• Pra Pelancaran Kembara Merdeka Akar Umbi 2.0 Negeri Sembilan

    Lokasi: Dataran MPJL, Jempol, Negeri Sembilan Konvoi Kembara Merdeka Akar Umbi 2.0 akan bergerak ke 7 daerah dan singgah di setiap pit stop berikut: 📍Hentian Bas, Simpang Pertang 📍Masjid Dato’ Klana Petra Lela Mohd Yusof, Sikamat 📍Pantai Batu 1, Port Dickson 📍IKTBN, Chembong 📍Akademi Kecemerlangan Minda & Fizikal (AKAL), Felda Bukit Rokan 📍Perkampungan Budaya Terachi, Kuala Pilah.

  • Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025

           📍 Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor 🎟 Masuk adalah PERCUMA! Antara aktiviti menarik: 🍴 Food Truck Selera MADANI ⏰ Bermula 25 hingga 27 Julai 2025 🎤 Pertandingan Bintang Suara MADANI - 25 & 26 Julai 💰 Hadiah hingga RM1,000 + trofi Terbuka untuk rakyat Malaysia 15 tahun ke atas! 🖍 Pertandingan Mewarna Kanak-kanak - 26 Julai 2025 (Sabtu), 9.30 pagi Kategori umur 7–12 tahun 🎁 Hadiah wang tunai, hamper & sijil 🏛 Pameran & Perkhidmatan Kerajaan Bergerak Pemeriksaan kesihatan, pembaharuan lesen, info biasiswa, kad OKU, nasihat kewangan & banyak lagi! 🎶 Fiesta Seni MADANI 📌 26 Julai 2025, 9.00 malam Persembahan Ayai Illusi, Hazreen Amreena, Aan Ways & artis PENTARAMA JAPEN. ☕ Ini Kopi Kita Sembang Santai kenegaraan bersama Dato' Aznil Haji Nawawi dan Dato' Ac Mizal

  • JAPEN – Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Negeri Johor

    Lokasi Hari Pertama: Dataran Tanjung Emas, Muar (27 Julai 2025) Lokasi Hari Kedua: SMK Bukit Naning, Muar & SMK Sri Medan, Batu Pahat (28 Julai 2025) Lokasi Hari Ketiga: SMK Sultan Abdul Jalil, Kluang & SMK Datuk Menteri, Batu Pahat (29 Julai 2025) Lokasi Hari Keempat: KKTM Ledang, Tangkak & Kompleks Penghulu Mukim Tangkak (30 Julai 2025)

  • Jabatan Penjara Malaysia – Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka Tahun 2025

    Bersempena Bulan Kemerdekaan Tahun 2025 bertemakan Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni, PP Triyo Kurniawan Bin Kusmadi, yang menjalankan tugas Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka melancarkan Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka Tahun 2025. Majlis dimulakan dengan ucapan amanat oleh PP Triyo Kurniawan Bin Kusmadi, yang menjalankan tugas Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas dengan menyampaikan usaha saranan kerajaan yang menyeru semua pihak menyemarakkan Sambutan Hari Kemerdekaan Yang Ke-68 pada tahun ini. Majlis diteruskan dengan penyerahan bendera kepada Ketua Unit dan pemasangan Jalur Gemilang di kenderaan jabatan.