MERDEKA WALK 5KM KUSKOP
Lokasi: Sekitar Parcel E dan laluan Tasik Wetland Upper Bisa,Putrajaya
Lokasi: Sekitar Parcel E dan laluan Tasik Wetland Upper Bisa,Putrajaya
Sempena Bulan Kebangsaan Malaysia, jom raikan momen-momen kecil yang buat kita rasa bangga jadi rakyat Malaysia. โค๏ธ Ada gambar atau video yang menunjukkan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang berkumpul, berkongsi, meraikan atau mencipta kenangan bersama? Sama ada makan bersama, sambut perayaan, sertai aktiviti komuniti atau sekadar momen biasa yang penuh makna, kami nak tengok cerita anda! Anda berpeluang memenangi: ๐ธ Kamera Polaroid Instax Mini 13 ๐ง JBL Headphones Tune 720BT ๐๏ธ Kodak Charmera ๐ณ Baucar Touch โn Go eWallet Cara penyertaan: 1๏ธโฃ Muat naik gambar JPEG atau video MP4 HD (maksimum 30 saat), momen perpaduan anda 2๏ธโฃ Tulis caption ringkas tentang cerita di sebalik momen tersebut 3๏ธโฃ Ikuti semua akaun rasmi @perpaduannegara dan sertakan #CeritaMalaysiaKita supaya kami boleh temui penyertaan anda! *Pastikan akaun anda dalam tetapan umum. Penyertaan terpilih akan kami kongsikan di media sosial kami, bersama tag akaun anda supaya orang ramai boleh tahu cerita anda. ๐ Peraduan tamat: 11 September 2026, 11.59 malam Jom penuhkan suapan kita dengan cerita yang mengingatkan kita kenapa Malaysia ini milik kita bersama.
๐๐ฃ๐๐ก ๐๐ก๐๐จ๐ฅ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฆ๐๐๐ก ๐ ๐๐ก๐๐ฅ๐๐ ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ ๐ฆ๐๐ ๐๐จ๐ง๐๐ก ๐๐๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ!ย Bulan kebangsaan kembali lagi, dan inilah ketikanya untuk kita zahirkan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air yang tercinta!ย ๐๐ฌ๐จ๐ ๐ช๐๐ฅ๐๐ ๐๐ฃ๐๐ก !!!Mari kita gegarkan sambutan tahun ini dengan semangat patriotisme yang paling membara!ย Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bersama-sama memeriahkan suasana sepanjang bulan Ogos dan September.Jom tunjukkan sokongan padu korang, eratkan ukhuwah sesama kita, dan buktikan jiwa Merdeka kita!#KPDN#KPDNKITA#HKHM2026#MalaysiaMADANI
Lokasi: Pusat Sumber, Aras 2, KUSKOP
๐ฑ๐๐๐ ๐ด๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐, ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐? ๐ฌ Luahkan harapan, impian dan aspirasi anda buat tanah air tercinta dengan menuliskan mesej pada Dinding Kemerdekaan Malaysia. Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 dan Hari Malaysia ke-63, Perpustakaan Negara Malaysia menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyertai aktiviti Dinding Kemerdekaan Malaysia. Biarlah setiap coretan menjadi simbol perpaduan, kasih kepada negara dan inspirasi buat generasi akan datang. ๐ 1 Ogos โ 30 September 2026 ๐ Aras 1, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia ๐ 10.00 pagi โ 7.00 malam Jom hadir dan tinggalkan harapan anda untuk Malaysia kerana setiap suara rakyat membawa makna kepada masa depan negara.
