• Cuepacs Care – Peraduan Anak Malaysia Berpakaian Tradisi 2025

    𝐏𝐄𝐑𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐀𝐊𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐃𝐈𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 Sempena sambutan Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia, jom kita raikan semangat perpaduan dan kepelbagaian budaya dengan penuh gaya! Kami menjemput semua warga Malaysia untuk menyertai Peraduan Anak Malaysia Berpakaian Tradisi. Tunjukkan semangat perpaduan dengan berpakaian tradisi kaum masing-masing sama ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, dan lain-lain. Ambil gambar & raikan warna-warni Malaysia! Cara Penyertaan: 1. 𝐊𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐠𝐚𝐦𝐛𝐚𝐫 di ruangan komen Peraduan ini. 2. Tulis “𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚...” (𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐢 𝟑𝟎 𝐩𝐚𝐭𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚𝐚𝐧) dan 𝐭𝐚𝐠 𝟑 𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 anda. 3. 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐩𝐚𝐠𝐞 𝐦𝐲𝐂𝐮𝐞𝐩𝐚𝐜𝐬𝐂𝐚𝐫𝐞 dan 𝐬𝐡𝐚𝐫𝐞 posting Peraduan ini. 𝐃𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐞𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐢 𝐰𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐮𝐦𝐥𝐚𝐡 𝐑𝐌𝟑𝟎𝟎! Gayakan warisan, rakamkan semangat, dan biar gambar anda bersuara sebagai Anak Malaysia yang menjunjung budaya dan menyatu dalam jiwa bangsa. Tempoh Peraduan: 25 Ogos 2025 - 16 September 2025 Keputusan penuh tertakluk kepada pihak penganjur.

  • KPDN – Pertandingan Foto Kreatif

    𝙎𝙪𝙠𝙖 𝙖𝙢𝙗𝙞𝙡 𝙛𝙤𝙩𝙤? 𝙎𝙚𝙡𝙖𝙡𝙪 𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙩𝙪𝙠𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙥 𝙜𝙖𝙢𝙗𝙖𝙧 𝙩𝙖𝙠 𝙗𝙚𝙧𝙗𝙖𝙮𝙖𝙧?? 𝙄𝙣𝙞𝙡𝙖𝙝 𝙢𝙖𝙨𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙖𝙣𝙙𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙞𝙣𝙖𝙧 *Jom sertai Pertandingan Foto Kreatif "Jom Beli Lokal x MERDEKA"* Tunjukkan kreativiti anda dengan menghasilkan gambar kreatif yang memaparkan semangat Jom Beli Lokal atau gaya hidup menyokong barangan buatan Malaysia. Tempoh Pertandingan: 27 Ogos 2025 - 17 September 2025 Jangan lepaskan peluang ini! Kongsikan karya fotografi kreatif anda dan menangi hadiah menarik Untuk pendaftaran & maklumat lanjut, imbas QR di poster atau layari pautan ini: https://docs.google.com/.../1FAIpQLSfLlv7Fp6VWLP.../viewform 𝑩𝒂𝒓𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑲𝒊𝒕𝒂, 𝑲𝒆𝒃𝒂𝒏𝒈𝒈𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒊𝒕𝒂. 𝑱𝒐𝒎 𝑩𝒆𝒍𝒊 𝑳𝒐𝒌𝒂𝒍!

  • KPN – Anak Merdeka Malaysia

    Dalam menyemarakkan semangat patriotik sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, Kementerian Perpaduan Negara menerusi Arkib Negara Malaysia memperkenalkan inisiatif istimewa yang dikenali sebagai “Anak Merdeka Malaysia”. Program ini memberi penghormatan kepada rakyat Malaysia yang lahir pada dua tarikh bersejarah negara iaitu 31 Ogos dan 16 September sebagai simbol kepada perjuangan, kemerdekaan, dan perpaduan negara. Pendaftaran kini dibuka dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkongsi tarikh lahir pada detik bersejarah tersebut, tanpa mengira latar belakang, umur atau kaum. Mereka yang berdaftar akan diberi peluang istimewa untuk menyertai pelbagai aktiviti sempena sambutan rasmi peringkat kebangsaan, menerima cenderahati kenang-kenangan, dan diraikan sebagai antara wira simbolik negara yang mewakili semangat perpaduan rakyat Malaysia. Pendaftaran boleh dibuat dengan mudah melalui imbasan kod QR pada poster hebahan atau dengan melayari pautan rasmi berikut: https://forms.gle/Zd3fPnGaJwFgWeHNA

  • KPT – Pertandingan Foto & Video Pendek Bersempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2025

      🎥 📷 PERTANDINGAN FOTO & VIDEO PENDEK BERSEMPENA HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2025 📣📣 Ayuh warga IPT sekalian 📣📣 Jom beramai-ramai sertai Pertandingan Foto & Video Pendek Bersempena Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi Tahun 2025 🥳🥳 ✅ Pertandingan masih dibuka sehingga 15 September 2025 🎁 Hadiah menarik menanti anda 🎉🎊 ✅ Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh dirujuk seperti tertera di poster ‼️Jom beramai-ramai sertai pertandingan ini🥳🥳

  • Kerajaan Negeri Melaka – Persembahan Tim Akrobatik Army Red Warrior (ARW)

    Ayuh warga bandar raya! Saksikan aksi memukau Tim Akrobatik Army Red Warrior (ARW) sempena Sambutan Hari Malaysia & Road to World Tourism Day 2025! 🇲🇾🌍 📅 Tarikh: 14 September 2025 (Ahad) ⏰ Masa: • Sesi 1: 9.00 malam • Sesi 2: 10.00 malam 🏛️ Lokasi: Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka 🎉 Jangan lepaskan peluang untuk bawa keluarga & rakan-rakan berlibur sambil menikmati persembahan penuh aksi ini sempena cuti hujung minggu & cuti sekolah! 📌 Mana lagi? Melaka ler!

  • Kerajaan Negeri Melaka – Sambutan Ambang Hari Malaysia 2025

    Ayuh warga bandar raya dan seluruh rakyat Malaysia kita tunjukkan semangat patriotik dan meriahkan Sambutan Ambang Hari Malaysia 2025 pada 15 September 2025 ini di Perkarangan Stadthuys, Banda Hilir, Melaka. Pelbagai pengisian menarik menanti anda seperti persembahan kebudayan, persembahan artis jemputan, Malaysia Day Fun Walk & edaran Jalur Gemilang. Mana lagi? Melaka ler...

  • Ruza Agrotech Kulim – Bendang Fun Run & Fun Walk 2.0 – Edisi Hari Malaysia

    📣 Sempena Hari Malaysia 2025, jom berlari & berjalan santai di tengah bendang sambil mengibar Jalur Gemilang – simbolik semangat perpaduan rakyat! 📅 16 September 2025 (Cuti Hari Malaysia) 📍 Ruza Agrotech Kulim 🎪 Bersempena Karnival Cuti Sekolah 12 – 21 September 2025 💫 Tarikan Utama: 🏆 PEMENANG UTAMA bakal bawa pulang GOLD BAR! 🪙 🏅 Medal eksklusif hanya untuk peserta terpilih 🥳 Suasana meriah penuh warna-warni & semangat patriotik 👨‍👩‍👧‍👦 Aktiviti santai sesuai untuk semua peringkat umur 📌 Tempat TERHAD! Cepat daftar sebelum penuh! 📲 Untuk penyertaan & maklumat lanjut: Ruza Agrotech Kulim – 012-411 8825 👉 Jom sertai Fun Run & Fun Walk 2025 – kibarkan Jalur Gemilang & rebut peluang menangi Gold Bar sempena Hari Malaysia! 🌾🇲🇾

  • KK – Program Mengenang Negarawan

    TARIKH: 16 SEPTEMBER 2025 (SELASA) MASA: 9.00 PAGI - 5.00 PETANG LOKASI: BERTAM RESORT & WATER PARK PENANG, KEPALA BATAS, PULAU PINANG

  • KK – Kira Detik Merdeka

    TARIKH: 30 OGOS 2025 (SABTU) MASA: 11.55 MALAM - 12.00 MALAM LOKASI: TEMPAT LETUPAN DI JAMBATAN MONOREL, PRESINT 8, W.P PUTRAJAYA