• PERTANDINGAN DAN AKTIVITI MENARIK SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT KOLEJ KOMUNITI BUKIT BERUANG

    𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗞𝗘-𝟲𝟵 𝗗𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 Jom sertai pelbagai pertandingan dan aktiviti menarik sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Kali Ke-69 & Hari Malaysia 2026 Peringkat Kolej Komuniti Bukit Beruang! Nyanyian Patriotik Deklamasi Puisi Video Pendek Patriotik Sudut Patriotik & Galeri Tokoh Negara Mewarna Kreatif Jiwa Patriotik Pertandingan Perbarisan Busana Gemilang Merdeka Tayangan Filem Patriotik Jejak Merdeka ke Galeri Bukit Kepong dan banyak lagi! Hadiah-hadiah menarik menanti para pemenang! ISTIMEWA! Semua pelajar yang menyertai aktiviti yang ditetapkan turut berpeluang menyertai Pakej Lawatan Pendidikan ke Galeri Bukit Kepong bagi menghayati sejarah perjuangan mempertahankan tanah air. Jangan sekadar menjadi penonton, jadilah sebahagian daripada semangat kemerdekaan! Bersama kita pupuk nilai patriotisme, perpaduan dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. 3 Ogos 2026 – 15 September 2026 Kolej Komuniti Bukit Beruang AYUH SERTAI! MERIAHKAN SAMBUTAN! REBUT PELUANG MENANG! HAYATI ERTI KEMERDEKAAN! #MalaysiaMADANI #KKBBM #BulanKebangsaan2026 #HariMalaysia2026 #TVETMembinaNegara #PatriotismeMenyatukanKita

  • PERTANDINGAN KECERIAAN BULAN KEBANGSAAN 2026 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

    Ayuh Semarakkan Bulan Kebangsaan 2026! Sertai Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Sembilan dan rebut hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM18,000! Tempoh Penyertaan: 7 Ogos – 24 Ogos 2026 Penjurian: 1 September – 14 September 2026 Terbuka kepada pelbagai kategori termasuk: Agensi Kerajaan Bangunan Swasta Kampung/Taman Perumahan IPTA/IPTS Sekolah Rumah Ibadat Individu dan lain-lain. Imbas kod QR pada poster untuk penyertaan. Jom kibarkan Jalur Gemilang dan serlahkan semangat patriotik kita! #HKHM2026 #MalaysiaMADANI #KesejahteraanDinikmati #Merdeka360

  • PERTANDINGAN AIMAGINASI MALAYSIA

    🤖✨ JOM CETUSKAN IMAGINASI, CIPTA KARYA, CIPTA SEJARAH!   Apa yang ada dalam imaginasi anda? Idea yang luar biasa, kreativiti tanpa batas atau gambaran Malaysia masa hadapan?   Kini tiba masanya untuk anda terjemahkan imaginasi menjadi karya! 🚀 🎨 PERTANDINGAN AIMAGINASI MALAYSIA Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 kini dibuka kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi seluruh negara! Gunakan kreativiti, imaginasi dan sentuhan teknologi untuk menghasilkan karya yang unik, kreatif dan mencerminkan perspektif anda tentang Malaysia.   🔥 Tak perlu tunggu jadi pakar untuk berkarya. Yang penting, ada IDEA, IMAGINASI dan keberanian untuk mencuba! 🏆 HADIAH KESELURUHAN RM8,000 untuk dimenangi! 📅 10 Ogos – 20 September 2026 💡 Bayangkan. Cipta. Serlahkan. Mungkin idea yang selama ini hanya bermain dalam fikiran anda bakal menjadi karya yang memukau dan memenangi hadiah! 👉 JOM SERTAI SEKARANG! Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut. #AIMaginasiMalaysia #MalaysiaMadani #MalaysiaMerdeka2026

  • PERTANDINGAN FOTO JURNALISME LENSA MALAYSIA

    📸 AYUH RAKAM CERITA MALAYSIA MELALUI LENSA ANDA! Satu gambar mampu menceritakan seribu kisah. Kini tiba masanya untuk anda merakam warna, semangat, keunikan dan wajah Malaysia melalui perspektif anda sendiri! 🎯 PERTANDINGAN FOTO JURNALISME LENSA MALAYSIA Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 kini dibuka! 📷 Ada kamera? Ada telefon pintar? Ada cerita untuk dikongsi? Jangan biarkan detik istimewa berlalu begitu sahaja. Rakam dan ceritakan. Mana tahu, karya anda bakal menjadi antara foto terbaik yang mewakili kisah Malaysia! 🏆 HADIAH KESELURUHAN RM15,000 untuk dimenangi! 👤 Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 15 tahun dan ke atas. 📅 Tempoh penyertaan: 10 Ogos – 20 September 2026 👉 Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut dan sertai pertandingan sekarang. Satu lensa. Satu perspektif. Satu kisah Malaysia. 📸 #LensaMalaysia2026 #MalaysiaMadani #KesejahteraanDinikmati #MalaysiaMerdeka2026 #FotoJurnalisme #JAPENMalaysia

