• Tourism Malaysia – Spot The Jalur Gemilang Travel Challenges!

    Sempena Bulan Kemerdekaan ini, lensa anda adalah suara anda! Sertai Spot the Jalur Gemilang Travel Challenge dari 1 hingga 31 Ogos 2025 dan menangi barangan eksklusif Visit Malaysia 2026! 🤩 Cara Penyertaan: 1️⃣ Snap it! – Ambil gambar atau video pendek terbaik anda bersama Jalur Gemilang di lokasi menarik atau mercu tanda ikonik. 2️⃣ Share it! – Muat naik di Instagram, Facebook, atau TikTok. 3️⃣ Tag & Hashtag! – Guna tanda pagar: #VisitMalaysia2026 #MalaysiaTrulyAsia #CutiCutiMalaysia #SpotJalurGemilang dan tag: 📸 @malaysia.truly.asia (IG) 📘 Tourism Malaysia (FB & TikTok) 📍Imbas kod QR untuk maklumat lanjut. Terma & syarat dikenakan. 🎁 3 penyertaan paling kreatif berpeluang memenangi barangan edisi terhad Visit Malaysia 2026!

  • AKM, JPM – Bicara Kenegaraan: Aku Kasih Malaysia

    𝟏 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 - 𝟏 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 - 𝟏 𝐉𝐮𝐭𝐚 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 bakal menyertai dan mengikuti bicara kenegaraan. Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri menganjurkan 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐁𝐢𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧: 𝐀𝐤𝐮 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68. 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧 : Program kenegaraan bersemuka yang interaktif dan inklusif sepanjang bulan Ogos 2025. 𝐓𝐨𝐩𝐢𝐤 : •Sejarah Kenegaraan •Perlembagaan Persekutuan •Rukun Negara •Naratif Malaysia MADANI 𝐓𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 : Menyemarakkan semangat patriotik dan menyampaikan aspirasi Malaysia MADANI🇲🇾 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐚𝐧 : Belia, Eksekutif, Korporat, Swasta, Pengamal Media dan Komuniti. 𝐌𝐚𝐭𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 : 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚 𝐫𝐞𝐤𝐨𝐝 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐨𝐟 𝐑𝐞𝐜𝐨𝐫𝐝𝐬 dalam '𝐋𝐚𝐫𝐠𝐞𝐬𝐭 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐢𝐜𝐢𝐩𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐈𝐧 𝐀 𝐍𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧-𝐁𝐮𝐢𝐥𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐥𝐤 𝐂𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐠𝐧 / 🏆𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐮𝐭𝐢 𝐁𝐢𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚” Ayuh bersama-sama AKM menjadikan bulan kemerdekaan ini lebih bermakna. Kita semarakkan cinta, kita perkasa jiwa patriotik, demi Malaysia tercinta.

  • KPN – Pertandingan Fotografi Bertemakan Hari Kemerdekaan

    PENYERTAAN ADALAH PERCUMA DAN TERBUKA KEPADA SEMUA WARGANEGARA MALAYSIA PENGHANTARAN GAMBAR MELALUI POS SAHAJA! 🏆 Hadiah menarik menanti para pemenang! 📚 Anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia 📲 Untuk maklumat lanjut dan syarat pendaftaran: 📥 Imbas kod QR dalam poster rasmi

  • KPN – Kempen Taat Setia Rukun Negara

    𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐓𝐀𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀 𝐑𝐔𝐊𝐔𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 : 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝟓𝟓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐑𝐔𝐊𝐔𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 !! Rukun Negara kini genap 55 tahun! Selama lebih lima dekad, lima prinsip teras ini telah menjadi panduan hidup dan asas penyatuan kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama. Mari kita renungkan kembali nilai-nilai murni yang terkandung dalam Rukun Negara. Bermula daripada Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, hinggalah kepada Kesopanan dan Kesusilaan. Inilah tiang seri yang membentuk identiti kita sebagai rakyat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu. Sertai Kempen Taat Setia Rukun Negara anjuran Kementerian Perpaduan Negara dan tunjukkan rasa cinta serta komitmen anda terhadap negara tercinta! Kongsi semangat perpaduan anda bersama rakan-rakan, keluarga, komuniti dan sesiapa sahaja di media sosial!!! Layari pautan rasmi facebook Kementerian Perpaduan Negara untuk maklumat lanjut.

