• MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG 2026 PERINGKAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

    Moh orang ramai khususnya warga Pahang dijemput hadir memeriahkan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur pada: 9 Ogos 2026 (Ahad) 5.00 Pagi - 12.00 Malam Dataran Raub, Pahang Antara aktiviti yang disediakan ialah: Subuh Warrior ( Masjid Tengku Abu Bakar) Aerodance Pertandingan Mewarna Patriotik Kanak-Kanak & Warga Emas Pertandingan Tarik Tali Pertandingan Netball Shootout 5 Sebelah Pertandingan Penalti Shooutout Walk A Town With Me Konsert Kibaran Merdeka Cabutan bertuah juga menanti anda. Jumpa anda di sana ! #HKHM2026 #MalaysiaMADANI #KesejahteraanDinikmati #Merdeka360 #JabatanPenerangan #phgkoi #Pahang1st

  • ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π πŠπ„π‚π„π‘πˆπ€π€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π ππ„π†π„π‘πˆ ππ„π‘π€πŠ πŸπŸŽπŸπŸ”

    Ayuh semarakkan semangat patriotik dan cintakan negara! ❀️‍πŸ”₯ πŸ“£ Antara Kategori yang dipertandingkan: 1. Sekolah Menengah 2. Sekolah Rendah 3. ⁠Pintu Gerbang 4. ⁠Pejabat Daerah / Majlis Daerah (PBT) dan Swasta 5. Individu ⁠ πŸŽ‰ Hiasi kawasan anda dengan tema Bulan Kebangsaan dan rebut peluang memenangi hadiah menarik! πŸ† Johan: RM5,000 πŸ₯ˆ Naib Johan: RM3,500 πŸ₯‰ Ketiga: RM2,000 πŸŽ–οΈ + Sijil & Plak Penghargaan! πŸ“Œ Tarikh tutup pendaftaran: 10 Ogos 2026 πŸ“ŒTarikh Akhir Penghantaran Karya: 20 Ogos 2026 Pautan pendaftaran pertandingan disediakan di ruangan komen! Sertai dan jadilah sebahagian daripada rakyat yang cintakan negara β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’› Penyertaan anda kami nantikan! Moh Komer ‼️ #HKHM2026 #PerakSejahtera2030 #MalaysiaMADANI #KesejahteraanDinikmati #JabatanPenerangan #PeneranganPerak

  • MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI MELAKA DAN MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG 2026 PERINGKAT NEGERI MELAKA

    Majlis ini akan disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Melaka sebagai permulaan rasmi Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2026 Peringkat Negeri Melaka. Pelancaran ini menjadi titik permulaan kepada pelbagai program dan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang Bulan Kebangsaan bagi menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta memupuk rasa cinta akan negara dalam kalangan rakyat. Ayuh bersama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga sebagai tanda kecintaan kepada Malaysia serta menghargai jasa dan pengorbanan para pejuang yang telah mempertahankan kemerdekaan negara. "Kibarkan Jalur Gemilang, Semarakkan Semangat Kebangsaan."

  • PESTA PUAN-TASTIC!

    Sempena Bulan Kemerdekaan & Hari Wanita Kebangsaan 2026, SIS Forum (Malaysia) bersama SUARAM dan MCCHR bekerjasama dan menganjurkan: PESTA PUAN-TASTIC! πŸ“… 14 & 15 Ogos 2026 πŸ“ GMBB, Kuala Lumpur πŸ•˜ 9 pagi – 6 petang Satu festival yang meraikan sumbangan wanita dalam perjuangan kemerdekaan Malaysia β€” dahulu hingga sekarang. Merdeka bukan sekadar sejarah, tetapi perjuangan berterusan untuk kesaksamaan, kemuliaan dan keadilan. Tandakan kalendar anda. Lebih banyak kejutan akan diumumkan tidak lama lagi. #PestaPUANtastic #Merdeka2026 #SISForumMalaysia #WanitaMerdeka

  • JOM LEPAK KL: SEMARAK MERDEKA DI PESTA MUDA MUDI, PASAR SENI!

    Jom Lepak KL: Semarak Merdeka di Pesta Muda Mudi, Pasar Seni! Hujung minggu ini, kalau anda mencari lokasi untuk lepak sambil menikmati suasana seni, budaya dan kreativiti tempatan, apa kata singgah ke Pesta Muda Mudi di Pasar Seni, Kuala Lumpur! Bersempena sambutan Semarak Merdeka, Pesta Muda Mudi menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik dalam suasana penuh warna-warni di salah satu lokasi ikonik ibu kota. Senarai Gerai Jualan Terokai pelbagai produk daripada usahawan dan jenama tempatan β€” daripada fesyen, aksesori, seni dan kraf, makanan dan minuman hinggalah wangian. Memang sesuai untuk yang gemar mencari barangan unik sambil menyokong bakat serta perniagaan tempatan. Bengkel Seni Nak cuba sesuatu yang kreatif? Sertai Bengkel Seni pada 15 Ogos, Sabtu, jam 2.00 hingga 4.00 petang dengan aktiviti conteng, lukis, hias dan percuma. Tote bag dan apron yang dihias juga boleh dibawa pulang sebagai kenangan! Pentas Anak Seni Suasana Pesta Muda Mudi turut dimeriahkan dengan persembahan seni sepanjang hujung minggu. Antaranya Tarian Citrawarna, Alunan Tabla & Veemai, Melodi Angklung, Rentak Busking serta aktiviti Lompat Tali Berirama. Chop Chop! Jangan lupa kumpulkan tiga cop mohor eksklusif Pesta Muda Mudi sepanjang kunjungan anda. Sambil berjalan dari satu sudut ke satu sudut, bolehlah menikmati sendiri kemeriahan komuniti muda yang berkumpul di tengah-tengah kota. Pasar Seni, Jiwa Kreatif Kuala Lumpur Dengan latar Pasar Seni yang sarat dengan sejarah dan identiti Kuala Lumpur, Pesta Muda Mudi menjadi ruang pertemuan antara warisan, seni, kreativiti dan komuniti β€” sekali gus memberi pengalaman hujung minggu yang berbeza di pusat bandar. Lokasi: Pasar Seni (Central Market), Kuala Lumpur Tarikh: 14 – 16 Ogos 2026 Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam Jadi hujung minggu ini, jom lepak KL di Pesta Muda Mudi! Ajak keluarga dan kawan-kawan, sokong produk tempatan, sertai aktiviti seni dan rasai sendiri kemeriahan Semarak Merdeka di tengah ibu kota. #MalaysiaMADANI #KLBandarUntukSemua #KLCityForAll #KLBerdayaHuni #SayangiKL #CintaiKL #JomLepakKL #PestaMudaMudi #PasarSeni #SemarakMerdeka