• KARNIVAL SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN KAMPUNG MELAYU SUBANG 2026

    JOM MERIAHKAN KARNIVAL SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN KAMPUNG MELAYU SUBANG 2026! Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026, seluruh warga Kampung Melayu Subang dan kawasan sekitar dijemput hadir memeriahkan karnival yang penuh dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu) Masa: 7.00 pagi – 10.30 malam Tempat: Dataran Komuniti, Lot 3495, Jalan Jati, Kampung Melayu Subang Antara aktiviti menarik: * Senamrobik “Pound Fit” * Pertandingan Mewarna Kanak-kanak * Master Chef * Pertandingan Baju Patriotik * Pertandingan Hias Basikal Merdeka * Sukaneka & Supa Dupa * Sepak Bola Dalam Gol * Pameran & Gerai Jualan * Fun Night Walk Merdeka * Cabutan Bertuah * 300 helai baju percuma (tertakluk kepada syarat dan sementara stok masih ada) Pelbagai hadiah menarik menanti para pemenang pertandingan. Ayuh kibarkan Jalur Gemilang dan hadir bersama keluarga bagi menyemarakkan semangat patriotisme serta mengeratkan silaturahim sesama komuniti. Utk pendaftaran dan pertanyaan boleh hubungi abg comel ni-: Izhar Arshad 019-5168080 Luqman 01111279783 Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati. Jumpa anda pada 22 Ogos 2026!

  • KARNIVAL 3M (MAULIDUR RASUL, HARI MERDEKA DAN HARI MALAYSIA)

     JOM MERIAHKAN KARNIVAL 3M 2026! Maulidur Rasul • Hari Merdeka • Hari MalaysiaAyuh luangkan masa bersama keluarga ke Karnival 3M 2026 yang penuh dengan kemeriahan, ilmu, aktiviti dan semangat perpaduan! 22 & 23 Ogos 2026 (Sabtu & Ahad) Sekolah Islam Al-Farabi, Kg. Delek Pelbagai aktiviti menarik menanti anda : Brisk Walk Semarak Merdeka Soopa Doopa (Istana Belon) Jualan Gerai & Pameran Jualan Rahmah Madani Kacau Dodol & Bubur Lambuk Simulasi Haji Cilik Perarakan Maulidur Rasul Wacana Mahabbah Rasul Malam Zikir Dikir Merdeka Sukan Rakyat & E-Sport Sembang Santai Keluarga Sihat Cabutan Bertuah dengan pelbagai hadiah menarik turut menanti para pengunjung! Masuk beramai-ramai bersama keluarga, sahabat dan jiran. Nikmati suasana karnival yang menggabungkan penghayatan Islam, semangat patriotik dan ukhuwah masyarakat dalam satu program yang istimewa. Sebarang pertanyaan atau tempahan gerai: 03-3381 4560 / 03-3372 4560 Jom meriahkan KARNIVAL 3M 2026!“Seisi Keluarga Hadir, Semangat Bersatu, Ukhuwah Diperkukuh.” 

  • PERTANDINGAN JEJAK MAKLUMAT SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2026

    PERTANDINGAN JEJAK MAKLUMAT SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2026 Sedia untuk cabaran? Kumpulkan rakan, jelajah 'checkpoint' dan buktikan kehebatan pasukan anda! Sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2026, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu menjemput anda menyertai Pertandingan Jejak Maklumat yang penuh dengan cabaran, ilmu dan semangat patriotik! Tarikh : 22 Ogos 2026 ( Sabtu ) Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengah hari Tempat : Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu Apa yang menanti anda? 5 'checkpoint' penuh cabaran Uji pengetahuan kemerdekaan & literasi maklumat Kerjasama berpasukan yang menyeronokkan Hadiah Hamper + Sijil menanti para pemenang! Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran. Sebarang pertanyaan : Puan Nur Aziemah binti Ibrahim 09-6221100 Jom sertai, buktikan semangat patriotik anda dan jadilah juara Jejak Maklumat 2026! #ppaterengganu #aktivitippat #aktivitibppm #JejakMaklumat2026 #BulanKebangsaan2026 #SemarakMerdeka #Terengganu

  • PERTANDINGAN PIDATO DAN MEWARNA PRASEKOLAH 2026

    PERTANDINGAN PIDATO & MEWARNA PRASEKOLAH 2026 Anak anda berbakat berpidato? Suka mewarna dan berkreativiti? Inilah peluang terbaik untuk mereka menyerlah! Sempena Festival Mahabbah Merdeka 2026, kami menjemput semua murid Prasekolah menyertai Pertandingan Pidato & Mewarna yang bakal berlangsung dalam suasana penuh ceria, patriotik dan menyeronokkan. Tarikh: 29 Ogos 2026 (Sabtu) Masa: 8.00 Pagi – 12.30 Tengah Hari Lokasi: Dataran Jambatan Angkat, Terengganu Hadiah Wang Tunai Menarik Menanti Pemenang! Berikan peluang kepada si kecil untuk: Membina keyakinan diri melalui pidato. Menonjolkan bakat dan kreativiti dalam pertandingan mewarna. Menyemarakkan semangat cintakan negara sempena Sambutan Bulan Kebangsaan. Penyertaan adalah TERHAD! Daftar sekarang dengan mengimbas Kod QR pada poster sebelum 16 Ogos 2026. Daftar Disini: https://forms.gle/HY9DBmJBzhd7XnwV6 https://forms.gle/HY9DBmJBzhd7XnwV6 Ayuh daftarkan anak-anak anda hari ini dan sama-sama kita mencungkil bakat, membina keyakinan serta menyemarakkan semangat patriotik melalui Pertandingan Pidato & Mewarna Prasekolah 2026!

  • SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2026

    𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔Warga SelangorSambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor kembali lagiJom hadir beramai-ramai memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 anjuran Kerajaan Negeri Selangor yang akan berlangsung pada ketetapan seperti berikut: 𝟑𝟎 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐀𝐡𝐚𝐝) 𝟔.𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠 - 𝟏𝟐.𝟎𝟎 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦⁣ 𝐒𝐭𝐚𝐝𝐢𝐮𝐦 𝐊𝐚𝐣𝐚𝐧𝐠𝐌𝐚𝐩𝐬/ 𝐖𝐚𝐳𝐞 - https://maps.app.goo.gl/TZ96QVwSCd4bGSbE9𝐏𝐞𝐥𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐚𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢 𝐚𝐧𝐝𝐚, 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧𝐲𝐚: Perarakan dan Perbarisan Persembahan Badan Beruniform Pertunjukan Bunga Api Persembahan Kebudayaan Persembahan Artis Terkemuka Tanah AirJemput datang bersama keluarga sambil menyemarakkan semangat cintakan negaraJumpa anda di sana#MalaysiaMadani#KitaSelangorMajuBersama#SukSelangor#MerdekaSelangor69