๐ฆ๐๐ ๐๐จ๐ง๐๐ก ๐๐จ๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐๐๐ก ๐๐๐๐ ๐๐-๐ฒ๐ต ๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ Jom sertai pelbagai pertandingan dan aktiviti menarik sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Kali Ke-69 & Hari Malaysia 2026 Peringkat Kolej Komuniti Bukit Beruang! Nyanyian Patriotik Deklamasi Puisi Video Pendek Patriotik Sudut Patriotik & Galeri Tokoh Negara Mewarna Kreatif Jiwa Patriotik Pertandingan Perbarisan Busana Gemilang Merdeka Tayangan Filem Patriotik Jejak Merdeka ke Galeri Bukit Kepong dan banyak lagi! Hadiah-hadiah menarik menanti para pemenang! ISTIMEWA! Semua pelajar yang menyertai aktiviti yang ditetapkan turut berpeluang menyertai Pakej Lawatan Pendidikan ke Galeri Bukit Kepong bagi menghayati sejarah perjuangan mempertahankan tanah air. Jangan sekadar menjadi penonton, jadilah sebahagian daripada semangat kemerdekaan! Bersama kita pupuk nilai patriotisme, perpaduan dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. 3 Ogos 2026 โ 15 September 2026 Kolej Komuniti Bukit Beruang AYUH SERTAI! MERIAHKAN SAMBUTAN! REBUT PELUANG MENANG! HAYATI ERTI KEMERDEKAAN! #MalaysiaMADANI #KKBBM #BulanKebangsaan2026 #HariMalaysia2026 #TVETMembinaNegara #PatriotismeMenyatukanKita
๐คโจ JOM CETUSKAN IMAGINASI, CIPTA KARYA, CIPTA SEJARAH! Apa yang ada dalam imaginasi anda? Idea yang luar biasa, kreativiti tanpa batas atau gambaran Malaysia masa hadapan? Kini tiba masanya untuk anda terjemahkan imaginasi menjadi karya! ๐ ๐จ PERTANDINGAN AIMAGINASI MALAYSIA Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 kini dibuka kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi seluruh negara! Gunakan kreativiti, imaginasi dan sentuhan teknologi untuk menghasilkan karya yang unik, kreatif dan mencerminkan perspektif anda tentang Malaysia. ๐ฅ Tak perlu tunggu jadi pakar untuk berkarya. Yang penting, ada IDEA, IMAGINASI dan keberanian untuk mencuba! ๐ HADIAH KESELURUHAN RM8,000 untuk dimenangi! ๐ 10 Ogos โ 20 September 2026 ๐ก Bayangkan. Cipta. Serlahkan. Mungkin idea yang selama ini hanya bermain dalam fikiran anda bakal menjadi karya yang memukau dan memenangi hadiah! ๐ JOM SERTAI SEKARANG! Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut. #AIMaginasiMalaysia #MalaysiaMadani #MalaysiaMerdeka2026
๐ธ AYUH RAKAM CERITA MALAYSIA MELALUI LENSA ANDA! Satu gambar mampu menceritakan seribu kisah. Kini tiba masanya untuk anda merakam warna, semangat, keunikan dan wajah Malaysia melalui perspektif anda sendiri! ๐ฏ PERTANDINGAN FOTO JURNALISME LENSA MALAYSIA Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 kini dibuka! ๐ท Ada kamera? Ada telefon pintar? Ada cerita untuk dikongsi? Jangan biarkan detik istimewa berlalu begitu sahaja. Rakam dan ceritakan. Mana tahu, karya anda bakal menjadi antara foto terbaik yang mewakili kisah Malaysia! ๐ HADIAH KESELURUHAN RM15,000 untuk dimenangi! ๐ค Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 15 tahun dan ke atas. ๐ Tempoh penyertaan: 10 Ogos โ 20 September 2026 ๐ Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut dan sertai pertandingan sekarang. Satu lensa. Satu perspektif. Satu kisah Malaysia. ๐ธ #LensaMalaysia2026 #MalaysiaMadani #KesejahteraanDinikmati #MalaysiaMerdeka2026 #FotoJurnalisme #JAPENMalaysia
ย Jom Sertai Cabaran Langkah Merdeka, Sihat Bersama BookDoc 2026!ย Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dengan kerjasama BookDoc menjemput semua warga untuk menyertai Cabaran Langkah Merdeka, Sihat Bersama BookDoc 2026.ย 18 Ogos โ 16 September 2026ย Virtual Medalย E-Certificateย Khusus untuk semua warga Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan terbuka kepada semua Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di Negeri Selangor. Orang awam juga dialu-alukan untuk turut serta.Tak kisah berjalan di pejabat, taman atau di rumahโyang penting terus melangkah!ย Jom sihat, jom merdeka, jom kumpul 300,000 langkah bersama!ย join link :ย https://deeplink.bookdoc.com/challenges/3693
MAJLIS MEMPERINGATI NEGARAWAN Ayuh bersama-sama kita menghayati lipatan sejarah dan mengenang jasa serta pengorbanan Negarawan negara kitaโจ Majlis ini diadakan bertujuan untuk menghargai sumbangan besar negarawan tercinta, di samping menggelorakan semangat patriotisme, perpaduan, dan penghayatan sejarah dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia. ๐ Butiran Majlis: ๐ Tarikh: 8 September 2026 โฐ Masa: 9.00 pagi โ 4.45 petang ๐ Lokasi: Memorial Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur ๐ค Diselaraskan oleh: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) & Arkib Negara Malaysia Jemput hadir ramai-ramai untuk menimba ilmu sejarah dan menyemarakkan lagi rasa cinta akan tanah air! โค๏ธ๐ค๐๐ #MajlisMemperingatiNegarawan #TunAbdulRazak #BapaPembangunan #ArkibNegaraMalaysia #KPM #PerpaduanNegara #MalaysiaMadani #SejarahMalaysia
Lokasi: Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur