• MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2026

     𝐀𝐘𝐔𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐈𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 & 𝐊𝐈𝐁𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔! Jom bersama-sama kita semarakkan semangat patriotik dan cintakan negara di Hutan Bandar MPKu, Bandar Putra Kulai!  𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮, 𝟏𝟓 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝟗.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 𝐇𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐌𝐏𝐊𝐮, 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚 𝐊𝐮𝐥𝐚𝐢Sambutan kali ini bukan sekadar acara mengibarkan Jalur Gemilang. Pelbagai pameran, aktiviti dan perkhidmatan untuk komuniti turut disediakan bagi memberikan pengalaman yang lebih menarik dan bermanfaat kepada pengunjung. 𝐏𝐚𝐦𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐭𝐢𝐟 𝐓𝐕𝐄𝐓 – khas untuk anak muda! Kenali dengan lebih dekat bidang kemahiran, peluang pendidikan serta laluan kerjaya dalam TVET. 𝐏𝐚𝐦𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 – dapatkan informasi, khidmat nasihat dan perkhidmatan secara terus daripada pelbagai agensi berkaitan urusan tanah, keselamatan, kesihatan, kebajikan, perkhidmatan PBT, bantuan komuniti, pelancongan dan ekopelancongan. Datang beramai-ramai dan manfaatkan peluang untuk mendapatkan maklumat, mencuba aktiviti interaktif serta mengenali lebih dekat perkhidmatan yang disediakan untuk masyarakat. Jom hadir dan sama-sama kita semarakkan semangat kemerdekaan!#BulanKebangsaan2026#KibarJalurGemilang#MajuJohor#MalaysiaMadani#Kulai#PejabatDaerahKulai#KulaiKesayanganKita#AmazingKulai#XploreKulai

  • JELAJAH 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG PERAK DAERAH MANJUNG

    16 OGOS 2026 | Jelajah 1 Rumah 1 Jalur Gemilang, Gelorakan Semangat Patriotik Semangat cinta negara terus digelorakan di Padang Taman Kiara, Sitiawan menerusi Jelajah 1 Rumah 1 Jalur Gemilang bagi Peringkat Daerah Manjung Seruan kepada semua rakyat Malaysia! Mari kita sihatkan badan sambil menyemarakkan semangat patriotisme dalam acara Fun Walk Merdeka.Acara ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat—bawa keluarga, jiran tetangga, dan rakan-rakan anda!Ayuh kita berjalan santai sambil mengibarkan Jalur Gemilang untuk memeriahkan lagi suasana kemerdekaan! Menerusi Inisiatif 1R1JG , Jalur Gemilang dibawa lebih dekat kepada rakyat bagi menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026. Lokasi Program : https://goo.gl/maps/kdzRp7yk54roWM9p9?g_st=ac#HKHM2026#KesejahteraanDinikmati#MalaysiaMADANI#PeneranganPerak#JabatanPenerangan

  • KMJG X JAGO NEGERI PERAK 2026

     𝐊𝐌𝐉𝐆 𝐱 𝐉𝐀𝐆𝐎 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔 Moh kome! Sama-sama kita meriahkan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) x JAGO Negeri Perak 2026 di Daerah Muallim pada 22 Ogos 2026 (Sabtu).Jangan lepaskan peluang untuk merasai kemeriahan konvoi sambil mengibarkan Jalur Gemilang Ayuh semarakkan semangat patriotik dan raikan kemerdekaan bersama! Jumpa kome di sana! #KMJGxJAGO#HKHM2026#KesejahteraanDinikmati#MalaysiaMADANI#JabatanPenerangan#PeneranganPerak

  • MAJLIS SAMBUTAN HARI RTM KE-80 DAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2026 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga Terengganu! Sambutan Hari RTM ke-80 & Sambutan Bulan Kebangsaan 2026Dah bersedia ke? Riadah dengan keluarga dan kawan-kawan?Jom serbu NACC Batik Pavilion, Kuala Terengganu pada Sabtu ini, 22 Ogos 2026, bermula pukul 7.30 pagi. Ada macam-macam program menarik menanti anda: Boleh asah bakat seni dengan Mewarna Batik Kit. Boleh 'shopping' barang dapur murah-murah di Jualan Pasar Peladang Outlet. Dan yang paling best... Ayam KFC & Pizza Hut PERCUMA untuk mereka yang terawal sampai! Fuh, kena bangun awal ni!Mari kita sama-sama raikan detik bersejarah ini dalam suasana penuh semangat kebangsaan! Jangan sampai terlepas peluang tau! Jumpa Sabtu ini!#HariRTM #BulanKebangsaan #RTM80 #TerengganuKita #AktivitiHujungMinggu #BatikTerengganu #PasarPeladang #KFC #PizzaHut #NACCBatikPavilion

