• KMJG X JAGO NEGERI PERAK 2026

     𝐊𝐌𝐉𝐆 𝐱 𝐉𝐀𝐆𝐎 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔 Moh kome! Sama-sama kita meriahkan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) x JAGO Negeri Perak 2026 di Daerah Muallim pada 22 Ogos 2026 (Sabtu).Jangan lepaskan peluang untuk merasai kemeriahan konvoi sambil mengibarkan Jalur Gemilang Ayuh semarakkan semangat patriotik dan raikan kemerdekaan bersama! Jumpa kome di sana! #KMJGxJAGO#HKHM2026#KesejahteraanDinikmati#MalaysiaMADANI#JabatanPenerangan#PeneranganPerak

  • MAJLIS SAMBUTAN HARI RTM KE-80 DAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2026 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga Terengganu! Sambutan Hari RTM ke-80 & Sambutan Bulan Kebangsaan 2026Dah bersedia ke? Riadah dengan keluarga dan kawan-kawan?Jom serbu NACC Batik Pavilion, Kuala Terengganu pada Sabtu ini, 22 Ogos 2026, bermula pukul 7.30 pagi. Ada macam-macam program menarik menanti anda: Boleh asah bakat seni dengan Mewarna Batik Kit. Boleh 'shopping' barang dapur murah-murah di Jualan Pasar Peladang Outlet. Dan yang paling best... Ayam KFC & Pizza Hut PERCUMA untuk mereka yang terawal sampai! Fuh, kena bangun awal ni!Mari kita sama-sama raikan detik bersejarah ini dalam suasana penuh semangat kebangsaan! Jangan sampai terlepas peluang tau! Jumpa Sabtu ini!#HariRTM #BulanKebangsaan #RTM80 #TerengganuKita #AktivitiHujungMinggu #BatikTerengganu #PasarPeladang #KFC #PizzaHut #NACCBatikPavilion

  • PENTARAMA MERDEKA@HOHO

    HKHM 2026 I PENTARAMA MERDEKA@HOHO SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026 PENTARAMA Merdeka@HOHO merupakan salah satu program sisipan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 (HKHM 2026) yang dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) menerusi PENTARAMA. Program ini berkonsepkan jelajah bandar raya Kuala Lumpur menggunakan bas dua tingkat KL Hop-On Hop-Off (KL HOHO) bagi mempromosikan sambutan HKHM 2026 serta menyemai semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Pelaksanaan program adalah pada: Tarikh: Sabtu, 22 Ogos 2026 Masa: 7.30 malam – 10.30 malam 3 lokasi tumpuan: 📍 SOGO Kuala Lumpur 📍 Menara Berkembar Petronas 📍 Pavilion Kuala Lumpur Antara pengisian program yang menanti para pengunjung adalah: ✨Persembahan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh Artis Budaya PENTARAMA ✨Persembahan muzik secara langsung (live band) oleh Ahli Muzik PENTARAMA ✨Sembang Santai HKHM 2026 ✨Edaran Jalur Gemilang Ayuh kita raikan semangat patriotisme dengan penuh warna, muzik dan keceriaan bersama PENTARAMA! 🎶✨ #HKHM2026 #MalaysiaMADANI #KesejahteraanDinikmati #Merdeka360

  • PERTANDINGAN VIDEO KREATIF SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2026

    Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2026, Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan sukacitanya menganjurkan: 🌟𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎 𝐊𝐑𝐄𝐀𝐓𝐈𝐅🌟 Ayuh tampilkan kreativiti, semangat patriotik dan kecintaan terhadap negara melalui penghasilan video yang menarik serta penuh inspirasi! 📌 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮: Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) di seluruh Malaysia 🏆 𝟯 𝗩𝗜𝗗𝗘𝗢 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗔𝗞𝗔𝗡: ✅ Ditayangkan di media sosial rasmi JPKK pada 31 Ogos 2026 (Isnin) ✅ Menerima Sijil Penghargaan 🗓️ 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗮𝗻 23 OGOS 2026 (AHAD) 📲 𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗧𝗔𝗜: Imbas kod QR yang tertera pada poster untuk melihat syarat penyertaan dan menghantar video anda. Jangan lepaskan peluang untuk mengetengahkan bakat serta kreativiti PAKK anda. Jadikan setiap rakaman satu karya yang menggambarkan semangat dan jiwa Malaysia! 🇲🇾 ☎️ Sebarang pertanyaan, sila hubungi: Pn. Sh. Hafizah | 03-8323 2562 Cik Auni | 03-8323 1421

  • LATIHAN TEKNIKAL/ VISUAL/ LED

    LATIHAN TEKNIKAL/ VISUAL/ LED   Latihan gabungan kumpulan JKKN dan NGO di tapak Sambutan Hari Kebangsaan 2026   Latihan Ikrar di tapaktapak Sambutan Hari Kebangsaan 2026

  • RAPTAI SKELETON SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026

    RAPTAI SKELETON SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026 Taklimat & Latihan Poket 8.00 pagi - 3.00 petang (Semua Terlibat) Penutupan Ruang Udara : 8.45 pagi - 10.30 pagi

  • 𝗕𝗥𝗜𝗦𝗞𝗪𝗔𝗟𝗞 𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔

    𝗕𝗥𝗜𝗦𝗞𝗪𝗔𝗟𝗞 𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 Ayuh warga Jabatan Audit Negara (JAN) semarakkan semangat patriotisme dan kemerdekaan melalui Briskwalk Merdeka JAN! 🇲🇾❤️ 📅 26 Ogos 2026 (Rabu) ⏰ 4.45 petang – 6.30 petang 📍 Kompleks F, Putrajaya 👕 Disarankan memakai Baju Larian Audit 120 Tahun 🎁 Hadiah cabutan bertuah dan Pakaian Kebangsaan Terbaik menanti para peserta! Jom meriahkan Briskwalk Merdeka JAN sambil menghayati semangat Malaysia MADANI dan menyemarakkan Bulan Kebangsaan 🇲🇾