• KMJG X JAGO NEGERI PERAK 2026

     𝐊𝐌𝐉𝐆 𝐱 𝐉𝐀𝐆𝐎 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔 Moh kome! Sama-sama kita meriahkan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) x JAGO Negeri Perak 2026 di Daerah Muallim pada 22 Ogos 2026 (Sabtu).Jangan lepaskan peluang untuk merasai kemeriahan konvoi sambil mengibarkan Jalur Gemilang Ayuh semarakkan semangat patriotik dan raikan kemerdekaan bersama! Jumpa kome di sana! #KMJGxJAGO#HKHM2026#KesejahteraanDinikmati#MalaysiaMADANI#JabatanPenerangan#PeneranganPerak

  • MAJLIS SAMBUTAN HARI RTM KE-80 DAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2026 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga Terengganu! Sambutan Hari RTM ke-80 & Sambutan Bulan Kebangsaan 2026Dah bersedia ke? Riadah dengan keluarga dan kawan-kawan?Jom serbu NACC Batik Pavilion, Kuala Terengganu pada Sabtu ini, 22 Ogos 2026, bermula pukul 7.30 pagi. Ada macam-macam program menarik menanti anda: Boleh asah bakat seni dengan Mewarna Batik Kit. Boleh 'shopping' barang dapur murah-murah di Jualan Pasar Peladang Outlet. Dan yang paling best... Ayam KFC & Pizza Hut PERCUMA untuk mereka yang terawal sampai! Fuh, kena bangun awal ni!Mari kita sama-sama raikan detik bersejarah ini dalam suasana penuh semangat kebangsaan! Jangan sampai terlepas peluang tau! Jumpa Sabtu ini!#HariRTM #BulanKebangsaan #RTM80 #TerengganuKita #AktivitiHujungMinggu #BatikTerengganu #PasarPeladang #KFC #PizzaHut #NACCBatikPavilion

  • PENTARAMA MERDEKA@HOHO

    HKHM 2026 I PENTARAMA MERDEKA@HOHO SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026 PENTARAMA Merdeka@HOHO merupakan salah satu program sisipan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 (HKHM 2026) yang dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) menerusi PENTARAMA. Program ini berkonsepkan jelajah bandar raya Kuala Lumpur menggunakan bas dua tingkat KL Hop-On Hop-Off (KL HOHO) bagi mempromosikan sambutan HKHM 2026 serta menyemai semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Pelaksanaan program adalah pada: Tarikh: Sabtu, 22 Ogos 2026 Masa: 7.30 malam – 10.30 malam 3 lokasi tumpuan: 📍 SOGO Kuala Lumpur 📍 Menara Berkembar Petronas 📍 Pavilion Kuala Lumpur Antara pengisian program yang menanti para pengunjung adalah: ✨Persembahan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh Artis Budaya PENTARAMA ✨Persembahan muzik secara langsung (live band) oleh Ahli Muzik PENTARAMA ✨Sembang Santai HKHM 2026 ✨Edaran Jalur Gemilang Ayuh kita raikan semangat patriotisme dengan penuh warna, muzik dan keceriaan bersama PENTARAMA! 🎶✨ #HKHM2026 #MalaysiaMADANI #KesejahteraanDinikmati #Merdeka360

  • BRISK WALK MERDEKA KUDAT 2026

    JOM SERTAI BRISK WALK MERDEKA KUDAT 2026! PENYERTAAN ADALAH PERCUMA dan terbuka kepada semua warga Kudat! Bawalah keluarga, anak-anak, saudara-mara dan rakan-rakan untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dalam suasana santai, sihat dan penuh semangat perpaduan. Nikmati aktiviti berjalan santai bersama komuniti. Sambil berjalan kibarkan jalur gemilang dan menyanyi lagu2 patriotik kemerdekaan. Setibanya di lokasi penamat, setiap peserta akan menerima tiket cabutan bertuah untuk berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Jumpa anda pada 23 Ogos 2026 (Ahad) Bermula jam 7.00 pagi Dataran Tomborungus, Kudat Jangan lepaskan peluang! Ayuh bersama-sama kita semarakkan semangat kemerdekaan. Jumpa anda dan keluarga di sana!  

  • PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK SEMPENA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026

    Calling All Young Artists! Celebrate the spirit of Hari Kebangsaan & Hari Malaysia by joining the Program Jiwa@Komuniti MADANI 2026 Children's Colouring Competition! Let your creativity shine and stand a chance to win exciting prizes, trophies, and certificates! Date: 23 August 2026 (Sunday) Time: 2:00 PM Venue: Ground Floor, Prangin Mall Competition Categories: 7 – 9 Years Old – Colour Pencil 10 – 12 Years Old – Water Colour Prizes: 1st Prize: RM100 + Trophy + Certificate 2nd Prize: RM80 + Trophy + Certificate 3rd Prize: RM60 + Trophy + Certificate 5 Consolation Prizes: RM30 each Registration Fee: RM5 per participant Scan the QR code on the poster to register and secure your child's spot today! We can't wait to see all the colourful masterpieces! #PranginMall #JiwaKomunitiMADANI2026 #ColouringCompetition #HariKebangsaan #HariMalaysia #KidsColouringContest #YoungArtists #FamilyFun #PenangEvents #Malaysia #CreativeKids #GroundFloorPranginMall #SchoolHolidayActivities

  • LATIHAN TEKNIKAL/ VISUAL/ LED

    LATIHAN TEKNIKAL/ VISUAL/ LED   Latihan gabungan kumpulan JKKN dan NGO di tapak Sambutan Hari Kebangsaan 2026   Latihan Ikrar di tapaktapak Sambutan Hari Kebangsaan 2026

  • RAPTAI SKELETON SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026

    RAPTAI SKELETON SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026 Taklimat & Latihan Poket 8.00 pagi - 3.00 petang (Semua Terlibat) Penutupan Ruang Udara : 8.45 pagi - 10.30 pagi

  • RAPTAI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026

    RAPTAI 1 DAN RAPTAI 2 SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026   6.30 pagi - 12.00 tengah hari   Penutupan ruang udara : 8.45 pagi - 10.30 pagi