  • PERTANDINGAN AiMAGINASI MALAYSIA

    OBJEKTIF PROGRAM * Menggalakkan integrasi seni ilustrasi dan teknologi AI. * Meningkatkan pemahaman penggunaan AI secara beretika. * Mencungkil bakat kreatif digital dan pemikiran kritis generasi muda. MAKLUMAT PROGRAM * Terbuka kepada pelajar IPTA & IPTS di seluruh Malaysia (Individu). * Tempoh Penyertaan: 10 Ogos – 20 September 2026. * Pelantar: Dalam talian menerusi media sosial JAPEN dan www.merdeka360.my. * Pilihan Tema: Generasi Kini, Aspirasi Malaysia; Merdeka Digital: Inovasi Anak Bangsa; dan Kreatif: Membina Malaysia Masa Depan HADIAH KESELURUHAN Johan: RM1,000 + Plak + Sijil Naib Johan: RM800 + Plak + Sijil Tempat Ke-3: RM600 + Plak + Sijil 10 hadiah Saguhati: RM200 + Plak + Sijil RINGKASAN SYARAT PERTANDINGAN * Poster mestilah beresolusi tinggi (300 dpi) dan berasaskan tema pilihan. * Nisbah penghasilan: 40% Penjanaan AI + 60% Gambar Asli (disunting dengan perisian grafik). * Sertakan penjelasan ringkas poster (maksimum 300 patah perkataan). * Karya mestilah asli, bebas unsur provokasi dan tidak melanggar hak cipta.

  • 𝐕𝐈𝐑𝐓𝐔𝐀𝐋 𝐅𝐈𝐍𝐑𝐔𝐍 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝟒𝟔𝐊𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔

    Sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2026, Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Melaka (JKPNM) dengan sukacitanya menjemput semua warga jabatan, agensi kerajaan, sektor swasta serta orang awam untuk menyertai Virtual FinRun Merdeka 46KM 2026 . 🏃‍♀️ Lari, berjoging atau berjalan mengikut kemampuan anda! Tidak perlu berkumpul atau mengikut masa tertentu. Lengkapkan sahaja 46KM sepanjang tempoh program di lokasi dan waktu yang paling sesuai untuk anda. 📅 Tempoh Larian: 16 Ogos 2026 – 18 September 2026 💵 Yuran Penyertaan dan clik link penyertaan dibawah ini: RM50 seorang Link penyertaan : https://forms.gle/HjMbE6UMgMsBDJ399 🎁 Setiap peserta akan menerima: 👕 T-Shirt Eksklusif 🏅 Medal Finisher 🎁 Kit Penyertaan 🏆 Hadiah Wang Tunai 🥇 Johan – RM500 🥈 Naib Johan – RM300 🥉 Tempat Ketiga – RM200 🏢 Hadiah Khas RM800 kepada jabatan yang mencatat penyertaan terbanyak. 📌 Tarikh Tutup Penyertaan : 15 Ogos 2026 Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat kemerdekaan melalui aktiviti yang sihat, menyeronokkan dan boleh disertai oleh semua peringkat umur. 👨‍👩‍👧‍👦 Ajak keluarga, rakan-rakan dan warga jabatan anda untuk turut serta! Lagi ramai menyertai, lagi meriah sambutan kita. ✨ "1 Langkah, 1 Jiwa, Melaka Kekal Fit." 🇲🇾❤️ Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada Virtual FinRun Merdeka 46KM 2026. Kami menantikan penyertaan anda! 💪 Terima kasih kerana berminat menyertai Virtual FinRun Merdeka 46KM. Yuran Penyertaan: RM50.00 Sila buat bayaran ke akaun berikut: KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JKPNM Bank Islam No. Akaun: 04042-01-0003286 Reference Pembayaran: VRMerdeka Selepas membuat pembayaran, sila lengkapkan borang ini dan muat naik slip pembayaran. Pihak penganjur akan mengesahkan penyertaan anda melalui e-mel. Terima kasih atas penyertaan anda.

