• KPN – Kempen Taat Setia Rukun Negara

    𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐓𝐀𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀 𝐑𝐔𝐊𝐔𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 : 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝟓𝟓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐑𝐔𝐊𝐔𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 !! Rukun Negara kini genap 55 tahun! Selama lebih lima dekad, lima prinsip teras ini telah menjadi panduan hidup dan asas penyatuan kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama. Mari kita renungkan kembali nilai-nilai murni yang terkandung dalam Rukun Negara. Bermula daripada Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, hinggalah kepada Kesopanan dan Kesusilaan. Inilah tiang seri yang membentuk identiti kita sebagai rakyat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu. Sertai Kempen Taat Setia Rukun Negara anjuran Kementerian Perpaduan Negara dan tunjukkan rasa cinta serta komitmen anda terhadap negara tercinta! Kongsi semangat perpaduan anda bersama rakan-rakan, keluarga, komuniti dan sesiapa sahaja di media sosial!!! Layari pautan rasmi facebook Kementerian Perpaduan Negara untuk maklumat lanjut.

  • Institut Kemahiran MARA – Gotong-Royong Merdeka: Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat IKM Alor Setar

    Bersempena Bulan Kemerdekaan ke-68, IKM Alor Setar dengan penuh semangat patriotik menganjurkan Program Gotong-Royong Memasang Jalur Gemilang bagi menyemarakkan suasana sambutan Hari Kebangsaan! Tujuan utama program ini adalah untuk memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan seluruh warga institusi — daripada pelajar, pensyarah hingga ke kakitangan — yang turut serta dalam aktiviti memasang bendera dan menceriakan persekitaran kampus. Dengan Jalur Gemilang berkibar megah di sekitar IKM Alor Setar, semangat kebangsaan makin membara dan satu usaha bersama untuk menghayati erti kemerdekaan dan perpaduan

  • SK Menuang – Pelancaran Bulan Kemerdekaan & Kibar Jalur Gemilang

    Tarikh: 4 Ogos 2025 (Isnin) Masa: 6:50 pagi Tempat: Tapak Perhimpunan, SK Menuang Tema: Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni Kod Pakaian: Pakaian formal bertemakan warna bendera Malaysia iaitu merah, putih, biru dan kuning (GURU) & baju seragam sekolah (MURID)

  • KPN – Pertandingan Melukis Mural Rukun Negara Peringkat Kebangsaan 2025

    “Melakar Rukun Negara, Menyatukan Warna Bangsa” PENYERTAAN ADALAH PERCUMA ! ✔️ Terbuka kepada semua sekolah menengah harian yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (SMK, SMJK, Sekolah Seni dan Sekolah Swasta) ❌ Tidak termasuk sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan 👥 Pelajar berumur 13 hingga 18 tahun (sesi persekolahan 2025) 👩‍🏫 Setiap penyertaan terdiri daripada seorang guru pembimbing bersama 5 hingga 15 orang pelajar 🚫 Penglibatan pelukis profesional atau luar adalah tidak dibenarkan 🖌️ Setiap sekolah boleh menghantar maksimum dua (2) lakaran mural, berwarna dan bersaiz A3 📄 Penyertaan mestilah disertakan bersama borang yang lengkap dan dihantar melalui Google Form (rujuk kod QR dalam poster rasmi) 🎨 Sebanyak 65 buah sekolah akan dipilih ke peringkat seterusnya bagi melaksanakan lukisan mural sebenar di sekolah masing-masing 📦 Cat dan peralatan melukis mural akan disediakan oleh penaja utama, Kansai Paint Asia Pacific Sdn. Bhd. 📅 Tarikh akhir penghantaran borang penyertaan: 2 September 2025 (Selasa) 📞 Sekolah yang terpilih akan dihubungi oleh pihak Arkib Negara Malaysia dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh tutup ⚖️ Keputusan panel juri adalah muktamad 🏆 Hadiah menarik menanti para pemenang! 📚 Anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Arkib Negara Malaysia 🎓 Dengan sokongan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia 📲 Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran: 🌐 https://www.arkib.gov.my 📥 Imbas kod QR dalam poster rasmi untuk menghantar lakaran dan borang penyertaan.