KPN – Kempen Taat Setia Rukun Negara
ππππππ ππππ πππππ πππππ ππππππ : πππππππ ππ πππππ πππππ ππππππ !! Rukun Negara kini genap 55 tahun! Selama lebih lima dekad, lima prinsip teras ini telah menjadi panduan hidup dan asas penyatuan kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama. Mari kita renungkan kembali nilai-nilai murni yang terkandung dalam Rukun Negara. Bermula daripada Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, hinggalah kepada Kesopanan dan Kesusilaan. Inilah tiang seri yang membentuk identiti kita sebagai rakyat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu. Sertai Kempen Taat Setia Rukun Negara anjuran Kementerian Perpaduan Negara dan tunjukkan rasa cinta serta komitmen anda terhadap negara tercinta! Kongsi semangat perpaduan anda bersama rakan-rakan, keluarga, komuniti dan sesiapa sahaja di media sosial!!! Layari pautan rasmi facebook Kementerian Perpaduan Negara untuk maklumat lanjut.
