PENTARAMA MERDEKA@HOHO
HKHM 2026 I PENTARAMA MERDEKA@HOHO SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026 PENTARAMA Merdeka@HOHO merupakan salah satu program sisipan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 (HKHM 2026) yang dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) menerusi PENTARAMA. Program ini berkonsepkan jelajah bandar raya Kuala Lumpur menggunakan bas dua tingkat KL Hop-On Hop-Off (KL HOHO) bagi mempromosikan sambutan HKHM 2026 serta menyemai semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Pelaksanaan program adalah pada: Tarikh: Sabtu, 22 Ogos 2026 Masa: 7.30 malam โ 10.30 malam 3 lokasi tumpuan: ๐ SOGO Kuala Lumpur ๐ Menara Berkembar Petronas ๐ Pavilion Kuala Lumpur Antara pengisian program yang menanti para pengunjung adalah: โจPersembahan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh Artis Budaya PENTARAMA โจPersembahan muzik secara langsung (live band) oleh Ahli Muzik PENTARAMA โจSembang Santai HKHM 2026 โจEdaran Jalur Gemilang Ayuh kita raikan semangat patriotisme dengan penuh warna, muzik dan keceriaan bersama PENTARAMA! ๐ถโจ #HKHM2026 #MalaysiaMADANI #KesejahteraanDinikmati #Merdeka360
