• TOURISM PERAK – Sambutan Ambang Merdeka 2025 x BSAS Festival

    SAMBUTAN AMBANG MERDEKA 2025 X FESTIVAL BULATAN SULTAN AZLAN SHAH 2025 29-31 OGOS 2025 10.00 PAGI HINGGA 12.00 MALAM BULATAN SULTAN AZLAN SHAH, MERU APA YANG ADA KAT EVENT NI KOME ? CER TENGOK NI, KITA ADA SEDIAKAN BANYAK AKTIVITI UNTUK SEMUA! SAMBUTAN AMBANG MERDEKA PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2025 PERTUNJUKAN BUNGA API AMBANG MERDEKA PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN PELBAGAI KAUM PERSEMBAHAN ARTIS JEMPUTAN LARIAN BULATAN SULTAN AZLAN SHAH 2025 GERAI-GERAI JUALAN MAKANAN DAN MINUMAN JUALAN RAHMAH KPDNKK HORSE RIDING MINI PETTING ZOO RUMAH HANTU TANTIRANA SOOPA DOOPA MERDEKA PENALTY LEAGUE 2025 PENTAS GEGAR KOSMIK 2.0 FIRE SHOW - BUDAK API IPOH JANGAN LUPA DATANG DAN MERIAHKAN LAGI SAMBUTAN AMBANG MERDEKA DAN FESTIVAL BULATAN SULTAN AZLAN SHAH 2025. KAT MERU TAU! JUMPA NANTI

  • Setapak Central – Semarak Jiwa Merdeka

        𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐂𝐨𝐬𝐭𝐮𝐦𝐞 𝐖𝐚𝐥𝐤 kini tiba! Raikan kepelbagaian warisan budaya Malaysia dengan menggayakan si cilik anda dalam pakaian tradisional seperti 𝐁𝐚𝐣𝐮 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐲𝐚, 𝐂𝐡𝐞𝐨𝐧𝐠𝐬𝐚𝐦, 𝐒𝐚𝐦𝐟𝐮, 𝐒𝐚𝐫𝐞𝐞, 𝐍𝐠𝐞𝐩𝐚𝐧 atau 𝐒𝐢𝐧𝐮𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚. Serlahkan keunikan dan warna-warni budaya Malaysia yang tercinta! 👧🧒 Perarakan ini terbuka kepada kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun dan terhad kepada 30 peserta terawal sahaja. 🛍 Hanya perlu berbelanja RM30 (maksimum dalam 2 resit pada hari yang sama) dan pra-daftarkan anak anda di Kaunter Maklumat (Tingkat 1) untuk menyertai acara ini. 🏆 Dua peserta dengan Busana Terbaik akan membawa pulang hadiah bernilai RM200 setiap seorang! Jangan lepaskan peluang untuk menyerlahkan semangat perpaduan melalui budaya. Daftar awal – tempat adalah terhad!

  • MYCV – Riuh Merdeka

    30 JAM TANPA HENTI! Bermula 30 Ogos 2025 (12.00 tengah hari) Hingga 31 Ogos 2025 (6.00 petang) Lokasi: Tapak Parkir Monumen Alaf Baru, Putrajaya

  • KKM – Pertandingan TikTok Merdeka 2025

    𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐊𝐓𝐎𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓: “𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐒𝐢𝐡𝐚𝐭, 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚” Tema: “Langkah Sihat, Langkah Merdeka”. Khas buat semua warga Kementerian Kesihatan Malaysia! Tunjukkan kreativiti anda! Rakam video TikTok minimum 15 saat & maksimum 1 minit yang menggabungkan: Gaya hidup sihat Semangat kemerdekaan Kreativiti & mesej positif Cara Sertai: Rakam & upload video di TikTok (akaun ‘public’) & tag @KKMalaysia Guna hashtag rasmi: #KKMMerdekaSihat #KKMPrihatin #BersamaMalaysiaku #MalaysiaSihat #MalaysiaMADANI Isi borang penyertaan & bersama pautan video sebelum atau pada 31 Ogos 2025 https://bit.ly/3HmrK0C

  • KPN – Anak Merdeka Malaysia

    Dalam menyemarakkan semangat patriotik sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, Kementerian Perpaduan Negara menerusi Arkib Negara Malaysia memperkenalkan inisiatif istimewa yang dikenali sebagai “Anak Merdeka Malaysia”. Program ini memberi penghormatan kepada rakyat Malaysia yang lahir pada dua tarikh bersejarah negara iaitu 31 Ogos dan 16 September sebagai simbol kepada perjuangan, kemerdekaan, dan perpaduan negara. Pendaftaran kini dibuka dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkongsi tarikh lahir pada detik bersejarah tersebut, tanpa mengira latar belakang, umur atau kaum. Mereka yang berdaftar akan diberi peluang istimewa untuk menyertai pelbagai aktiviti sempena sambutan rasmi peringkat kebangsaan, menerima cenderahati kenang-kenangan, dan diraikan sebagai antara wira simbolik negara yang mewakili semangat perpaduan rakyat Malaysia. Pendaftaran boleh dibuat dengan mudah melalui imbasan kod QR pada poster hebahan atau dengan melayari pautan rasmi berikut: https://forms.gle/Zd3fPnGaJwFgWeHNA

  • MBSJ – Konvoi Rakyat Disantuni

    Bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68, #SJcitycouncil dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 4 akan menganjurkan Program Konvoi ‘Rakyat Disantuni’ Subang Jaya 2025 pada 31 Ogos 2025 (Ahad) bertempat di The Summit USJ Mall, Subang Jaya. Jom ramai-ramai memeriahkan program ini yang menampilkan pelbagai pengisian menarik, antaranya: ✨ Perarakan Konvoi Kereta Klasik ✨ Kuiz Sempena Sambutan Kemerdekaan ✨ Pertandingan Catur Anak Merdeka ✨ Kempen Derma Darah & Pemeriksaan Kesihatan bersama Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ✨ Sesi Foto Bersama Lagenda Sukan ✨ Pameran dari pelbagai agensi Ayuh kita bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan kali ini di Subang Jaya! ‘MBSJ Gemilang Bersama’

  • KPT – Pertandingan Foto & Video Pendek Bersempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2025

      🎥 📷 PERTANDINGAN FOTO & VIDEO PENDEK BERSEMPENA HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2025 📣📣 Ayuh warga IPT sekalian 📣📣 Jom beramai-ramai sertai Pertandingan Foto & Video Pendek Bersempena Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi Tahun 2025 🥳🥳 ✅ Pertandingan masih dibuka sehingga 15 September 2025 🎁 Hadiah menarik menanti anda 🎉🎊 ✅ Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh dirujuk seperti tertera di poster ‼️Jom beramai-ramai sertai pertandingan ini🥳🥳

  • APMM – Pameran Patriot Maritim Malaysia

    Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjemput orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan Pameran Patriot Maritim Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia tahun ini pada ketetapan berikut ; 📍 AEON Mall Nilai 📅 6 September 2025 (Sabtu) 🕙 10.00 pagi – 6.00 petang Antara pengisian menarik menanti anda: ⚓ Pameran Maritim Malaysia ⚓ Kuiz Interaktif Maritim Malaysia ⚓ Perkongsian bersama anggota Maritim Malaysia Jom merasai pengalaman bersama anggota dan pegawai Maritim Malaysia - 'Wira Samudera Perairan Negara'. Bawa seisi keluarga dan raikan Hari Malaysia penuh bermakna bersama Maritim Malaysia!