MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2026
𝐀𝐘𝐔𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 & 𝐊𝐈𝐁𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔! Jom bersama-sama kita semarakkan semangat patriotik dan cintakan negara di Hutan Bandar MPKu, Bandar Putra Kulai! 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮, 𝟏𝟓 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝟗.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 𝐇𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐌𝐏𝐊𝐮, 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚 𝐊𝐮𝐥𝐚𝐢Sambutan kali ini bukan sekadar acara mengibarkan Jalur Gemilang. Pelbagai pameran, aktiviti dan perkhidmatan untuk komuniti turut disediakan bagi memberikan pengalaman yang lebih menarik dan bermanfaat kepada pengunjung. 𝐏𝐚𝐦𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐭𝐢𝐟 𝐓𝐕𝐄𝐓 – khas untuk anak muda! Kenali dengan lebih dekat bidang kemahiran, peluang pendidikan serta laluan kerjaya dalam TVET. 𝐏𝐚𝐦𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 – dapatkan informasi, khidmat nasihat dan perkhidmatan secara terus daripada pelbagai agensi berkaitan urusan tanah, keselamatan, kesihatan, kebajikan, perkhidmatan PBT, bantuan komuniti, pelancongan dan ekopelancongan. Datang beramai-ramai dan manfaatkan peluang untuk mendapatkan maklumat, mencuba aktiviti interaktif serta mengenali lebih dekat perkhidmatan yang disediakan untuk masyarakat. Jom hadir dan sama-sama kita semarakkan semangat kemerdekaan!#BulanKebangsaan2026#KibarJalurGemilang#MajuJohor#MalaysiaMadani#Kulai#PejabatDaerahKulai#KulaiKesayanganKita#AmazingKulai#XploreKulai
