  • PERTANDINGAN VIDEO KREATIF PERINGKAT KEBANGSAAN 2026

    🎥 Idea anda mungkin jadi video yang memberi inspirasi kepada satu Malaysia! 🇲🇾✨ Ada bakat bercerita? Kreatif menghasilkan video? Inilah masanya untuk tunjukkan hasil karya anda! Pertandingan Video Kreatif Peringkat Kebangsaan 2026 kini kembali dengan tema "Aku Kasih Malaysia". Luahkan rasa cinta kepada negara melalui karya yang kreatif, unik dan penuh makna. ❤️🤍💛 🏆 Menangi hadiah lumayan! 🥇 Johan: RM3,000.00 🥈 Naib Johan: RM2,000.00 🥉 Tempat Ketiga: RM1,500.00 🎖️ 4 Hadiah Saguhati: RM500.00 setiap satu 📅 Pendaftaran dibuka: 17 Julai – 21 Ogos 2026 💡 Jangan sekadar simpan idea di kepala. Jadikan ia sebuah karya yang mampu menyentuh hati rakyat Malaysia. 🎬 Rakam. Cipta. Kongsi. Menang. Kerana setiap cerita tentang Malaysia bermula daripada anda. #PertandinganVideoKreatif #AkademiKenegaraanMalaysia #PejabatPerdanaMenteri #MalaysiaMADANI #RukunNegaraMenyatukanKita #AkuKasihMalaysia

  • PERTANDINGAN FOTO MUTIARA KATA SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2026

    Semarakkan Bulan Kebangsaan dengan kreativiti anda! Ayuh sertai Pertandingan Foto Mutiara Kata Sempena Bulan Kebangsaan 2026 anjuran Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. 📍 Tema: "Semangat Kemerdekaan" Hasilkan sekeping foto yang menggambarkan semangat patriotisme, perpaduan, kepelbagaian budaya, warisan serta menonjolkan identiti Perak. Lengkapkan foto anda dengan mutiara kata yang ringkas, kreatif, positif yang mampu menyemarakkan semangat cintakan negara. 🏆 Hadiah Menarik Menanti Pemenang! 🥇 Tempat Pertama: RM500 🥈 Tempat Kedua: RM400 🥉 Tempat Ketiga: RM300 🎁 10 Hadiah Saguhati: RM100 setiap penyertaan yang layak 📅 Tarikh tutup penyertaan: 19 Ogos 2026 Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh rakyat Perak Darul Ridzuan. Imbas kod QR pada poster atau layari https://forms.gle/syN8NgcL2s5CQF5z9 bagi mendapatkan syarat pertandingan dan borang penyertaan. Jom abadikan semangat kemerdekaan melalui lensa anda dan tonjolkan kreativiti bersama kata-kata yang memberi inspirasi. Ayuh sertai sekarang! 🇲🇾✨

  • PERTANDINGAN MEREKA CIPTA POSTER SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2026

    PERTANDINGAN MEREKA CIPTA POSTER SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2026! Jom serlahkan kreativiti dan semangat patriotik anda melalui karya poster yang menarik! 🎨✨ 📌 Terbuka kepada warga BHEUU sahaja 📅 Tarikh tutup: 24 Ogos 2026 📲 Imbas kod QR untuk pendaftaran. Cipta. Hayati. Merdekakan Kreativiti! #BHEUUJPM #BulanKemerdekaan2026 #MalaysiaMADANI #Merdeka2026

  • KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG) X JAGO PERLIS 2026

    Jom bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme sempena Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) X JAGO Perlis 2026. Tarikh: Sabtu | 1 Ogos 2026 Konvoi KMJG X JAGO akan menjelajah beberapa lokasi di seluruh Perlis bagi menggerakkan Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang, sebelum berakhir di Dataran Layang-Layang, Kurung Tengar pada 5.00 petang. Lokasi Persinggahan: * Majlis Sukan Negeri Perlis * Masjid Nurus Said, Santan * Kilang Mediquip Sdn. Bhd. * Balai Trafik Mata Ayer * Chery 4S Centre Perlis, Jelempok * Kampung Pauh Setia, Pauh (Program HKHM @ Komuniti MADANI) Program KMJG X JAGO | 5.00 Petang • Pentarama * Persembahan nyanyian dan kuiz * Penyampaian Kit 1 Rumah 1 Jalur Gemilang * Nyanyian lagu-lagu patriotik Ayuh hadir beramai-ramai bersama keluarga. Kibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang cinta kepada negara dan bersama-sama kita menyemarakkan semangat Bulan Kebangsaan. Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati 🇲🇾

  • MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN HARI SABAH DAN KEMPEN KIBAR BENDERA 2026

    🇲🇾 𝗔𝘆𝘂𝗵 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗺𝘂𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻, 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻 𝗞𝗶𝗯𝗮𝗿 𝗕𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗽𝗮𝘁𝗿𝗶𝗼𝘁𝗶𝘀𝗺𝗲! Saksikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan, Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera 2026 yang akan disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. 📅 1 Ogos 2026 (Sabtu) 🕣 8.30 pagi 📍 Menara Kinabalu, Kota Kinabalu Semarakkan Bulan Kebangsaan dan Hari Sabah dengan menjayakan Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang melalui pengibaran Jalur Gemilang dan Bendera Sabah di setiap kediaman sebagai tanda cinta kepada negara, dan semangat perpaduan. #HKHS2026 #1Rumah1JalurGemilang #MalaysiaMADANI #SabahMajuJaya #JAPENSabah