• Pejabat SUK Selangor – Sambutan Ambang Merdeka

    Tarikh : 30 Ogos 2025 Masa : 8.00 malam - 12.00 malam Tempat : Stadium Sungai Besar, Sungai Besar Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seperti :- 🇲🇾 Ambang Merdeka 🎤Persembahan Artis Sebarang pertanyan boleh hubungi MDSB ditalian 03-32241655. Daftar disini: https://tinyurl.com/festsgor

  • MBSJ – Konvoi Rakyat Disantuni

    Bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68, #SJcitycouncil dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 4 akan menganjurkan Program Konvoi ‘Rakyat Disantuni’ Subang Jaya 2025 pada 31 Ogos 2025 (Ahad) bertempat di The Summit USJ Mall, Subang Jaya. Jom ramai-ramai memeriahkan program ini yang menampilkan pelbagai pengisian menarik, antaranya: ✨ Perarakan Konvoi Kereta Klasik ✨ Kuiz Sempena Sambutan Kemerdekaan ✨ Pertandingan Catur Anak Merdeka ✨ Kempen Derma Darah & Pemeriksaan Kesihatan bersama Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ✨ Sesi Foto Bersama Lagenda Sukan ✨ Pameran dari pelbagai agensi Ayuh kita bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan kali ini di Subang Jaya! ‘MBSJ Gemilang Bersama’

  • Kerajaan Negeri Pahang – Sambutan Hari Malaysia 2025 Peringkat Negeri Pahang

        𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐥 𝐌𝐚𝐤𝐦𝐮𝐫 akan berlangsung pada 16 September 2025 (Selasa), 9 malam bertempat di Dataran Raub, Pahang. Ayuh, sama-sama kita semarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara. Cabutan bertuah menanti anda !

  • Kerajaan Negeri Perak – Program Semarak Merdeka & Sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Bagan Datuk 2025

    Program Semarak Merdeka & Sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Bagan Datuk 2025 📍 Pekan Bagan Datuk 🗓️ 10 September 2025 Dijemput kepada semua warga Bagan Datuk untuk bersama-sama memeriahkan sambutan penuh makna ini! 🎉 Aktiviti menarik menanti anda: ✅ Senamrobik di Dataran Jam Bagan Datuk ✅ Perarakan Kemerdekaan sambil mengibarkan Jalur Gemilang melalui Pekan Bagan hingga ke BD Walk ✅ Persembahan pentomen kemerdekaan daripada IPD Bagan Datuk ✅Persembahan Pidato ✅ Deklamasi sajak ✅ Persembahan koir daripada Majlis Perbandaran Teluk Intan. ✅ Tarian kebudayaan daripada SK Sungai Tiang. ✅Jualan rahmah ✅Pemeriksaan kesihatan percuma Dengan tema “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni" marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, menyuburkan perpaduan, dan menzahirkan kecintaan kepada tanah air tercinta. 💫 Kehadiran anda adalah tanda sokongan kepada perjuangan bangsa dan Malaysia yang gemilang! 🇲🇾

  • Kerajaan Negeri Melaka – Keretapi Sarong 25 Melaka

      📅 Tarikh: 13 September 2025 (Sabtu) 🏛️ Lokasi: Banda Hilir, Melaka 🎉 Jangan lepaskan peluang untuk bawa keluarga & rakan-rakan berlibur sambil menikmati persembahan penuh aksi ini sempena cuti hujung minggu & cuti sekolah! 📌 Mana lagi? Melaka ler!

  • Air Selangor – 62 Air Balang untuk Malaysia

    Sempena Hari Malaysia & ulang tahun ke-6 Air Selangor, kami bawakan ‘62 Air Balang untuk Malaysia’ di Keretapi Sarong 2025! Nikmati 62 balang air dengan pelbagai rasa kegemaran rakyat Malaysia, semuanya secara percuma. Cari kami di Zon Lepak Paling Malaysia anjuran Media Prima Berhad. Sertai pelbagai aktiviti menarik, bawa pulang barangan eksklusif dan rebut peluang menangi sebuah skuter Vespa melalui cabutan bertuah! Ketahui lebih lanjut juga tentang peranan dan tanggungjawab Air Selangor dalam menyediakan bekalan air terawat yang bersih dan selamat untuk semua.

  • Kerajaan Negeri Perak – Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama

    Jom ramai ramai memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama pada: 📅𝟏𝟑 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮) ⏰𝟕.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 📍𝐃𝐚𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐢𝐩𝐢𝐧𝐠 Pelbagai acara menanti anda, antaranya 🟥Persembahan Khas Generasi Madani 🟥Persembahan Khas Pasukan Keselamatan 🟥Perbarisan dan PerarakanJabatan/Agensi Daerah 🟥Perbarisan dan PerarakanPasukan Badan Beruniform Sekolah dan Pasukan Pancaragam 🟥Perarakan Kenderaan 🟥Reruai Jabatan/Agensi 🟥Pemeriksaan Kesihatan dan banyak lagi!! Ayuh.. Sama-sama kita memeriahkan Sambutan HKHM Peringkat Daerah LMS 2025 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾 Semua dijemput hadir! Jom‼️Jom‼️ Jom‼️Jumpa anda di sana....

  • Kerajaan Negeri Melaka – Persembahan Tim Akrobatik Army Red Warrior (ARW)

    Ayuh warga bandar raya! Saksikan aksi memukau Tim Akrobatik Army Red Warrior (ARW) sempena Sambutan Hari Malaysia & Road to World Tourism Day 2025! 🇲🇾🌍 📅 Tarikh: 14 September 2025 (Ahad) ⏰ Masa: • Sesi 1: 9.00 malam • Sesi 2: 10.00 malam 🏛️ Lokasi: Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka 🎉 Jangan lepaskan peluang untuk bawa keluarga & rakan-rakan berlibur sambil menikmati persembahan penuh aksi ini sempena cuti hujung minggu & cuti sekolah! 📌 Mana lagi? Melaka ler!