  • PENTARAMA MERDEKA@HOHO

    HKHM 2026 I PENTARAMA MERDEKA@HOHO SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026 PENTARAMA Merdeka@HOHO merupakan salah satu program sisipan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 (HKHM 2026) yang dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) menerusi PENTARAMA. Program ini berkonsepkan jelajah bandar raya Kuala Lumpur menggunakan bas dua tingkat KL Hop-On Hop-Off (KL HOHO) bagi mempromosikan sambutan HKHM 2026 serta menyemai semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Pelaksanaan program adalah pada: Tarikh: Sabtu, 22 Ogos 2026 Masa: 7.30 malam – 10.30 malam 3 lokasi tumpuan: 📍 SOGO Kuala Lumpur 📍 Menara Berkembar Petronas 📍 Pavilion Kuala Lumpur Antara pengisian program yang menanti para pengunjung adalah: ✨Persembahan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh Artis Budaya PENTARAMA ✨Persembahan muzik secara langsung (live band) oleh Ahli Muzik PENTARAMA ✨Sembang Santai HKHM 2026 ✨Edaran Jalur Gemilang Ayuh kita raikan semangat patriotisme dengan penuh warna, muzik dan keceriaan bersama PENTARAMA! 🎶✨ #HKHM2026 #MalaysiaMADANI #KesejahteraanDinikmati #Merdeka360

  • BRISK WALK MERDEKA KUDAT 2026

    JOM SERTAI BRISK WALK MERDEKA KUDAT 2026! PENYERTAAN ADALAH PERCUMA dan terbuka kepada semua warga Kudat! Bawalah keluarga, anak-anak, saudara-mara dan rakan-rakan untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dalam suasana santai, sihat dan penuh semangat perpaduan. Nikmati aktiviti berjalan santai bersama komuniti. Sambil berjalan kibarkan jalur gemilang dan menyanyi lagu2 patriotik kemerdekaan. Setibanya di lokasi penamat, setiap peserta akan menerima tiket cabutan bertuah untuk berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Jumpa anda pada 23 Ogos 2026 (Ahad) Bermula jam 7.00 pagi Dataran Tomborungus, Kudat Jangan lepaskan peluang! Ayuh bersama-sama kita semarakkan semangat kemerdekaan. Jumpa anda dan keluarga di sana!  

  • PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK SEMPENA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026

    Calling All Young Artists! Celebrate the spirit of Hari Kebangsaan & Hari Malaysia by joining the Program Jiwa@Komuniti MADANI 2026 Children's Colouring Competition! Let your creativity shine and stand a chance to win exciting prizes, trophies, and certificates! Date: 23 August 2026 (Sunday) Time: 2:00 PM Venue: Ground Floor, Prangin Mall Competition Categories: 7 – 9 Years Old – Colour Pencil 10 – 12 Years Old – Water Colour Prizes: 1st Prize: RM100 + Trophy + Certificate 2nd Prize: RM80 + Trophy + Certificate 3rd Prize: RM60 + Trophy + Certificate 5 Consolation Prizes: RM30 each Registration Fee: RM5 per participant Scan the QR code on the poster to register and secure your child's spot today! We can't wait to see all the colourful masterpieces! #PranginMall #JiwaKomunitiMADANI2026 #ColouringCompetition #HariKebangsaan #HariMalaysia #KidsColouringContest #YoungArtists #FamilyFun #PenangEvents #Malaysia #CreativeKids #GroundFloorPranginMall #SchoolHolidayActivities

  • LATIHAN TEKNIKAL/ VISUAL/ LED

    LATIHAN TEKNIKAL/ VISUAL/ LED   Latihan gabungan kumpulan JKKN dan NGO di tapak Sambutan Hari Kebangsaan 2026   Latihan Ikrar di tapaktapak Sambutan Hari Kebangsaan 2026