  • SELANGOR, CABARAN LANGKAH MERDEKA, SIHAT BERSAMA BOOKDOC 2026

     Jom Sertai Cabaran Langkah Merdeka, Sihat Bersama BookDoc 2026! Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dengan kerjasama BookDoc menjemput semua warga untuk menyertai Cabaran Langkah Merdeka, Sihat Bersama BookDoc 2026. 18 Ogos – 16 September 2026 Virtual Medal E-Certificate Khusus untuk semua warga Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan terbuka kepada semua Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di Negeri Selangor. Orang awam juga dialu-alukan untuk turut serta.Tak kisah berjalan di pejabat, taman atau di rumah—yang penting terus melangkah! Jom sihat, jom merdeka, jom kumpul 300,000 langkah bersama! join link : https://deeplink.bookdoc.com/challenges/3693

  • PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK TERBUKA SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2026

    📆 : 22 Ogos 2026 | Sabtu ⏰ : 9.00 pagi – 4.00 petang 📍 : Auditorium, Aras 5, Menara MPAJ, Pandan Indah 🎯 Sasaran Penyertaan : Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (Rendah & Menengah) serta Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) 💐 Tema : Kemerdekaan, Patriotisme, Perpaduan, Semangat Cintakan Negara atau Nila-nilai Kemasyarakatan 📝 Pendaftaran : Melalui QR yang disediakan pada poster Ayuh sertai Pertandingan Deklamasi Sajak Terbuka sempena Bulan Kebangsaan 2026 ❤️🍲 📞 Sebarang pertanyaan sila hubungi: 👇 Pn. Az : 019-221 4069 👇 Cik Izyan : 011-1574 9688 #MPAJ34Tahun #MPAJBandarBungaTanjung #MPAJBandarDigitalBerdayaHuni #IniSelangor #KitaSelangorMajuBersama

  • FUN RUN AMBANG MERDEKA 2026

    🏃‍♀️ JOM SERTAI FUN RUN AMBANG MERDEKA 2026!🏃‍♂️ Ayuh mulakan pagi anda dengan langkah yang lebih sihat sambil menyemarakkan semangat kemerdekaan bersama keluarga, sahabat dan jiran-jiran! 📅 Tarikh: Sabtu, 22 Ogos 2026 ⏰ Masa: 7.00 Pagi 📍 Tempat Berkumpul: Tapak Pasar Malam Telipot, Bukit Sentosa, Rawang,Selangor 💚 Yuran Pendaftaran: PERCUMA 👕 T-Shirt Fun Run masih boleh ditempah dengan harga RM20.00 sehelai bagi peserta yang ingin memilikinya. ⏳ Tarikh Tutup Tempahan T-Shirt: 14 Ogos 2026 Fun Run ini terbuka kepada semua peringkat umur. Anda boleh berlari, berjoging atau berjalan santai mengikut kemampuan masing-masing. Matlamat utama bukanlah untuk menjadi yang terpantas, tetapi untuk bersama-sama mengamalkan gaya hidup sihat, mengeratkan silaturahim dan menyemarakkan semangat patriotik. 🔥 Jangan lepaskan peluang! Ajak pasangan, anak-anak, keluarga dan rakan-rakan menyertai program komuniti yang penuh keceriaan dan semangat Merdeka. 🌐 Maklumat lanjut Tentang Acara Fun Run boleh layari: https://fun-run-ambang-merdeka2026.blogspot.com/ 📝 Daftar sekarang: https://tinyurl.com/funrunambangmerdeka Sebarang maklumat terkini tentang Acara Fun Run boleh rujuk di Facebook Event di link ---> https://www.facebook.com/share/18rC7bg1S9/ Satu Langkah, Satu Semangat, Satu Malaysia! KRT Camilla Bakawali

  • KARNIVAL SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN KAMPUNG MELAYU SUBANG 2026

    JOM MERIAHKAN KARNIVAL SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN KAMPUNG MELAYU SUBANG 2026! Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026, seluruh warga Kampung Melayu Subang dan kawasan sekitar dijemput hadir memeriahkan karnival yang penuh dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu) Masa: 7.00 pagi – 10.30 malam Tempat: Dataran Komuniti, Lot 3495, Jalan Jati, Kampung Melayu Subang Antara aktiviti menarik: * Senamrobik “Pound Fit” * Pertandingan Mewarna Kanak-kanak * Master Chef * Pertandingan Baju Patriotik * Pertandingan Hias Basikal Merdeka * Sukaneka & Supa Dupa * Sepak Bola Dalam Gol * Pameran & Gerai Jualan * Fun Night Walk Merdeka * Cabutan Bertuah * 300 helai baju percuma (tertakluk kepada syarat dan sementara stok masih ada) Pelbagai hadiah menarik menanti para pemenang pertandingan. Ayuh kibarkan Jalur Gemilang dan hadir bersama keluarga bagi menyemarakkan semangat patriotisme serta mengeratkan silaturahim sesama komuniti. Utk pendaftaran dan pertanyaan boleh hubungi abg comel ni-: Izhar Arshad 019-5168080 Luqman 01111279783 Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati. Jumpa anda pada 22 Ogos 2026!