  • IOI City Mall – Jalan Kita, Cerita Kita

    Mari raikan semangat Merdeka di IOI City Mall dengan Jalan Kita, Cerita Kita, yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 16 September 2025! Sertai kami dalam menghargai perpaduan, budaya dan komuniti melalui pelbagai aktiviti menarik untuk semua: 🎁 Spirit of Merdeka Giveaway – bawa pulang barangan patriotik istimewa!📸 Tribut Fotografi kepada Perpaduan – lalui koleksi gambar yang mengagumkan dan menyentuh hati!🎭 Bengkel & Persembahan Budaya – nikmati aktiviti interaktif dan persembahan penuh warna untuk seisi keluarga!

  • JAPEN – Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak

    Lokasi Hari Pertama: Menara Condong, Teluk Intan (2 Ogos 2025) Lokasi Hari Kedua: Dewan Komuniti Beruas, Manjung & Manong, Kuala Kangsar  (3 Ogos 2025) Lokasi Hari Ketiga: SKJ (C) Nam Hua, Kuala Kurau, Kerian (4 Ogos 2025) Lokasi Hari Keempat: Kampong Beng, Lenggong, Hulu Perak (9 Ogos 2025)

  • JAPEN – Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sarawak

    Lokasi Hari Pertama: Miri (2 Ogos 2025) Lokasi Hari Kedua: Rumah Jelaping, Marudi (3 Ogos 2025) Lokasi Hari Ketiga: Miri (11 Ogos 2025) Lokasi Hari Keempat: Arena Lawas (12 Ogos 2025) Lokasi Hari Kelima: Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Patiambun, Limbang (13 Ogos 2025) Lokasi Hari Keenam: Bintulu Port (14 Ogos 2025) Lokasi Hari Ketujuh: Sekolah Menengah Kebangsaan Tatau (15 Ogos 2025) Lokasi Hari Kelapan: Pekan Lama Balingian (16 Ogos 2025) Lokasi Hari Kesembilan: Sekolah Menengah Kebangsaan St Patrick, Mukah (17 Ogos 2025) Lokasi Hari Kesepuluh: Sekolah Menengah Kebangsaan Deshon, Sibu (18 Ogos 2025) Lokasi Hari Kesebelas: Sekolah Menengah Kebangsaan Julau (19 Ogos 2025) Lokasi Hari Kedua Belas: Kolej Vokasional Betong (25 Ogos 2025) Lokasi Hari Ketiga Belas: Dewan Sri Krian, Saratok (26 Ogos 2025) Lokasi Hari Ketiga Belas: Dewan Masyarakat Kpg Tian, Matu & Dewan Kg Semop Daro (27 Ogos 2025) Lokasi Hari Keempat Belas: Dewan Sri Rajang, Meradong (28 Ogos 2025) Lokasi Hari Kelima Belas: Sekolah Menengah Kebangsaan Sarikei Baru (29 Ogos 2025) Lokasi Hari Keenam Belas: Tapak Pasar Malam Desa Ilmu, Samarahan (8 September 2025) Lokasi Hari Ketujuh Belas: Padang Sentral Simunjan (8 September 2025) Lokasi Hari Kelapan Belas: Awah Gawai Tun Razak, Serian (9 September 2025) Lokasi Hari Kesembilan Belas: SMK Paku, Bau & Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu (10 September 2025) Lokasi Hari Kedua Puluh: Waterfront Kuching (16 September 2025)  

  • JAPEN – PENTARAMA Merdeka @HOHO

    Tarikh: 2, 9, 16 & 23 Ogos 2025 (Sabtu) Masa: 7.00 malam Lokasi: Sekitar Kuala Lumpur

  • JAPEN – Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kedah

    Lokasi Hari Pertama: C-Mart Serai Wangi Mall, Padang Serai, Kulim (5 Ogos 2025) Lokasi Hari Kedua: Bukit Kodiang / Bukit Mok Cun, Kubang Pasu (6 Ogos 2025) Lokasi Hari Ketiga: Taman Nuri, Alor Setar (7 Ogos 2025) Lokasi Hari Keempat: Felda Teloi Timur, Sik & Teratak Batu Besar, Jalan Ulu Legong, Baling (8  Ogos 2025)