• PERTANDINGAN DAN AKTIVITI MENARIK SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT KOLEJ KOMUNITI BUKIT BERUANG

    𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗞𝗘-𝟲𝟵 𝗗𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 Jom sertai pelbagai pertandingan dan aktiviti menarik sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Kali Ke-69 & Hari Malaysia 2026 Peringkat Kolej Komuniti Bukit Beruang! Nyanyian Patriotik Deklamasi Puisi Video Pendek Patriotik Sudut Patriotik & Galeri Tokoh Negara Mewarna Kreatif Jiwa Patriotik Pertandingan Perbarisan Busana Gemilang Merdeka Tayangan Filem Patriotik Jejak Merdeka ke Galeri Bukit Kepong dan banyak lagi! Hadiah-hadiah menarik menanti para pemenang! ISTIMEWA! Semua pelajar yang menyertai aktiviti yang ditetapkan turut berpeluang menyertai Pakej Lawatan Pendidikan ke Galeri Bukit Kepong bagi menghayati sejarah perjuangan mempertahankan tanah air. Jangan sekadar menjadi penonton, jadilah sebahagian daripada semangat kemerdekaan! Bersama kita pupuk nilai patriotisme, perpaduan dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. 3 Ogos 2026 – 15 September 2026 Kolej Komuniti Bukit Beruang AYUH SERTAI! MERIAHKAN SAMBUTAN! REBUT PELUANG MENANG! HAYATI ERTI KEMERDEKAAN! #MalaysiaMADANI #KKBBM #BulanKebangsaan2026 #HariMalaysia2026 #TVETMembinaNegara #PatriotismeMenyatukanKita

  • PERTANDINGAN AIMAGINASI MALAYSIA

    🤖✨ JOM CETUSKAN IMAGINASI, CIPTA KARYA, CIPTA SEJARAH!   Apa yang ada dalam imaginasi anda? Idea yang luar biasa, kreativiti tanpa batas atau gambaran Malaysia masa hadapan?   Kini tiba masanya untuk anda terjemahkan imaginasi menjadi karya! 🚀 🎨 PERTANDINGAN AIMAGINASI MALAYSIA Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 kini dibuka kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi seluruh negara! Gunakan kreativiti, imaginasi dan sentuhan teknologi untuk menghasilkan karya yang unik, kreatif dan mencerminkan perspektif anda tentang Malaysia.   🔥 Tak perlu tunggu jadi pakar untuk berkarya. Yang penting, ada IDEA, IMAGINASI dan keberanian untuk mencuba! 🏆 HADIAH KESELURUHAN RM8,000 untuk dimenangi! 📅 10 Ogos – 20 September 2026 💡 Bayangkan. Cipta. Serlahkan. Mungkin idea yang selama ini hanya bermain dalam fikiran anda bakal menjadi karya yang memukau dan memenangi hadiah! 👉 JOM SERTAI SEKARANG! Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut. #AIMaginasiMalaysia #MalaysiaMadani #MalaysiaMerdeka2026

  • PERTANDINGAN FOTO JURNALISME LENSA MALAYSIA

    📸 AYUH RAKAM CERITA MALAYSIA MELALUI LENSA ANDA! Satu gambar mampu menceritakan seribu kisah. Kini tiba masanya untuk anda merakam warna, semangat, keunikan dan wajah Malaysia melalui perspektif anda sendiri! 🎯 PERTANDINGAN FOTO JURNALISME LENSA MALAYSIA Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 kini dibuka! 📷 Ada kamera? Ada telefon pintar? Ada cerita untuk dikongsi? Jangan biarkan detik istimewa berlalu begitu sahaja. Rakam dan ceritakan. Mana tahu, karya anda bakal menjadi antara foto terbaik yang mewakili kisah Malaysia! 🏆 HADIAH KESELURUHAN RM15,000 untuk dimenangi! 👤 Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 15 tahun dan ke atas. 📅 Tempoh penyertaan: 10 Ogos – 20 September 2026 👉 Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut dan sertai pertandingan sekarang. Satu lensa. Satu perspektif. Satu kisah Malaysia. 📸 #LensaMalaysia2026 #MalaysiaMadani #KesejahteraanDinikmati #MalaysiaMerdeka2026 #FotoJurnalisme #JAPENMalaysia

  • SELANGOR, CABARAN LANGKAH MERDEKA, SIHAT BERSAMA BOOKDOC 2026

     Jom Sertai Cabaran Langkah Merdeka, Sihat Bersama BookDoc 2026! Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dengan kerjasama BookDoc menjemput semua warga untuk menyertai Cabaran Langkah Merdeka, Sihat Bersama BookDoc 2026. 18 Ogos – 16 September 2026 Virtual Medal E-Certificate Khusus untuk semua warga Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan terbuka kepada semua Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di Negeri Selangor. Orang awam juga dialu-alukan untuk turut serta.Tak kisah berjalan di pejabat, taman atau di rumah—yang penting terus melangkah! Jom sihat, jom merdeka, jom kumpul 300,000 langkah bersama! join link : https://deeplink.bookdoc.com/challenges/3693